“Suamiku H1V positif tapi aku bahagia. Tiada siapa tahu latar belakang suami aku. Kecuali aku”.

Foto sekadar hiasan. Aku tak tahu apa persepsi orang bila baca tajuk c0retan ni. Dan tak tahu pula jika dipublishkan atau tidak. Ini pertama kali aku menulis disini.

Ya, suamiku seorang H1V positif.

Panjang kisah kalau ingin aku ceritakan, tapi cuba aku tulis supaya tidak meleret.

Suamiku telah mendapat rawatan HAART sebelum kami berkahwin, cd4 (bacaan sel antibodi lebih kurang) adalah 900+ sewaktu kami berkahwin, dan virus dalam badannya telahpun mencapai undetect.

Senang kata, selamat untuk berkahwin, kerana telah tiada risiko untuk mengjangkiti orang lain.

Dia bekas banduan, bekas penagih ddah. Bekas alc0holic juga. Beberapa tahun sebelum kami bertemu, dia dah cuci tangan.

Malah pernah bertugas sebagai staff di sebuah pusat after care untuk penagih ddah.

Kalian rasa dia bagaimana? Kenapa aku terima dia?

Aku datang dari keluarga pertengahan, mak ayah penjawat awam, adik beradik semua masuk universiti, kecuali adik bongsu aku yang masuk kolej je. Aku pun seorang penjawat awam.

Tiada siapa tahu latar belakang suami aku. Kecuali aku.

Sebelum kami berkahwin, suami aku cerita semua tentang dirinya pada aku. Penjara mana dia pernah masuk, macamana dia dapat H1V, dan hampir semua yang dia pernah buat.

Aku terima dia setelah 3 kali istikarah. Dan aku juga belajar tentang H1V. Selagi dia mendapatkan rawatan, H1V bukanlah satu masalah. Dan aku juga berbaik dengan rakan-rakan dia yang telah pulih dari ddah.

Suami aku memang baik. Kelakar kan, macamana aku boleh kata bekas banduan memang baik. Ya, dia memang baik.

Di rumah, suami aku yang masak, kemas rumah, basuh baju, lipat baju, basuh pinggan, jemur baju, semua lah kerja-kerja beliau buat.

Aku cuma jaga anak je. Pagi-pagi sarapan dah terhidang, lunch dinner semua suami aku sediakan. Kadangkala aku rajin aku masaklah sikit.

Pendek kata, dia memang baik, sangat baik. Kelemahan sebagai manusia biasa tu, adalah yang kecil-kecil, mana ada manusia sempurna kan. Aku lagilah jauh sempurna.

Baiknya suami aku ni sampai kan kadang-kadang aku terfikir untuk jadikan kawan-kawan aku yang belum kahwin ni, madu.

Supaya mereka dilindungi dan dapat suami yang baik, tapi belum nekad lagi la, takut gak nanti aku yang jeles, yelah perempuan mana yang tak de perasaan cemburu kan.

So H1V langsung bukan masalah.

Suami aku dah berumur sikit, dalam 50an. Aku pula dah nak 40an. Akhir-akhir ni suami aku mula rajin bangun malam, solat sunat. PKP ni lagilah suami aku rajin kemas rumah, sebab dia bosan tak buat apa.

Tentang ubat, yelah ubat HAART tu, suami aku memang cukup jaga dan on time.

Cuma, yelah suami aku kadangkala rendah diri juga dengan keluarga aku. Tapi keluarga aku sebenarnya happy lihat aku dan suami bahagia, cuma, mereka tak tahu sejarah suami aku.

Suami aku kadangkala segan nak cerita die kerja dimana, takut adik beradik aku dapat hidu dia juga adalah bekas penagih ddah.

Lepas tu kalau pergi appointment kat klinik untuk rawatan HAART pun dia takut kalau jumpa ahli keluarga aku.

Pernah gak terserempak dengan kakak aku, gelabah dia, puas dia pusing cerita kenapa ke klinik.

Ya, dia taknak aku mendapat sebarang cemuhan dari masyarakat. Katanya kalau dia sahaja yang kena, tak apa, tapi bukan aku.

Sedih aku bila dia kata begitu. Aku bangga yang dia adalah seorang dapat berubah walaupun beliau dah berjinak dengan ddah sejak kecil dulu. Malah rokok pun dia dah berhenti lama.

Arak pun, semua jenis arak dia tahu, kalau tengok movie tu, selalu aku tanya dia jenis arak yang pelakon dia minum. Dia gelak je, boleh cerita rasa jenis arak tu. Tapi benda-benda tu dah lama dia tinggal.

Aku sangat bertuah berkahwin dengan dia.

Suamiku H1V positif tapi aku bahagia.

Dahla tangan aku dah kebas menaip. Hehe. Dan suami aku dah panggil sarapan. Masa PKP ni lagi dia rajin masak, cakap apa je dia buatkan.

Satu lagi, suami aku peminat kisah KRT, hehe. Nanti aku tulis kisah kami disana pula, kalau tiada aral.

Selamat ber PKP semua, duduk rumah, stay safe.

Reaksi warganet

Akif Akim –Tahniah puan hanan kerana menerima suami seadanya. Sebagai manusia, kita tidak berhak menghakimi seseorang berdasarkan kisah silamnya. Dan apa yg paling penting, berilah peluang kedua, kerana semua manusia berhak diberi peluang kedua untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Apa yang paling penting disini ialah nak mengubah stigma dan pandangan masyarakat yang sebenarnya, penghidap H1V juga boleh hidup seperti orang lain.

Moga puan Hanan teruskan memberikan sokongan, dorongan kepada suami untuk menjalani kehidupan bersama keluarga dengan lebih baik dan sempurna. Moga bahagia hingga akhir hayat. Amin. 😊

Dalilah A. Aylan –Confession ni membuka mata saya bhawa boleh jadi kita benci sesuatu tetapi ia baik untuk kita, Allah lebih mengetahui sedangkan kita tidak ketahui.

Pada pandangan manusia, zaman silam suami Puan amatlah buruk tetapi pada Allah dialah yang terbaik buat Puan kerana Allah juga kan yang membolak balikkan hati manusia untuk berubah dan Allah tu Maha Pengampun. Semoga Puan dan suami terus bahagia di dunia dan akhirat.

Rin Hanis –Awak bertuah sebab dapat yang baik, cuba kalau orang lain tangkap muat macam ni, tak heran asal usul kisah silam. Sekali dapat yang panas baran bagi kaki ngan tangan je kat rumh tak ke nanya? I think istikharah is important? If you are c0nfident then proceed, if not better jangan campakkan diri dlm kebinasaan.

Ukhti Nur Hana –Sapa kata ada H1V xleh kawin. Kawan skolah aku pun kawen dengan penghidap H1V. Laki dia pun da insaf. Aku tengik rumahtangga depa lagi happy kot dari orang laen. Sebab apa.. sebab diorg tau bukan semua ornag mampu terima seadanya.

Anak..? depa ambek anak angkat je. Dia susukan budak tu dah jadi mahram. Sekolah da pun. To S moga ko terus bahagia ye yunk.. aku tau kalau ku komen dia mesti nampak.. 🤣

Sumber – Sis Hanan (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *