Talak saat hamil 7bulan. Rujuk pada hari ke 2 lps bayi lahir. Mcm2 berlaku, rupanya tuhan nak tunjuk rujuk itu tak sah

Foto sekadar hiasan. Tular di laman Twitter, kisah seorang wanita yang ditalakkan suami ketika hamil 7 bulan. Kesilapannya kerana tidak rujuk semasa dalam tempoh kehamilan, sebaliknya rujuk pada hari ke dua selepas anak dilahirkan.

Nama dan watak kisah dibawah telah ditukarkan dan bukanlah nama sebenar sepertimana posting yang tular awalnya.

Ikuti kisahnya dibawah.

Sewaktu hari pertama mahkamah putuskan aku bukan lagi seorang isteri. Waktu tu aku senyum dalam duka betapa bodoh nya aku. Tak selidik sombong nak belajar agama. Tolak tepi lah tentang move on ke tak. Itu cerita no 2.

Waktu tu mahkamah putuskan yang kami bukan lagi suami isteri sejak hari pertama Danial dilahirkan. Dan iddah aku dah habis sejak hari pertama Danial lahir. Waktu tu aku rasa macam nak jatuh terduduk.

Betul sangkaan aku. Banyak dah Allah tu bagi petunjuk Cuma aku yang tak nampak. Bekas suami aku lafaz time aku pregnant. Sebab kami nikah awal setahun. Waktu tu silap kami sebab tak refer mahkamah dan tanya orang sekeliling yang sebenarnya sama je tak tahu apa apa.

Kesilapan kami ialah tak rujuk time aku masih hamilkan Danial. Tapi kitorang lafaz rujuk hari kedua usia Danial. Dan lepas pada tu. Banyak benda yang berlaku dalam hidup kitorang. Yang sebenarnya Allah tu nak tunjuk yang kami ni bukan lagi suami isteri.

Aku jadi benci dia. Tak suka dia pegang aku. Aku, lawan cakap dia. Maki dia. Amek tak peduli makan minum dia. Dan sangat tak suka bila dia nak rapat rapat dengan aku. Aku siap pernah lari rumah lagi. Dan dia cop aku isteri derhaka.

Tapi time tu aku memang rasa kosong. Dan dah tak rasa lagi macam suami isteri. Hidup makin susah. Tunggang langgang. Solat langsung tak pernah. Hari hari mesti bergaduh sampai kan polis pun datang ke rumah. Rupanya sebab kami ni bukan lagi suami isteri. Perasaan jadi panas.

Dan paling sedih. Bila aku terpaksa gugurkan anak kedua aku atas nasihat doctor. Ya Allah betapa bagusnya dan indahnya perancangan Allah. Kalau anak tu lahir. Bukan ke anak tu anak luar nikah, subhanallah. Cetek betul ilmu agama aku.

Kawin muda ni sebenarnya boleh bahagia kalau kita kejar akhirat. Kalau tak jadi macam aku la. Tak rujuk pakar tapi pandai pandai tanya orang yang tak arif. Dan lagi sedih bila aku nak daftar cerrai kat mahkamah.

Aku harap la korang semua ni, lagi lagi lelaki jangan la mudah lafazkan talak. Dan kalau suami dah lafazkan talak tu. Cepat2 lah pergi rujuk mahkamah.

Bukan apa. Takut sebenarnya kita punya ilmu agama ni tak cukup lagi untuk buat andaian sendiri.

Aku sangat sedih pada mulanya. Down. Kecewa. Jatuh. Tapi satu lah. Diri sendiri lah pengubat segala kesakitan yang aku alami. Aku tak menyesal kahwin muda dan aku tak menyesal Allah bagi aku yang hadapi cerita ni. Tapi aku bahagia. Sangat bahagia dapat lalui kesakitan yang mematangkan aku.

Ramai yang tanya kenapa aku tak kecewa? Tak
broken? Mudah lupa kenangan? Cepat move on? Ramai yang tanya ramai yang DM.

Jawapan dia mudah. Senang. Semua tu kerja Allah. Allah dah rancang cerita indah dah untuk kita. Tipu lah tak nangis nangis. Lagi lagi bila tahu duduk serumah tapi dah
takde ikatan. Tak ke waktu tahu tu rasa macam kecewa? Hancur hati? Meroyan? Sakit weh.

Tapi Aku redha. Dan aku kuat sebab anak aku. Sebab aku tahu aku taknak jadi hamba cinta lagi. Aku harap Allah murahkan rezeki kami berdua dan bagi kebahagiaan untuk aku dan Danial Arif Bin Mohd Jefri. Inshaallah

Reaksi warganet

Epula Mela –Sinopsis ~
Dorang nikah. Selepas setahun, dorang bersanding dan perempuan tuh sedang mengandung 7 bulan. Dan bekas suami dia lafazkan talak selepas sehari bersanding.

Sepatutnya nak rujuk perempuan yang dicerraikan atau dilafazkan semasa mengandung ialah sebelum melahirkan bayi. Tapi bekas suami dia rujuk selepas Anak dia lahir (Danial) so lafaz rujuk tuh tak sah lah. Kene akad nikah semula.

Then perempuan ni pregnant anak ke2 tapi Dr suruh gugurkan. And yaa kalau anak tuh lahir akan jadi anak luar nikah sebab dorang dah pon sebenarnya cerrai. Tapi dia tak tau.

Sani The Great –Sebabtu kahwin bila dah cukup ilmu, bukan main redah je kahwin. Pasal main redah kahwin tak cukup ilmu lah jadi camni dua dua cetek ilmu gatal nak kahwin.

Akim Je –beruntunglah lelaki sebab lafaz cerrai tu Allah beri pada lelaki, bukannya perempuan. Kalau perempuan Allah beri, sampai mati kau asyik jadi single. Lafaz cerrai tu lah kuasa paling besar yang ornag perempuan paling takut sekali dalam sesuatu hubungan. Jadilah lelaki bijak dan berilmu.

Kalau boleh elakkanlah dari berlaku percerrain sebab Allah sangat murka pada manusia yang suka bercerrai berai dalam sesuatu hubungan terutama suami isteri. Kita sebagai manusia tak boleh bayangkan bagaimana keadaan Allah murka. Kalau raja murka pada seseorang pon kita dah terciduk apatah lagi Dari Maharaja Segala Alam.

Borhan Di –Nikah bila betul-betul bersedia dan faham akan tanggungjawab, baik lelaki mahupun perempuan. Jangan nikah kerana ikutkan nfsu ataupun trend semata kerana kejarkan ‘couple goals’ dan inginkan wedding yang gah. Biar lambat bernikah atau nikah sesimple mungkin, janji tak menyesal.

Raz Nordin –Kalau laki tu sebut “ko bukan milik aq lagi” pon dah kira talak sebab maksud dye seumpama, “kita dah tak de pape” pon same macam satu kes sape tah lupa cerrai guna ws pon kira talak walaupon tak lafaz, nampak tak laki perlu hati hati dengan perkataan, jangan ko sengaja cakap macamtu sebab semata nak bergurau.

Tinjauan di ruangan komen, seorang lelaki tampil menjelaskan perkara sebenar.

Danial Hazril –Salam, saya kawan baik kepada perempuan ni. Kisah ni dah lama dah pada tahun 2018, ni kata – kata dari dia , Terima kasih sebab post ni kalau untuk pengajaran dan terima kasih yang concern untuk dia, alhamdulilah dia dengan anak dia doing just fine dan yang kecam buat bertabah ye.

Sumber : Twitter

Ambilah pengajaran daripada kisah diatas. Bertapa pentingnya kita membina ‘masjid’ denagan ilmu agama yang secukupnya.

Kongsikan, moga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.