Sepertimana semua sedia maklum, tempoh PKP kita dilanjutkan lagi sehingga 28 April. Kebanyakkannya bersetuju dengan tempoh lanjutan tersebut supaya C0VID19 tidak lagi merebak di negara kita.
Pada awalnya kebanyakkan dari masyarakat kita memandang serong akan jemaah tabligh. Makin banyak mereka dikecam, makin banyak kisah kisah positif yang kita dengar di laman sosial.
Terbaru, perkongsian dari wanita ini Natalia Aivy Dibit, tular selepas berkongsi kisahnya merawat golongan tabligh semasa bertugas di Hospital Labuan tempoh hari. Ikuti kisahnya dibawah.
Jemaah tabligh amat terkesan di hati
Jujur, jemaah tabligh amat terkesan di hati saya. Damai dan sejuk terasa. Bayangkan saya naik tangga asrama 2 tingkat rasa nak pitam. Mereka minta saya tarik nafas hembus, mereka tenangkan saya.
Mereka berzikir atau entah apa yang mereka sedang ucapkan, tapi sangat tenang. 4 kali saya attend mereka, 4 kali itu mereka duduk berkumpul dan seakan berkhutbah atau berzikir ke apa saya yang dengar pun rasa tenang.
Ada yang tegur saya, nurse ini harumannya lain benar. Saya ingatkan saya berbau ke apa tapi dia kata aura saya lain. Saya pun tahan airmata saja dengar. Saya tak tahu apa maknanya.
“Siapa pun kamu, apa pun agama kamu, pekerjaan kamu ini mulia. Anggap ianya satu perjuangan yang agung dan mulia.”
Saya akan ingat pesan tu sampai bila-bila. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari perjalanan hidup saya.
Macam macam orang kata pasal jemaah tabligh tapi sangkaan saya meleset. Mereka lain. Ada yang suruh saya berhati-hati kerana mereka boleh Islam-kan saya tanpa saya sedar tapi saya bukan bodoh. Saya tahu macam mana bunyi 2 kalimah itu dan kalau saya tak ucap sama serta tak angkat jari telunjuk berucap sama dengan mereka, agama saya takkan bertukar. Saya tak suka orang melempar yang negatif pada mereka.
Mereka insan biasa yang belajar agama. Dan bila terjumpa pesakit yang sombong, banyak songeh, saya mula rindu melayan karenah pesakit jemaah tabligh yang menenangkan jiwa. Tekanan penat bertugas jadi hilang bila berdepan mereka. Itulah bezanya. Jangan tambahkan tekanan kami.
Kita ada pilihan dan andai pilihan itu direstui, kita masih manusia biasa. Saya percaya, semua agama itu baik belaka dan mereka adalah mesej yang ingin Tuhan sampaikan agar kita selalu bersiap sedia.
Sikap yang membuat kita leka. Pangkat yang membuat kita alpa hingga kita lupa kita hanya manusia biasa. Hiduplah dengan bersederhana kerana bila kita mati, manusia biasa yang akan membantu badan kita hingga selamat dikebumikan. Jangan sombong. Tuhan memberkati.

“Kluster baru yang menjengkelkan..”
Terdahulu turut tular perkongsian dari Mohd Afiq di laman sosial. Ikuti perkongsian nya dibawah.
Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.
Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka.
Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..
Itulah Kluster TABLIGH.. Walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mngsa. Tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.
Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mngsa penyakit c0vid.
Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata c0rona tiada kat tempat sejuk dan sebagainya. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat c0vid itu..
Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi.
Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik drah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je..
Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan..
Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.
Nak buat macam mana.. kene hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diorang ni plak datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua.
Rindu geng tabligh.
Semoga kedua dua kisah di atas mampu mengubah persepsi negatif masyarakat kita terhadap jemaah tabligh.