“Orang berpakaian putih telah mengangkat masjid”. Kisah Muhammad Cheng, peristiwa besar di Aceh 2004 yang telah mengubah hidupnya

“Saya telah melihat malaikat. T$unami telah mengubah hidup saya.” (Cerita asal oleh Claudia Aziza dalam bahasa Inggeris)

Ini adalah kisah *Muhammad Cheng.* Dia menganut Islam pada tahun 2005 selepas peristiwa dahsyat T$unami yang melanda di bandar kelahirannya Aceh, Indonesia.

Saya adalah seorang berbangsa Cina tulin. Keluarga saya telah tinggal di Aceh selama tiga generasi. Kami ada pedagang. Datuk nenek saya datang ke negara yang mengamalkan Islam ini untuk berniaga. Mereka tinggal di sini kerana mereka dapati persekitarannya sesuai. Pemerintahnya adil, rakyatnya mudah berkawan dan tidak menggangu kehidupan keluarga kami.

Keluarga saya masih mengamalkan budaya asal Cina yang menyembah nenek moyang. Saya juga membuat perkara yang sama. Sebelum saya membuka kedai, saya biasanya membuat penyembahan di kotak ibadat untuk nenek moyang. Dalam sehari saya berulang kali membakar colok untuk mereka.

Kedai saya sangat hampir dengan Masjid Agung, Aceh. Saya boleh mendengar laungan memanggil solat setiap hari tapi tidak pernah timbul dalam ingatan saya untuk memeluk Islam. Tidak pernah, sehinggalah pada pagi hari yang teruk itu.

Saya baru sahaja mula membuka kedai saya pada tanggal 26 Disember 2004. Ia adalah sebagaimana pagi yang biasa pada saya. Cuaca yang baik dan tiada apa pun yang luar biasa. Sekurang-kurangnya ia kelihatan begitu.

Tapi ada sesuatu yang ganjil. Burung-burung tidak berkicau dan tidak ada kucing yang biasanya menanti di hadapan pintu kedai saya untuk mendapatkan sisa makanan semalam. Namun saya tidak memberi perhatian sangat kepada keganjilan ini.

Bagaimana pun tiba-tiba terasa gegaran yang kuat dan bunyi yang nyaring. Saya berlari keluar kedai. “Ini sudah pasti gempa bumi”, saya bercakap sendirian. Orang lain juga keluar dari kedai mereka tapi selepas beberapa minit kami semua masuk semula ke dalam kedai masing-masing.

Namun begitu tidak lama kemudian ramai orang berlari-lari sambil menjerit-jerit,

“Air, air laut telah datanggg.. air!”

Saya kebingungan. Walau pun saya faham perkataan mereka, saya tidak dapat menangkap maksudnya. Saya meluru keluar kedai. Keadaan orang ramai seperti kena histeria berlari menuju ke Masjid Agung. Mereka menjerit dan melolong.

Kemudian saya melihat air mula mengalir ke kawasan itu. Saya berlari untuk membakar colok untuk mendapat pertolongan dari nenek moyang saya. Banyak air telah melimpahi jalan raya dan menerjah ke arah masjid.

Saya menjadi cemas dan takut. Saya berlari ke tingkat atas kedai. Saya melihat limpahan t$unami dari anjung kecil kedai saya. Air telah melimpah dengan banyak. Ianya sangat sukar untuk dipercayai.

Kemudian saya melihat sesuatu yang sangat anih. Kelihatan beberapa orang yang perawakan tinggi berpakaian serba putih. Mereka membuat pergerakan seperti seorang polis mengawal lalu lintas. Mereka berdiri di beberapa tempat di hadapan Masjid Agung. Air mengalir laju tetapi mengikut arah tunjuk mereka. Aliran air menjadi berpecah beberapa meter di hadapan Masjid Agung ke arah kiri dan kanan masjid.

Bagaimana pun air telah melimpah dengan banyak. Tekanan yang hebat dari arah laut menolak air memasuki bandar dan menuju ke arah masjid. Orang-orang yang berpakaian serba putih itu tidak berganjak sebagaimana orang ramai yang lari untuk menyelamatkan diri. Beratus-ratus orang meluru ke arah masjid untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Beberapa orang telah jatuh dan air yang deras itu menghanyutkan mereka. Saya melihat ini dari anjung atas kedai saya. Air menderas dengan banyak tetapi tidak pun memasukki ke dalam masjid. Orang yang telah berada dalam masjid telah pun terselamat.

Kemudian tiba-tiba sahaja lebih ramai orang berpakaian putih wujud dan mereka telah mengangkat masjid. Ya! Mereka mengangkat masjid, keseluruhan masjid terangkat beberapa kaki dari tanah. Air mengalir laju di bawahnya. Saya sangat terperanjat dan kaku. Apakah itu?

Jika seseorang telah memberitahu saya seperti apa yang saya telah lihat, saya tidak akan mempercayainya. Tidak mungkin! Tapi, saya melihatnya dengan mata saya sendiri. Saya melihat dalam keadaan sangat sedar.

“Tuhan telah melindungi masjid”, saya berkali-kali berkata kepada diri saya sendiri.

Beberapa minggu selepas bencana dahsyat T$unami, saya menguatkan diri saya untuk bercerita kepada jiran kedai saya yang beragama Islam. Dia menasihati saya untuk berjumpa dengan imam Masjid Agung. Saya dengan perasan ragu-ragu berjalan ke arah masjid.

Itu adalah kali pertama dalam hidup saya memasukki laman masjid walau pun saya telah tinggal berhampirannya sepanjang hayat saya. Dari jauh Imam masjid telah mengenali saya dan telah keluar menyambut saya.

“Selamat pagi, apa yang boleh saya tolong, pakcik”, dia menegur saya dengan santun.

“Saya perlu berbicara dengan awak”, saya balas.

Kami duduk dan saya memberi tahu dia keseluruhan cerita. Dia duduk diam seketika, air mata mengalir perlahan dari matanya. Selepas saya selesai, kami berpelukan. Pelukan yang biasa ketika seseorang mengalami peristiwa sedih bersama-sama.

Imam itu berkata,

“Pakcik, apa yang pakcik lihat adalah malaikat-malaikat Tuhan yang melaksanakan arahanNya. Tuhan mahukan masjid Dia tidak musnah akibat kejadian T$unami. Pakcik, mungkin Tuhan mahu tunjukkan sesuatu kepada pakcik untuk membawa pakcik hampir kepada Dia. Sebab Dia menyayangi pakcik. Sebab Dia melihat pakcik seorang yang baik hati. Dia ingin memberi kebahagian di dunia ini dan syurga di akhirat kelak. Tidakkah pakcik ingin memeluk agama Islam?”

Saya terperanjat dengan pertanyaan imam itu. Ia mengelirukan saya. Bagaimana saya seorang Cina memeluk Islam. Sebagai orang Cina kami mempunyai tradisi sendiri, ritual dan kepercayaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada imam dan beredar meninggalkan masjid.

Kemudian saya pulang semula ke kedai saya. Saya tidak membuka pintu kedai pada hari itu dan duduk diam-diam di suatu sudut. Saya berkali-kali terbayang di depan mata peristiwa pada hari tersebut semasa t$unami melanda. Orang-orang yang berpakaian putih. Mengarah tuju air yang deras. Mengangkat masjid. Malaikat Tuhan menjalankan kerjanya. Dan saya telah diberi izin untuk menyaksikannya. Saya tidak membuka kedai selama dua hari. Saya hanya duduk di situ dan memikirkan kejadian tersebut.

Pada hari ketiga seseorang telah mengetuk pintu kedai. Dia ialah imam masjid yang mahu menziarahi saya. Dia bimbang sebab dia lihat kedai saya tutup sudah tiga hari dan tidak pernah terjadi sebelum ini.

“Saya telah memikirkannya imam,” saya bagi tahu imam.

“Saya fikir kata-kata awak benar. Tuhan telah bagi saya alamat. Alamat yang cukup besar. Sekarang saya tidak seharusnya menjadi seorang yang bodoh dan melupakan saja alamat itu. Boleh tak imam bagi tahu saya bagaimana saya boleh menjadi seorang Islam.”

“Pakcik, mudah saja”, kata Imam.

“Pakcik hanya perlu mengungkapkan perkataan-perkataan ini”.

Dan dia tujukkan saya sehelai kertas. Saya menyebut perkataan-perkataan tersebut dan seolah-olah cahaya yang terang memenuhi ruang kedai saya.

Sejak hari itu, imam selalu datang setiap hari mengajar saya tentang Islam. Dia tunjukkan saya bagaimana sembahyang dan bagaimana membaca AlQuran. Sejak saya sudah pandai solat saya selalu berjemaah di Masjid Agung. Ini adalah salah satu yang sungguh cantik dalam hidup saya. Alhamdulillah.

Source: aboutislam.net, Pesan Bonda

Perkongsian di atas belegar legar di laman sosial selepas bencana besar yang berlaku di Aceh pada tahun 2004. Samada ianya adalah berdasarkan kisah benar ataupun rekaan semata mata tidak dapat kami pastikan.

Jom Kongsi- sekadar berkongsi cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published.