Jika semalam kami paparkan perkongsian dari Natalia Aivy Dibit dan Mohd Afiq (baca disini) tentang sisi positif berhadapan dengan jemaah tabligh, harini kami berbesar hati untuk paparkan perkongsian dari Dr. Lavennia Gayatri yang telah tular sejak semalam.
Pada mulanya, sepertimana persepsi awal kebanyakkan masyarakat kita memandang serong golongan tabligh dengan beranggapan mereka antara penyumbang terbesar kes C0VID19 di negara kita. Namun setelah berhadapan dengan golongan tabligh, tanggapan nya terus berubah.
Saat artikel ini ditulis postingnya telah pun mendapat sehingga 51k likes, 8.8k komen dan 17k shares di laman Facebook. Ternyata perkongsian nya mendapat reaksi hangat daripada warganet. Lihat perkongsian Dr. Lavennia Gayatri di bawah.
“Saya adalah doktor Malaysia, jangan pandang saya sebagai Hindu, Buddha dan lain-lain. Terkesan dengan pergi ke pusat kuarantin yang kebanyakan tabligh yang ikut itjimak Seri Petaling jadi aku nak cerita sedikit pengalaman aku.”
“Memang la aku pun rasa geram juga awal-awal kenapa la kluster tabligh ni bawa virus ke sini ke sana. Tapi selepas terlibat dalam pasukan Covid ini ternyata mereka bukan yang seperti diuar-uarkan di media sosial,” kata Dr. Lavennia.
Dr. Lavvenia ditugaskan merawat dan menjaga pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Institut Pengajian Guru, Balung di Tawau Sabah.
Antara tugas mereka selain melakukan pemeriksaan dan memantau gejala yang dihidapi mereka juga mendengar rungutan, keluhan dan aduan daripada pesakit.
Menurutnya lagi, pesakit kluster tabligh tersebut tidak banyak karenah dan sentiasa mengikut nasihat doktor. Adakalanya mereka memang turut mengadu mengenai makanan yang dihidangkan namun mereka tetap makan rezeki yang diberi.
“Makanan seharian mereka adalah nasi putih dan ayam atau ikan goreng dengan sedikit sayur rebus gitu. Makanan lah doktor, kering sangat takde kuah-kuah gitu. Tapi kami makan saja la doktor untuk isi perut, nak buat macam mana kan”.
Menurutnya, aduan tersebut bukan disebabkan mereka manja tetapi hanyalah menyatakan juadah yang dijamu terlalu kering kerana tidak disertakan lauk yang berkuah. Mereka juga kebosanan setelah terkurung dalam bilik selama 14 hari serta rindu akan keluarga mereka. Berbeza dengan mereka yang mungkin bernasib baik dapat dikuarantin di rumah bersama keluarga.

Dr. Lavvenia berkata, sesuatu yang amat dihormati beliau terhadap kumpulan tabligh tersebut ialah mereka tidak pernah tinggal untuk melakukan amal ibadat. Walaupun keadaan dalam bilik rawatan panas kumpulan tersebut tetap bersembahyang dan membaca al-Quran.
“Something to be respected bila I see them always pray . Lepas tu duduk atas katil mereka baca al-Quran. Dengan keadaan kurang selesa panas dan mereka tetap tidak terlepas solat, membaca al-Quran. Salute mereka,” kata Dr. Lavvenia.
Menurutnya, dia bersetuju dengan pendapat bahawa Tuhan menolong rakyat Malaysia melawan Covid-19 dengan memberi jangkitan terlebih dahulu kepada kumpulan tabligh sebelum merebak kepada orang lain.
Ini kerana kumpulan itu mudah dikenali dengan pemakaian dan imej mereka. Justeru senang untuk mengesan mereka untuk dibawa ke pusat rawatan.
“Sebenarnya Tuhan tolong Malaysia nie sebab awal2 kita kena C0VID19 nie 1st cluster terbesar kan tabligh, memang semua maki hamun mereka, aku juga marah. Tapi ada aku terbaca post org lain hari tu yang bikin aku fikir dalam juga; ‘Nasib cluster tabligh yang kena dulu, senang kita nak kenal pasti mereka. Sebab pakai kopiah, berjanggut panjang (kebanyakan), berbaju jubah. Yaa jadi senang kita nak kesan mereka bawa mereka untuk screen dan ambil sampel dan tempatkan mereka di pusat kuarantin. Bayangkan di negara luar, macam mana mereka mau detect siapa siapa yg berisiko dapat C0VID19 nie’.
“So itula selalu ada je kebaikan daripada apa yang kita pikir buruk. ”
“Aku dapat pengajaran juga yang kita kena selalu fikir positif, Husnuzon, terima dengan hati terbuka not judgemental atau discriminative siapa pun. Kita tidak ada hak!!”
“Corona virus dont know who is Malay, Chinese, Indian, Sikh, Iban, Kadazan Dusun, Bajau. Dia attack semua lapisan orang! I am a hindu and i think i need to write this up,” kata Dr. Lavvenia.
Perkongsian terbaru
Selepas beberapa hari ke Pusat kurantin yang menempatkan kebanyakan para tabligh yang sudah lebih kurang 14 hari disini, yang sudah bosan, jemu sedih. Apabila ditanya ada apa apa masalah kesihatan selain batuk demam selsema. Rata rata masalah mereka susah buang air besar, sembelit.
Kami pun akan beri ubat untuk bantu lawas proses pembuangan biasanya. Tapi tak lawas betul2 juga. Pokok pangkal masalah sembelit nie sebab kurang serat dalam makanan seharian mereka.😑
Kami ada tanya juga sama orang supply makanan sini, kasian mereka pun tidak cukup orang untuk bantu sediakan makanan disebabkan ramai orang di pusat kurantin nie, 156 orang gitu, 3 blok berasingan, kena naik tingkat turun tingkat. Memang susah nak arrange makanan yang bervariasi, berkuah seperti yang mereka minta (kalo boleh la doctor), kalo pakai kuah kena bungkus lagi plastic asing dan susah transportasi ke pusat kurantine dan distribute ke semua😑
Pity kesian mereka manusia sama seperti kita juga bah bukan penjenayah yang dikurung sebab buat kesalahan apa gitu. Tapi itula bagusnya para tabligh ini akur dengan arahan kami dan mereka terima seadanya, tidak banyak mengeluh cuma mereka sampaikan masalah sembelit mereka bila ditanya.
Ini bikin saya sedih, tertanya tanya apa la perasaan mereka di pusat kurantin itu. Hari berikutnya saya pun bawa la banyak banyak buah, lebih dari cukup untuk 156 orang di pusat kurantin.
Tidak perlu la kita tunggu, pihak atasan turunkan perrtolongan untuk masalah yang masih kita bole buat sesuatu. Walaupun sekecil2 buah je pun,saya rasa sangat tenteram tido waktu malam bayangkan betapa gembiranya mereka dapat buah setelah sekian lama di pusat kurantin ini. I felt satisfied and peaceful😍
If u happen to know anyone in need.dont hesistate please do ur deed🖐💕. Kalo kamu tau sesiapa yang perlu bantuan, kalo kamu masih ada keupayaan untuk tolong mereka, please do🖐.
Tidak ada istilah kita jadi miskin sebab tolong orang lain. Remember God is helping them via you. God moves your heart to help them.
Syukurla kalo kamu masih diberi kesempatan untuk menolong orang lain tak kira bantuan kecil atau besar, setakat kita mampu.
Heart matters❤. Always have eyes on your surrounding, keluarga sendiri, saudara mara,jiran jiran sebelah rumah atau siapa pun waktu2 kawalan pergerakan ni, saling membantu setakat kita mampu
#alwaysbekind
#heartmatters
#fightoffvirusnothuman
Sumber : Dr. Lavennia Gayatri