Rahsia Nani ada H1V terbongkar dlm pjbt agama. Pegawai agama sruh fikir baik2, aku nekad dgn pilihan aku

Foto sekadar hiasan. Bila baca confession, banyak pulak cerifa yang menunjukkan kesampahan lelaki. Suami curang dengan jiran, suami pukul isteri, suami tak straight, sesak jiwa aku.

Jadi, rasa terpanggil nak kongsi cerita aku di sini. Harap dapat memadam sedikit rasa takut dalam kalangan wanita tentang perkahwinan.

Aku Din. Tahun ni umur 30. Aku duda. Kematian isteri 5 bulan lalu. Aruwah isteri aku biarlah aku namakan sebagai Nani. Aku dan Nani punya jarak jauh beza usia. Dia 38. Kami kahwin atas dasar pilihan mak aku.

Mak aku suka sangat dengan Nani. Mak kata Nani baik, Nani hormat orang tua, Nani pandai masak. Serba serbi baik senang cerita. Dan sebab Nani ni kecil molek orangnya, tak nampak yang umur dia hampir 40. Kami nampak macam sebaya.

Bila mak kata nak jodohkan aku dengan Nani, aku serba salah. Sebab aku dah ada girlfriend masa tu. Kami belajar sama-sama kat U, tapi dia junior aku. Aku panggil dia Ifa. Mak tak tahu pasal Ifa sebab aku plan nak bagifahu pasal kami bila Ifa dah habis belajar. Tapi bila mak dah keluar cerita pasal Nani, aku macam blur kejap. Mak asyik push aku untuk cuba kenal dan kawan dengan Nani. Sebab mak dah berkenan sangat.

Pendekkan cerifa, sebulan lepas mak sampaikan hasrat nak bermenantukan Nani, mak aku meninggal. Mak memang dah lama sakit. Akulah yang jaga mak selama di hospifal. Mak kenal Nani sebab berjiran katil kat hospifal. Bila Nani melawat mak dia, berbual-buallah dengan mak aku. Tu yang suka sangat dengan Nani. Lagi pulak mak aku ingat aku memang tak ada sesiapa, lagilah mak aku nak sangat kami kahwin.

Lepas mak pergi, aku buat istikharah. Aku tak nampak Nani, tapi aku nampak mak. Setiap kali buat istikharah, aku nampak mak. Sebak gila rasa sebab aku memang ikhlas dan sayangkan Ifa. Tapi istikharah tu?

So aku ikut jawapan istikharah. Aku pilih Nani. Ifa menangis teruk. Ifa kata aku kena sihir Nani sebab aku sanggup tinggal Ifa yang dah bertahun bercinta demi Nani, seorang anak dara tua. Entah. Aku pun tak tahu nak explain apa kat Ifa.

Ifa minta aku pergi berubat dan dia sanggup tunggu sampai aku sihat balik, tapi dia minta aku jangan kahwin dengan Nani. Aku pesan kat Ifa, jangan tunggu aku. Ifa berhak dapat lelaki lebih baik. Klise sangat kan jawapan aku. Macam drama pukul 7. Tapi aku memang nak dia bahagia walaupun tanpa aku.

Persiapan pun dibuat. Meriah gila. Sebab Nani anak sulung yang telah dilangkah bendul 3 kali. Jadi parents dia excited sangat dan nak buat majlis grand kiranya. Aku ikutkan jek. Kemuncak cerita bila pergi pejabat agama untuk interview sebelum kahwin. Biasanya, sampul keputusan ujian drah akan dibuka oleh pegawai pejabat agama depan bakal pengantin.

Masa tu aku dah selesai interview. Tetiba pegawai agama yang interview Nani panggil aku masuk bilik dia dan terbongkarlah segala kisah. Nani H1V+. Nani menangis macam budak kecil masa tu. Pegawai agama minta aku fikir baik-baik apa langkah seterusnya. Terpulang pada aku nak teruskan atau batalkan perkahwinan.

Bila masuk kereta, aku tengok Nani. Tapi aku tak tahu nak cakap apa. Nani minta maaf sesungguhnya. Nani kata dia bodoh sebab dia ingatkan dia boleh tipu aku tentang ini. Nani lupa yang ada ujian drah segala sebab dia hanya nak tutup mulut makcik-makcik bawang yang sibuk tanya bila nak kahwin sedangkan hakikatnya dia tak patut kahwin pun.

Dah tu, aku pak sanggup ke? Ya Tuhan. Bala apa pula kali ni. Aku rasa frust sangat. Jawapan istikharah ni membawa aku kepada musibah ini ke? Aku buntu. Nani cakap, terpulang kalau aku nak batalkan majlis. Lagi sebulan. Nak batalkan? Nak cakap apa kat keluarga? Aku tanya, parents Nani tahu tak pasal ni. Nani kata, tak ada siapa yang tahu.

Aku teruskan. Aku tak tahu kenapa Tuhan lorongkan hati aku ke pilihan ini. Serius. Bila fikir-fikir balik, macam gila juga keputusan aku ni. Sepanjang perkahwinan, lepas solat berjemaah, doa kami adalah supaya urusan kami dipermudahkan, tak kira apa jua kesudahannya. Aku ajar Nani solat, mengaji.

Nani cakap dia suka aku sebab dia selalu dengar aku mengaji untuk mak aku masa di hospifal. Sebab tu Nani cuba sedaya upaya untuk ambil hati mak aku supaya jadikan Nani menantu. Nani cakap, dia tak nak mati menderita sorang-sorang tapi at the same time, Nani tak nak family dia tahu yang dia ada H1V+.

Maha Suci Allah, kasih sayang yang lahir dalam hati aku ni memang ikhlas bukan berlandas nfsu semata. Semakin hari, aku nampak perubahan Nani. Kulit Nani mengering macam berkeruping dan berbekas hifam. Bila dalam rumah pun Nani pakai lengan panjang dan tudung. Sebab Nani kata dia malu kulit dia buruk. Selalu sangat demam sampai sesak nafas. Nak jalan pun tak larat. Batuk tak sembuh-sembuh.

Sehinggalah dia sakit terlantar, aku yang jaga Nani sepenuhnya. Kawan-kawan pejabat Nani semua buat andaian yang Nani kena sihir sebab tak ada siapa sangka perempuan baik seperti Nani boleh ada H1V+.

Sehinggalah Nani pergi. Selepas Subuh, hari Khamis. Lepas aku mandikan Nani, dia kata dia sakit perut. Masa tu Nani macam dah boleh bergerak sikit. Aku papah dia ke bilik air. Lepas siap, Nani kata dia sejuk sangat. Aku selimutkan Nani dan masa tu lah Nani nazak depan mata aku. Tiba-tiba.

Nani sempat minta maaf sebab seolah dia dah aniaya hidup aku dan ucap terima kasih banyak kali sebab jaga dia sampai akhir hayat. Nani pergi macam tu jek. Mudah. Tenang. Aku terkelu kejap. Tak tahu nak rasa apa. Nani pergi bersama aibnya yang tertutup rapat. Maha Suci Allah yang Maha Pengampun dan Penerima Taubat hambaNya.

Oleh sebab Nani masih muda dan tak ada history sakit teruk, so kena buat post mortem untuk claim insurans. Mulanya aku tak nak bagi sebab aku risau kecoh pulak tentang punca sakit Nani yang sebenar. Tapi keputusan post mortem menunjukkan yang Nani kena Tibi (batuk kering) sebab pekerjaan Nani yang selalu keluar negara. Even parents Nani pun tak tahu sampai ke sudah. Jadilah aku duda muda.

Perkahwinan kami hanya 5 bulan. Bak kata Nani, Allah hantar aku untuk tutup aib dan jaga Nani ke hujung nyawa. Andai itu takdirNya, aku redha. Semoga Allah tutup juga aib aku dan berikan aku ganjaran kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Cinta sejati tu wujud ye, semua. Aku tak galakkan korang buat keputusan seperti aku sebab aku rasa kisah aku ni rare sangat. Satu dalam seribu kot. Bukanlah aku nak kata aku ni jejaka beriman ke apa. Cuma mungkin ini ujian untuk aku dan alhamdulillah aku berjaya tempuh hingga ke hujung cerifa.

Now aku dalam proses nak menenangkan diri. Semoga cerita aku akan jadi semangat buat wanita-wanita di luar sana untuk percaya yang lelaki baik itu masih wujud untuk anda. Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah terakhir.

Reaksi warganet

Jenengku Fauziah –Mungkin aruwah teraniaya, atau mungkin dia juga ikhlas bertaubat. Taubatnya diterima, Allah hantarkan seorang insan bergelar suami untuk menutup aibnya sehingga ke akhir hayat. Subhanallah

NurulHuda CW –Aruwah kawan saya pun ada H1V jugak. Tapi dia berjangkit dari ayah dia. Mak dia pun meninggal jugak. Sekarang tinggal adik dia je. Sedih journey dia. Dari kecik sampai lah dia umur 15 tahun dia survive hidup dia. 😢

Adie Oren –Suruh Din carik Ifa, cerita balik A to Z, tapi bab H1V tu jangan la cerita, cakap lah ni betul2 keinginan aruwah mak sebelum meningal, bawak Ifa pergi tempat dating dulu, belanja KFC.. Ifa mesti on balik la.

Kita merancang, Allah sebaik2 perancang. So Din dapat dua2, Ifa dapat, keinginan aruwah mak dia pon dapat.. Gud luck din, mungkin orang ingat awak duda, tapi awak still teruna.. Cayok

Ahmad Shahidan –Saya ada kenalan yang H1V+. Terkena sebab ddah. Sudah lama dijemput ilahi.

Belajar sekolah agama. Bacaan al-quran dia bagus, banyak juga surah hafazan. Tapi sebab keluarga dan pengaruh rakan, terjebak jua..

Aruwah kena tangkap dan masuk pusat serenti. Emaknya meninggal masa dia dalam pusat serenti. Aruwah sangat insaf. Mampu henti ketagihan ddah dengan sendiri. Jadi imam di surau pusatnya. Sehinggalah aruwah dapat keluar awal.

Bekerja bersungguh2 merata negeri tapi dibuang selepas tahu dia bekas penagih.

Masa tu ada gadis tergilakan aruwah. Aruwah menolak dengan baik. Namun, gadis dan kelurga tersebut berkeras. Akhirnya kahwin. Dapat anak sorang.

Semasa anak masih kecil, aruwah sakit tenat. Dalam kesakitan menghampiri ajal, mulut aruwah tak berhenti berzikir. Malah menegur sapa2 yang salah baca Al-Quran.

Selepas menghembus nafas terakhir. Aruwah diuruskan oleh hospifal.

Apa yang ajaibnya. Allah maha kuasa. Isteri dan anaknya bebas H1V.. Isterinya sudah berkahwin lain. Ada anak 2 orang. Anak aruwah dah sekolah menengah.

Allah maha besar. Allah maha pengampun. Allah maha memakbulkan doa org bertaubat.

Sumber– Din (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Perkongsian Din pernah tular pada tahun lepas. Semoga ada pengajaran dan nilai murni yang dapat kita ambil dari kisah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *