Part 2. Senyap senyap saya angkat kerusi kereta antik ayah dan keluarkan semula barang curian keluarga

Sambungan dari part 1.

“Peliknya keluarga kita”. Dari abah, mak, abang dan adik2 semuanya kaki curi. Pantang ada peluang

Semasa kenduri, semua orang tak cakna dengan keadaan sekeliling. Caj henpon dimerata-rata, tinggal handbag dan wallet tanpa ada yang jaga, hantaran pengantin tidak disimpan elok, saya pula yang rasa nak marah. Ini semua akan membuka peluang buat keluarga saya yang suka mencuri.

Kereta proton saga ayah saya itu antik, boleh angkat kerusi belakang, pastu dibawah kerusi ada ruang kosong. Memang disitulah tempat keluarga saya menyimpan barang yang dicuri masa hari kenduri. Barang-barang yang ada nilai. Contohnya masa hari kenduri, saya tahu apa yang adik-adik saya akan ambil, sabab saya juga seperti mereka dahulu, mencuri jika ada peluang.

Jadi sebelum kami balik kerumah sesudah habis kenduri, saya akan chek dekat kerusi itu, keluarkan barang yang dicuri oleh keluarga, kemudiannya senyap-senyap letakkan semula ditempat asal. Macam yang saya cakap tadi, saya tahu barang apa yang mereka akan ambil, jadi tak susah untuk saya tahu barang itu siapa punya.

Saya dimarah betul oleh mak sampai mak nak naik tangan pelempang, bila dapat tahu barang itu saya letakkan semula, saya cakap dekat mak,

“Nasib baik kakak yang jumpa, kalau orang lain yang jumpa macam mana?” (kakak itu panggilan untuk saya didalam rumah)

Mak cakap, “masalahnya takde orang jumpa, kamu yang lebih-lebih, aku dah buat lama dah, kalau nak jadi (kantoi), dulu dah jadi”

Begitulah sehari-hari, saya marah, minta jangan buat, ingatkan mak dan ayah, macam mana kalau kantoi, macam mana kalau orang tahu. Malu nanti kita sekeluarga.

Tapi mak ayah tak habis-habis cakap, mereka dah biasa buat, tahu selok belok, yelah, tahu sangat selok belok, kalau hebat sangat, takde lah kantoi curi barang emas opah dulu. Sampai hari opah sakit-sakit pun, saya dilarang ayah jangan cerita hal sebenar pada opah. Ape lah. Nak mencuri sangat, sampai anak-anak diajar menipu.

Abang saya yang sulung, dah pandai join geng pecah rumah orang, walau saya taktahu detail sebab saya dah berhenti bertanya. Saya malas dah ambil tahu. Saya juga sudah lama tidak bercakap dengan dia, tanda saya marah pada dia dengan apa yang dia buat.

Dia pun tahu saya marah, tapi dia taknak juga berubah. Kadang-kadang dia bawakan saya rantai emas cantik hadiah untuk saya, saya pulang balik, saya tak mahu.

Tapi masa hari jadi saya tahun lepas, dia belikan saya gelang tangan ada dalam bekas siap dengan resit beli emas. Dia letak atas katil saya, ada nota tertulis,

“Balong beli guna duit gaji balong, bukan balong ambil, selamat hari jadi kakak”

(Balong pun kerja dipasar ikan macam ayah, tapi di pasar borong besar dekat bandar, balong menyewa diluar dengan kawan-kawan)

Saya rasa sedih dalam hati, sejak dari saya mula tak ikut aktiviti keluarga, hubungan saya dengan adik beradik jadi hambar. Saya sayangkan mereka, saya rindukan mereka. Saya mula mengasingkan diri, tidak mahu bercampur dengan mereka lagi.

Disekolah menengah dulu, saya pura-pura tidak kenal abang-abang saya. Saya takut saya malu kalau mereka kantoi buat perkara yang tidak baik. Saya tahu mereka selalu mencuri masuk bilik guru. Tapi apa yang saya boleh buat, nak saya marah, nak saya mengamuk, nak tegur, tetap sama tiada berubah.

Pernah saya menangis depan bangah, cakap takyah buat dah bangah, dia selalu mencuri motor, motor itu dia sembunyi dan modified di bengkel tempat dia kerja. Bila polis buat serbuan, motor curi ada disitu, dia dan kawan sekerja direman, tapi sebab tiada bukti motor itu milik siapa, dia dibebaskan.

Bangah selalu cakap, takpe, takde hal, boleh settle. Memanglah kali ni boleh settle, tapi kalau lain kali, macam mana!! Takkan saya sanggup tengok abang saya dalam lokap.

Habis SPM tahun lepas, saya terus kerja dekat kedai masakan panas dekat kawasan bandar, kedai masakan Thailand. Saya minta dengan owner, nak tinggal di bilik yang owner sediakan untuk pekerja yang datang dari Thailand.

Restoren ni memang import pekerja dari Thailand, sebulan sekali, mereka kena balik ke sempadan untuk chop passport. Owner baik dengan saya. Dia bagi saya tinggal berkongsi free tanpa bayar, makan pula disediakan. Saya gembira sangat, tidak perlu dah terlalu fikirkan keluarga saya.

Restoren itu bukanya sampai jam 2-3am, pelanggan lelaki memang ramai melepak disitu, jadi abang-abang-abang saya ini, risaukan saya diusik, setiap hari mereka datang bergilir-gilir bersama kawan masing-masing untuk tengokkan saya, kadang-kadang tu, sampai 3 orang abang datang sekaligus. (mereka semua menyewa berasingan dekat dengan kawasan saya kerja ni)

Mereka melawat adiknya, mereka risau sangat pada saya, pada diri mereka sendiri, taknak pula fikir, tak fikir pula bertapa adik dia ni, peduli sangat pasal diaorang, taknak diorang buat perkara-perkara tak baik itu. Setiap hari, risau kalau tiba-tiba dapat panggilan bagitahu jadi apa-apa kat diaorang. Tapi diaorang tak paham.

Setiap hari nekad, taknak balik rumah selagi diaorang tak berubah. Bila mereka ajak balik rumah, saya cakap saya letih, malas nak berulang alik.

Sudahlah kita ni adik beradik belajar tak pandai mana, nak sambung belajar memang jauh sekali, mak ayah pula tak macam mak ayah orang lain, adik-adik dah mula ikut perangai yang besar, cubalah kita semua duduk perangai baik-baik, tak yah mencuri, ala kadar dengan gaji yang sedia ada tu.

Kita semua peduli diantara satu sama yang lain. Kita semua sayang antara satu sama lain. sampai bila kita semua ni adik beradik mesti macam ni, kakak sayang semua, cuma kakak dah letih.

Sekarang ni musim PKP, restoren tutup, pekerja Thailand semua sudah balik ke negeri mereka, owner tak bagi saya tinggal seorang diri di bilik sewa tu, bimbang kan saya, jadi saya terpaksa lah balik duduk dirumah.

Mereka semua masih belum berubah, saya ingat pemergian saya, buat mereka sedar, tapi sama sahaja, masih lagi mencuri terutamanya mak. Cuma sekarang pergerakkan terbatas sedikit disebabkan perintah kawalan ini.

Mak sekarang bekerja sebagai cleaner di universiti awam, universiti yang ada pusat perubatan, jadi mak memang bekerja seperti biasa. Perangai masih belum berubah.

Universiti yang mak kerja ni, pelajarnya baik-baik, bakal jadi doktor nanti. Pelajar ada buat kedai runcit jual minuman dan makanan, tetapi tiada orang yang jaga, nak beli barang, duit letak dalam tabung. Tabung pun ditinggalkan disitu juga.

Ya Allah. Lain macam betul permikiran pelajar yang pandai ni, mereka ni baik hati dan tiada buruk sangka langsung. Mak setiap hari dapat makan free, ambil duit dalam tabung tu, dah tu, ambil pula bekal bawa balik untuk adik makan. Dimanalah tahap pemikiran mak ni.

Dalam cerita saya, nampak seperti saya marahkan mak, tak juga saya marahkan mak, cuma mak ni, dia dengan cara dia sendiri, taknak dengar pendapat orang, jangankan kata nak dengar nasihat orang, saya ni kalau tegur sindir-sindir pasal mencuri tu, pasti nak ditangan-tangannya saya. Ringan je tangan mak nak lempang saya. Lain dengan ayah, ayah baik dengan saya.

Ayah bekerja dipasar ikan, pergi jam 3am, balik lepas zohor selalunya. Setiap kali bawa balik lauk, saya selalu prejudis, lauk curi kah, lauk beli kah. Sedihnya punya rasa hati macamni pada ayah, sedangkan ayah saya baik melayan saya, dipanggil kakak setiap kali tiba waktu makan. Tak pernah dibiarkan saya makan tidak dipanggil. Selalu telefon tanya khabar masa saya kerja haritu.

Sama juga adik beradik yang lain, sayangkan saya, mereka pun rindukan saya. Cuma hati saya ini, belum boleh nak maafkan mereka, jika saya berbaik semula, nanti saya berat hati untuk marah semula jika mereka mula mencuri semula bila tamat PKP nanti. Aduh letihnya lah saya.

Inilah kot yang orang tua kata, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Duduk lah saya berbelah bahagi macamni, memerap dalam bilik, akhirnya ambil laptop, menulis confession ini.

Didalam keluarga saya, hanya saya seorang yang mendirikan solat, sedihnya. Hanya saya yang membaca Al-Quran.

Dahulu, semasa hubungan kami tidak sedingin hari ini, saya sering juga mengajak mak, tapi mak akan cakap, nanti mak buat lepas ni, tapi mak tak buat juga. Saya ajak adik-adik, sebab taknak ayah dan abang-abang terasa malu kalau saya mengajak mereka. Tapi adik-adik taknak buat juga, kadang-kadang ada ikut sesekali mengaji, lepas tu taknak dah.

Minta dengan Allah swt lama dah, lama dah, lama dah. Tak minta banyak pun, minta keluarga saya supaya mendirikan solat dan berhenti mencuri. Itu sahaja. Saya tak kisah hidup susah, makan sekali sehari pun saya tak kisah, sumpah, demi Allah. Yang saya kisah, saya nak keluarga saya seperti keluarga orang lain. hidup susah senang bersama-sama.

Untuk abang-abang-abang. Kakak sayang sangat pada abang-abang-abang. Kakak rindu nak gelak-gelak main jutaria macam dulu, main carrom yang mana kakak selalu kalah, tapi asyik dimenangkan balong. Main jutaria, kakak sorok rumah kondo banyak-banyak. Bangah pun sama main tipu. Bede lagi lah jahat. Balong je yang jujur kalau main jutaria, sebab tu selalu kalah.

Rindu nak masak megi sama-sama waktu malam sambil tengok cerita hantu. Menjerit melolong dalam rumah sampai mak keluar bilik baling bantal pada kita semua. Hahahhaha. Kakak rindu nak pergi pekan sehari, beli ayam goreng tulang, kepak ayam madu dengan air milo. Kakak rindu semua tu. Kakak tak lupa pun walau sehari.

Cuma kakak berharap, kalau balong, bangah, bede baca luahan hati kakak ni, kakak berharap sangat supaya kita berubah, berubah kearah keluarga yang lebih baik. Kita nak nasihatkan mak dengan ayah, kita ni anak je, mak dan ayah takkan nak dengarnya.

Apa yang kita boleh buat, kita sama-sama berubah, tolong kakak, kakak dah lama berdiri seorang diri. Berdiri seorang diri harap abang-abang-abang datang temankan kakak. Tengoklah adik-adik kita. Dah ikut perangai kita masa budak-budak dulu.

Masa kita dulu, kita tak pernah kantoi, tapi belum tentu lagi adik-adik kita. Macammana kalau adik tertangkap? Pernah tak abang-abang-abang fikir tentang adik?

Malu kan rasa bila baca luahan hati kakak kat sini? Nampak tak betapa peliknya keluarga kita. Kakak malu, berat tangan nak menaip, malu rasanya bertimbun-timbun. Kalau balong, bangah, bede dah sedia nak bersama-sama kakak, kakak akan jadi seperti kakak yang dulu.

Kakak tak boleh hidup terlalu lama tanpa abang-abang dan adik-adik kakak. Kakak tak kuat.

Reaksi warganet

Jasmine Jamaluddin –Satu kesedaran & keinsafan dari kakak.. Kesiannya pada kakak.. 😔😔 Ditegur sudah, perangai family tak juga berubah. Hanya teruskanlah berdoa kakak… Allah jua yg mampu merubah sekeping daging yg bernama hati dlm setiap badan hambaNya.. Semoga Allah memakbulkan doa kakak & kakak berbahagia dgn family yg #baru kelak. Aamiiin Ya Robbal’aalamiiin…
#JagaDiriKakak

Qasriena Qish –Bru tahu ade jgak org yg mcmni ye😰 Maaf sy bukan menghina cuma agak terkejut. Semoga diberikan hidayah & petunjuk. Cuma nak kakak tahu, seburuk & sejahat abg2 kita, diaorg tetap nak yg terbaik utk adik prempuan mreka. Apatah lgi satu2nya adik prempuan. Jaga diri kakak wlau dimana pn kakak berada ye💓

Yusmayuzi Hisham –Sedihnyaaaaaa!!!!!! Dlm pada keluarga awak byk kekurangan sana sini tabiat buruk tgn pjg tp kasih syg abg2 tu pd adik ttp ada. Kasih ayah kasih mak. Alahai cuma berharap agar Allah sedarkan mak ayah confessor sebelum terlambat. Abg2 awk pun sama. Takut nnt upgrade ke jenayah yg lebih besar. Allahu.. moga Allah terus bg kekuatan pd awak n hidayah buat ahli keluarga awak… 😢😢😢😢😢😢

Sumber– Kakak (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Kami doakan supaya kakak kekal tabah dan moga ahli keluarganya diberikan hidayah untuk berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *