“Sedih tengok ibu hamil, anak tidur alas kotak di jambatan”. Ebit Lew bantu carikan rumah

Umum mengetahui Ustaz Ebit Lew antara individu yang seringkali tampil mendekati dan membantu golongan yang tidak berkemampuan di sekitar ibu kota.

Terbaru perkongsian darinya menyentuh hati ramai pembaca selepas berkongsi kisah gelendangan yang hanya tidur di atas jambatan. Ikuti perkongsian nya dibawah

Jambatan Petron Selayang

Malam tadi baru nak baring lepas live tadi tengok ramai tag saya di FB Amin Mean jumpa adik ni tidur dekat jambatan Petron selayang tiada rumah dah 4 hari di sini.

Saya terus gerak kesana dah 11.30 malam dan lalu roadblock dekat situ. OCPD tanya ustaz kemana ni. Saya minta bantuan mereka. Baik sangat semua ikut saya membantu. Sebak rasa. Terima kasih ACP Arifai Ketua Polis Daerah Gombak dan semua abang polis bersama saya tadi. Hebat PDRM. Abang polis semua tolong angkat barang kakak ni dan anaknya.

Sampai atas menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejukknya lah ya Allah. Alas kotak jer. Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya. Meronta hati melihat. Terus ajak anak ini dan ibunya bawa balik rumah. Tanya suami katanya pagi kot baru balik sini.

Syukur rasa. Akak ni kenal saya. Pernah baca buku pasal isteriku bidadari. Akak ni tengah mengandung lagi. Ya Allah lagi sayu sebak rasa bersalah.

Dengan bantuan polis saya bawa akak ni balik rumah. Ya Allah apalah ujian mu anak kecil. Ada masalah keluarga juga. Polis kata apa-apa call jer ustaz. Kita bantu ustaz. Terima kaseh ustaz tolonglah yer anak ni ustaz. Sedih rasa.

Siapa ada rumah untuk disewa sekitar kl atau area gombak ni yang tak mahal boleh pm saya yer. Terima kaseh yer.

Sejuk hati tengok adik ni tadi baru sekejap tidur alas kotak dan ada ubat nyamuk. Sekarang dah takde nyamuk. Tidur lena yer adik comel bilik selesa aircond tandas semua selesa. Allah sayang. Terima kaseh adik yang tag dan amin mean atas berita dan gambar itu.

Rumah sewa

Sebak rasa seharian carikan rumah untuk adik ni dan mak ayahnya. Dapat rumah 1 bilik. 1 ruang tamu dan ada dapur dan tandas semuanya. Saya bayarkan rm500 sebulan dari tuan rumah. InsyaAllah saya akan terus bayar bulan-bulan selagi mampu insyaAllah. Saya bagi free jer pada mereka.

Bila tengok adik ni berlari-lari main mainan patung hadiah dari anak saya. Sebak menangis rasa hari ini. Ubat hati ini semalam tengok tidur di jambatan alas kotak.

Tadi ada seorang abang bagi rumahnya free. Dia berada di oversea. Tapi kawasan kondo tu kena halau pula. Sedih gak. Takperlah. Katanya undang-undang. Ya Allah selalu begitu pandangan orang pada orang miskin dan gelandangan. Tuan rumah bagi. Tapi ajk tak bagi. Susah juga call sana sini. Banyak protokolnya.

Saya dah biasa kena halau bila bawa adik jalanan atau gelandangan pergi shoping. Hati saya dah lali kena halau ini. Luka sikit tapi cepat jer pulih. Kena halau dalam dunia ini takper. Jangan kena halau di akhirat.

Syukur kawan-kawan bantu. Terima kaseh abang azman dan semua kawan-kawan yer. Terima kaseh tuan rumah baik hati bantu masuk malam-malam ini. Saya doakan semua yang bantu Allah rahmati dan kasih sayangnya. Saya dah hadiahkan tikar,toto, bantal,tilam dan barang dapur. InsyaAllah esok hantar lagi barang-barang lain.

Sabarlah yer abang kakak. Kita mungkin buat silap dan kadang orang pandang rendah. Tapi kita hidup untuk Allah sayang. Saya doakan Allah bantu abang dengan kakak yer. InsyaAllah Allah Maha Baik. ALLAH Maha Mengetahui.

Sumber : Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *