Bermula dr share posting di wall, akhirnya terjerat ke lembah hiina. Bila cinta bertuhankan nfsu

Hantaran ini bukan untuk menjatuhkan mana mana golongan. Ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan kisah benar. Nama yang digunakan adalah nama samaran (bukan nama sebenar). Ambillah ibrah dari kisah aku ini.

**************

Kisahku ini berlaku 5 tahun yang lalu. Namaku Fadhilah. Aku berumur 29 tahun, bekerja sebagai seorang guru dan menetap di Kuala Lumpur. Aku mula berkenalan dengan seorang lelaki di sosial media.

Din selalu berkongsi ilmu agama dan sering menulis ulasan2 isu semasa berkait dengan agama. Dari fbnya juga dia sering ke kuliah2 agama dan pernah masuk ke pondok untuk mendalami ilmu agama.

Pada mulanya aku hanya mengkongsikan posting2nya di wall aku saja. Mungkin kekerapan itu yang membuatkan dia mula2 menyapa aku di Messeger. Dia menyatakan bahawa dia ingin berkenalan denganku. Aku terima dengan senang.

Dari perkenalan itu dia mula mengambil nombor telefon aku. Dia juga sering sms hampir setiap masa dengan aku. Dia tidak bekerja. Hanya dia suka mengikuti kelas-kelas agama dari beberapa agamawan yang agak terkenal juga. Aku tak boleh sebutkan siapa dan di mana.

Untuk permulaan aku yang agak terkejut kerana dia ingin membuat panggilan video call. Aku agak keberatan tetapi dipujuk rayu olehnya aku bersetuju. Ya semakin hari aku mula hanyut dengan cintanya. Dia juga selalu menyuruh aku membuka baju dan kain ketika video call untuk menaikkan nfsunya.

Tapi aku menolak. Tetapi seperti biasa kata2 manisnya tu membuatkan aku tewas. Walaupun kami jauh dan tidak pernah berjumpa ntah kenapa cinta aku padanya ketika itu begitu kuat. Cinta yang bertuhankan nfsu.

Hubungan kami setiap hari aku merasakan satu d0sa yang aku sendiri tidak faham mengapa aku hanya turuti kehendaknya. Aku menangis. Aku bertaubat kepada Allah.

Aku hairan dia yang selama ini ramai yang sanjung kegigihannya dalam berkongsi ilmu agama sungguh jijik. Dia dipuji puji oleh kawan2nya kerana dia memang seorang yang rajin pergi ke kuliah agama dan suka membantu masyarakat.

Satu hari aku ternampak ada seorang perempuan yang sering meninggalkan komen di fbnya. Ntah kenapa hati aku tak sedap. Dapat merasa sesuatu. Berdegup laju jantungku ini. Aku dengan beraninya PM perempuan tersebut di messeger. Bertanyakan apa kah dia mempunyai hubungan istimewa dengan Din atau tidak.

Dia memberikan nombor telefonya agar mudah untuk dihubungi. Ternyata dari pengakuannya dia pernah mempunyai hubungan istimewa bersama Din. Allah.. Hancurnya hati aku ketika itu pabila mendapat tahu. Hancur kalian.. Terdiam aku di situ.

Rupa2nya dia pernah keluar bersama dengan perempuan itu dan melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Meraba dan memegang itu sudah menjadi kebiasaannya.

Dia merayu2 agar diberi peluang kedua. Dan sekali lagi aku menjadi orang yang paling bodoh. Aku menerimanya kembali. Perkara yang berlalu itu memberi kesan kepadanya. Trauma kerana dia selama itu membohongi aku. Banyak hal aku mengalah dan memendam di hati.

Berapa banyak kali aku bertanyakan kepadanya agar mencari pekerjaan supaya dapat menyimpan duit. Tetapi langsung dia tidak endahkan. Disebabkan aku seorang yang bekerja, sering juga aku memberikannya duit. Setiap bulan aku akan transfer kepadanya RM150-RM200. Ntahlah aku begitu naif. Aku tak pandai untuk berkata tidak. Itulah kelemahan aku. Ya aku salah. Aku tahu aku bodoh.

Apa yang membuatkan aku semakin tertekan dia selalu untuk minta video call. Walaupun dia tahu aku penat balik dari kerja, dia tak pernah fikirkan hati dan perasaan aku. Apa yang penting dia dapat memuaskan nfsunya. Nafsu serakahnya.

Kalau boleh ditunjuk segala conversationnya di sini akan aku tunjukkan kepada kalian tapi tak apalah biarlah aku simpan aibnya untuk dijadikan bukti nanti, jika perlu.

Dia juga seorang pemarah. Langsung tak sama dengan luarannya. Ramai yang memujinya. Ramai yang berkata dia seorang yang penyayang tapi sebenarnya dia sering dan suka memarahi aku. Memaki aku itu perkara yang biasa. B*bi s*al b*to itu biasa dia ucapkan pabila kami bergaduh. Perkataan yang tak disangka.

Ya kami selalu bergaduh. Dia kata aku cemburu buta sedangkan aku tahu dia selalu msg2 dengan perempuan lain. Cumanya dia susah hendak mengaku kesilapannya. Dan aku hanya akan memendam. Setelah apa yang dia perbuat pada aku, mana mungkin aku akan lepaskan dia begitu saja. Tidak..

Bagi aku yang penuh dengan d0sa ini, aku kira ini adalah musibah besar. Musibah ada dua macam hal :

1) Sebab d0sa kita. D0sa yang Allah nak ampunkan melalui musibah.

2) Ada kemuliaan yang Allah nak beri pada kita. Saidatiina Aisyah difitnah dan mengambil masa 6 bulan untuk bersabar.

Dalam hubungan ini kami jarang untuk berjumpa kerana jarak kami yang sangat jauh. Tapi ada satu hari tu kami ingin berjumpa sebab sudah setahun lebih tidak berjumpa. Dia datang ke KL dan mengambil aku dengan kereta. Sampai saja aku keretanya dia menarik aku untuk dipeluknya. Tanpa segan silu dia mengajak aku untuk check in di sebuah hotel.

Aku menolak. Mati mati aku menolaknya kerana belum pernah dalam hidup aku tidur dengan mana mana lelaki apatah lagi untuk menyewa hotel. Dia enggan mendengar penolakan aku, dia terus mencari hotel dan berkata hanya untuk berehat saja. Dia berjanji tidak akan berbuat apa apa.

Aku hanya turuti saja kemahuannya. Sampai saja di sebuah hotel dia terus membuka bajunya. Hanyutlah kami dalam lembah mksiat yang sangat hiina. Aku bagaikan mimpi dari tersedar. Aku terus mengucap. Aku masuk ke bilik air aku ambil wudhu. Ya aku ambil wudhu. Aku menangis. Aku tak tahu apa yang aku buat ini. Aku melihat wajahnya dengan penuh rasa marah.

Diluar sana semua orang menyanjungnya! Kawan2nya selalu memujinya! Ustaz2 sering bergaul dengannya! Tapi kenapa dia tak pernah hargai aku?? Kenapa dia selalu marah2 aku! Kenapa dia tinggalkan aku?? Ya selepas daripada kisah kami di hotel itu dia mula menjauh. Dia selalu sibuk dengan kawan2nya dengan aktiviti bersama masyarakat. Dia sering beri pelbagai alasan.

Panjang lagi aku nak tulis sebenarnya. Aku mengalami depres hingga terpaksa mengambil ubat atas saranan doktor. Aku sangat tertekan. Kalau kau tengok aku, kau tak akan percaya. Badanku kurus melidi yang sebelum ini kau seorang yang berisi. Mataku sembam. Kulitku kusam. Bibirku lebam.

Aku berharap sakit aku ini akan pulih sepenuhnya nanti. Siang malam merasa sakit ini bukanlah suatu yang indah. Sangat sulit dan menekan dada. Tapi dia tak ambil peduli. Dia membisu dengan terus menjadi manusia berperangai dajjal.

Kalian yang membaca kisah aku ini tolonglah ambil ibrah dan berhati- hati dari nfsu lelaki yang bersembunyi di balik baju agama ini. Banyak lagi pengalaman yang aku tak tertulis di sini. Yang mempunyai anak perempuan pantaulah, yang mrmpunyai adik perempuan ambillah tahu dengan siapa mereka berkawan.

Jangan jadi seperti aku. Aku berkali kali tersungkur tetapi tidak ada siapa yang boleh bantu aku. Aku menadah kepada Tuhan yang Maha Esa mendoakan kehancurannya satu hari nanti atas kezaliman yang buat pada aku selama ini. Dan aku juga berharap orang sekeliling tahu siapa dirinya yang sebenar.

Reaksi warganet

Hanie Azuhani –I takkan salahkan confessor. Cinta kadang kala membutakan mata manusia walaupun kau berjawatan dan berpe didikan paling tinggi. To confessor, move on. Yang lepas, takkan berulang kembali. Susah macam mana pun, u kene bangkit semula mulakan hidup baru. At least , kesilapan u ni pengalaman berharga bagi u. Jangan ulangi.

Syafikah Syafie –Hmm. Tak terkata apa bila baca confession ni. Sepatutnya dah angkat kaki dari awal dan jangan melayan. Tapi itulah, dah terjadi semuanya. Jaga diri. Jangan mudah percaya sangat. Jadi sekarang dah berkahwin dan beranak piinak ke? Kalau dah, syukur alhamdulillah semoga berbahagia. Kalau belum, moga dipertemukan dengan jodoh yang baik. Amin.

Teringat kisah kawan saya juga ni, masa sekolah agama dululah. Dia bercouple dengan lelaki ni sama sekolah juga. Alim betul saya tengok lelaki tu. Rupanya makin lama diorang couple laki ni suka ambil kesempatan. Pegang tangan, cuba untuk peluk.

Huihh tak percaya betul saya. Kalau dari zahir, memang alim yakmat tak tau nak habaq. Mujur kawan saya cepat tersedar dan insaf. Dia lari dari laki tu. Tak tahulah sekarang jadi apa laki tu. Harap dah berubah.

Farahin Nur –Ni kisah lampau dia. Dia hanya meluahkan untuk melegakan perasaan dia. Ya betul dia berd0sa. Jangan kutuk2 sangat mana tau benda ni jadi pulak pada anak atau ahli keluarga. Pada tt harap awak bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan ini. Semoga awak mendapat jodoh yang baik. Aamin.

Sumber – Cik Sabar (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *