Aku hamil di IPTA, aku malu. Kesian ibu. Aku nekad nk bnh diri, hinggalah terpandang sesuatu. Semuanya berubah

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku Atun (bukan nama sebenar). Aku nak bercerita kisah silam aku bukan bertujuan nak membuka pekung didada tapi, ambillah pengajaran disebalik kisah aku.

Juga bukan bertujuan nak mengalakkan melakukan kesalahan yang sama yang telah aku lakukan. Janganlah hampiri z1na sebab sengsara atas perbuataan tu sangatlah azab didunia pun Allah dah tunjuk.

Kira kira berbelas tahun dahulu aku pernah melakukan kesalahan yang sangat besar dalam hidup aku. Aku pernah melanjutkan pelajaran di IPTA, aku seorang pendiam dan berasal dari keluarga yang sederhana.

Ditakdirkan Tuhan aku bertemu dengan seorang lelaki cinta pertama aku. Dia banyak menolong aku tapi rupanya bersebab. Kami terlanjur dan aku mengandung. Dia tahu kehamilan aku dan berjanji akan bernikah dengan aku. Tapi janji tinggal janji. Dia lari maka tinggallah aku dengan perut yang ada baby.

So, aku tak tahu nak buat apa. Aku malu. Pada waktu itu aku hanya fikir bnuh diri. Aku tak makan tak minum hanya menangis saja. Bergerak gerak baby dalam perut makin aku sedih makin kuat baby bergerak.

Waktu itu aku sedang berfikir macam mana cara nk bnuh diri. Terjun lombong kah, gntung diri kah. Sebab aku rasa tak layak untuk hidup. Keluarga aku sudah tahu mengenai kehamilan aku. Kesian ibu aku. Terpaksa menanggung malu atas perbuatan aku.

Sampai pada satu hari, aku nekad nak bnuh diri sebab tak sanggup nak tanggung malu pada hari mendatang. Sudahlah aku tak dapat menghabiskan pelajaran dan ada hutang pendidikan yang perlu aku bayar. Berat sungguh masalah aku. Aku menangis sepuasnya dimeja bacaan aku.

Pada waktu itulah aku terpandang ‘sesuatu’, iaitu sebuah tafsir Al Quran. Aku tergerak untuk mengambilnya dan aku selak pada selakan yang kedua mata aku terpaku pada surah An Nissa dimana terjemahannya berbunyi,

“San janganlah kamu membnuh diri sesungguhnya Allah maha penyayang terhadap kamu”. Allahu rabbi terasa laju air mata aku mengalir. Allah tahu apa yang aku sedang fikirkan.

Aku ambil wudu dan aku solat selepas sekian lama aku tinggalkan solat. Aku menangis semahunya dan aku minta ampun atas dosa dan niat aku yang mahu bnuh diri. Aku minta dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan untuk mengharungi masalah ini.

Dan benar benar Allah permudahkan urusan aku walaupun perit. Aku telah dimasukkan ke penjara atas kesalahan hamil diluar nikah.

Tapi aku telah dijamin oleh kawan aruwah ayah yang aku panggil Pakcik Mid (hubungan aruwah ayah dengannya terlalu rapat sehingga dah dianggap seperti saudara) Beliau lah yang menanggung kos bersalin.

Pakcik Mid memilih di hospital swasta kerana mahu menjaga aib aku. Banyak bantuan yang aku dapat dari keluarga dan saudara mara aku.. tilam baby dan barangan baby. (Semoga Allah permudahkan urusan Pakcik Mid dan mereka yang menolong aku ini di dunia dan diakhirat)

Sampai waktu aku bersalin maka lahirlah seorang baby boy. Sebelum lahir baby ni aku dah berjanji nak serahkan kepada seorang wanita kak Era namanya yang berasal dari Kedah untuk diambil menjadi anak angkat sebab dia dah lama kawin tapi tiada anak.

Bila lihat wajah baby aku tak sampai hati pula nak serah kepada kak Era. Aku rasa sayang pada baby. Mujurlah kak Era faham dan kak Era tak jadi mengambil anak aku bila tengok aku meraung. Ibu aku pun tak sampai hati nk bagi cucunya pada orang lain.

Sekarang aku perlu mencari kerja. Allah mudah kan juga urusan aku. Aku dapat kerja yang berhampiran rumah dengan gaji RM350 sebulan. Terpaksa aku ikat perut sebab perlu membayar hutang PTPTN. Anak aku alhamdullilah sihat dan sangat mudah menjaganya.

Sekarang baby boy tu dah berumur 19 tahun. Hutang PTPTN yang berpuluh ribu mampu juga aku langsaikan dengan permulaan gaji RM350 pada tahun 2002 dan habis bayar pada tahun 2012.

Kehidupan saya? Aku menjadi seorang “single mother”. Bayangkan lah macam macam yang aku tempuh, hinaan orang, menjadi bahan umpatan. Kalau nak cerita memang tak habis. Tapi aku tak kisah. Sebab aku dah ambil tanggungjawab penuh atas kesalahan aku. Orang nak mengumpat mengutuk biarlah aku hanya pekakkan telinga je.

Alhamdulllilah aku mampu menjalani ujian ini. Tanpa bnuh diri, tanpa buang baby. Allah dah kata dia takkan uji seseorang melebihi kemampuan seseorang. Ye aku beruntung sebab family, saudara mara, jiran jiran banyak memberi sokongan dan bantuan.

Sebab itu lah jika ada masalah tak kira masalah apa pun rujuklah kepada Allah. Minta pada Allah permudahkan urusan. Sekarang baru aku nampak hikmah atas semua ni. Allah kurniakan kepada aku anak lelaki yang baik dan banyak menolong aku. Kalaulah dulu aku buang dia, aku lah sejahat jahat manusia.

Kepada lelaki yang menghancurkan hidup aku tu, mungkin sekarang dah berkahwin dengan seorang perempuan yang baik baik dan dikelilingi anak anak. Aku tak boleh kata apa dan dapat apa apa pun. Tapi suatu hari disana pasti aku akan dapat keadilan dari Tuhan yang maha Adil. Semoga kau bahagia dan baik baik ye.

Terima kasih pada yang sudi membaca luahan aku yang aku pendam berbelas tahun ni.

Reaksi warganet

Perkongsian dari wanita ini mendapat reaksi hangat dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Haifaa Iszaty –Hebatnya wanita. Bila aku baca kisah kisah macam nie, dunia nie terlalu besar untuk bersedih kerana perkara kecil. Aku rasa aku susah, tapi masih ada lagi orang yang menderita… 😥😥😥 Tabahnya sis… Hebat seorang wanita…

Ikeen AB –Alhamdulillah dik. Rasa menitis air mata membaca kisahmu. Semoga segala tohmahan yang di tanggung menjadi asbab Allah ampunkan dosa2mu. Biar Kita hina dimata manusia asal jangan hina disisi Allah. Tahniah sekali lagi.

Kak doakan semoga Allah melimpahkan rahmatnya dan dikurniakan kebahgiaan dunia akhirat. Amin. Ingat, semua orang pun tidak sempurna. Jangan rasa rendah diri. Semoga adik kuat.

Rufaidah Hussain –Sedih saya. Tolong ajar anak2 lelaki semua untuk hormat perempuan. Punca dari lelaki sendiri. Huhu. Kenapa perempuan je kena penjara . 😢. Xadilnya, kejam sangat. Dah lah kna tanggung sorang2, kena penjara pulak. Tak adil again😞.

Nadia Rahmat –Atun sayang, kita mungkin nampak hina dimata manusia. Tapi, bila kita dah taubat, darjat kita diangkat dan pandangan Allah pada kita mulia. Percayalah, manusia yang menghina lebih hina dari yang dihina .

– Atun (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Sungguh terkesan membaca perkongsian dari Puan Atun. Bagaimana dengan susah payahnya dari awal namun mampu survive untuk membesarkan anaknya.

Semoga ada nilai murni dan pengajaran yang dapat kita ambil dari perkongsian di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *