“Aku tak iklas”. Terasanya bila suami angkut mertua tinggal sekali. Akhirnya aku mcm bibik di rumah sendiri

Foto sekadar hiasan. Salam semua. Di musim C0vid-19 ni benar2 menguji para suami isteri yang terperuk kuarantin di rumah. Makin senang gaduh, makin senang cari pasal.

Al kisah suami saya entah kenapa dia boleh angkut mak ayah nya dari kampung datang ke KL. Di awalan perancancan katanya saya dah beritahu, jangan di bawa orang tua datang ke sini. Elok2 dah duduk kampung, awak bawak ke sini kang kene C0vid-19 menyesal tak guna.

Tapi nasihat tak endahkan.Kesudahanya saya stuck dengan mak ayah dia semunggu di rumah kami sendiri apabila RMO dikuatkuasakan.Dah macam ada RMO dalam rumah sendiri. Saya sepatutnya work from home jadi terbantut apabila mertua saya langsung tidak membantu.

Ingatkan boleh lah tolong tengok anak bila suami on call, eh tidak. Anak menangis pon saya yang handle. Di dapur pon langsung tidak menolong. Handphone melekat di tangan masing2. Tengok apa tak tahulah. Orang tua main fb, aduhaiii buruk benar perangai.

Kalau tak main hp, tengok netflix takpon tidur. Maklumlah wifi free. Remote tv macam dah jadi milik mereka sampaikan anak2 saya nak tengok kartun kegemaran pon tak merasa. Sedihnya rasa macam orang asing dalam rumah sendiri.

Bila saya dah siap masak, berpeluh2 hidang lajuuu masing2 meluru ke meja makan. Siap tanya,

“eh hidangan ni dah dibuat 3 hari lepas”.

Allahu dalam hati saya, dah lauk tu je yang ada dalam peti. Saya masak untuk satu hari terus yakni makan tengahari sekalilah makan malam. Means hidangan tu banyak jadi pandai2 la berjimat untuk makan malam skli.

Sudahlah tidak membantu di dapur, pinggan mangkuk pon saya yang basuh, lauk makan malam pulak dihabiskan. Saya nak suap anak makan malam terkejut tengok takde langsung lauk ditinggalkan.

Orang mungkin boleh cakap, apa susah masak aje la lauk lain. Yaaaa, memang boleh masak. Tapi takkanlah saya nak menggoreng lauk lain di waktu jam 8 malam tu. Masa tulah nak kupas sayur ikan ayam pulak ke? Kecewanya saya rasa. Saya sendiri pon tak dapat nak makan malam sebab kehabisan lauk. Suami mana tanya, saya dah makan ke belum. Yang dia pasti mak ayahnya ada sekali makan di meja bersamanya.

Suami pulak seolah2 macam buat bodoh langsung tak fikir perasaan penat lelah saya di dapur di rumah di bilik. Mak ayah dia bukanlah tua mana. Saya masih menghormati mereka. Tapi kalau dah cawan minuman manis sendiri bersepah depan tv, dalam bilik, atas meja makan, saya naik fedup. Nak dibiarkan nanti kang anak2 pulak terpecahkan cawan. Keropok makan bersepah atas karpet sekadar dipandang je.

Allahuuu bila nak tamat C0vid19 ni. Saya letih. Saya jadi tak ikhlas dalam membuat semua benda. Baju2 mereka semua saya basuh dan sidaikan. Saya dah seperti bibik baru dalam rumah sendiri. Saya keletihan sehingga saya tak mampu nak ukirkan senyuman.

Sehinggakan suami saya marahkan saya disebabkan muka ketat saya too obvious macam tak sukakan mak ayahnya. Memang tak pandai saya nak menipu riak wajah ni. Kalau saya tak suka, baik saya masak lauk untuk diri sendiri dan anak2 saja.

Suami siap maki saya dalam whatsapp. Siap larang lepas ni saya tak dibenarkan lagi berjumpa mak ayah saya sendiri. Diugutnya saya dilarang ke rumah parents sendiri atas sikap dingin saya. Memang tak boleh ke mana2 pon saya ni, ada kawalan pergerakan kan?

Makanya saya cuma buat video call sajalah dengan parent sendiri buat lepas rindu. Suami saya mungkin nampak bagus di mata parents dan adik beradik dia tapi bukan dengan isteri dan anak2 nya. Hanya saya yang tahu baik buruk suami. Mak mertua saya sanjung tinggi suami. Kononnya sanggup ambil mereka dari kampung di musim2 c0vid ni.

Tapi isteri dan anak2 ibarat lantak kau situ. Yang penting mak ayah aku ade depan mata untuk aku tengok. Habis saya yang masih ada parents dia halang pulak.

Kenapa wujud suami macam ni dalam dunia? Ya dia anak yang bagus, tapi dia bukan suami dan ayah yang baik untuk saya dan anak2. Ya Allah pulihkan lah C0vid19. Aku terlalu penat ya allah 😭 maaf atas tulisan yang agak panjang tapi inilah luahan hati saya.

Reaksi warganet

Tinjauan kami di ruangan komen, kebanyakkan pembaca meluahkan rasa simpati dan memahami akan kesusutan yang dialami oleh wanit ini. Lihat apa kata mereka.

Dia Amyra Yusuf –Baca pun dah boleh rasa kepenatan sis disitu.. Dengn mental dan fizikal. Sedih pun sedih, kalau saya mesti dah depression teruk… 😢

Sis kuatkan semangat. Banyakkan istighfar, berdoa semoga semua nya bisa pulih seperti sediakala.. Saya tahu sis kuat, so jangan giveup ye..

Ika Hawa –Memang menyedihkan bila sikap sesetengah suami yang lebihkan ibu bapa sendiri hinggakan dia tak sedar dia masih punya isteri dan bapa mertua yang perlu diberikan layanan yang sama.

Kasih syang berat sebelah. Antara sebab kasih sayang isteri jadi tawar. Sabar banyak2, semoga para isteri yang punya suami kategori begini diberikannya kesabaran yang tinggi.

Rozilah Majid –Sabar le dik bukan orang lain. Masak dengan kasih sayang, bangun tidur Mula Kan dengan Bismillah… Insyaallah niat Kita nk berbakti, bila Kita iklas, semua di permudah Kan.

Yah Hana Yaacob –Allahuakbar. Sebenarnya kalau dibuat survey, memang hampir 100% para isteri tertekan sepanjang PKP ni.

Pada ketika ini baharulah kita betul2 tahu perangai sebenar para suami. Kalau sebelum ni dah tak menolong, kita maafkan je. Waktu PKP ni, memang tak pergi bekerja, tapi juga tak nak menolong, memang sengsaralah para isteri. Kerja mereka asyik dengan hphone ke hulu ke hilir. Berdoalah semoga Allah kurniakan petunjuk kepada mereka ini.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Dalam situasi begini, sepatutnya si suami memaikan peranan penting supaya kesejahteraan antara isteri dan ibubapa terbela. Apa pula kat anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.