Hati mana tidak terusik setelah melihat anak anak yang masih kecil hanya tidur berlapikkan lantai kaki lima.
Tular di laman sosial, perkongsian dari wanita ini yang tersentuh hati melihat kehidupan anak anak gelendangan sewaktu berada di Tawau.
Ikuti perkongsian nya dibawah:
Malam ni sukar lelap kan mata terfikir tentang anak-anak gelandangan ini. Sudah lebih 1 minggu tidak dapat jejaki mereka. Pernah sekali mereka tiada di tempat biasa, kakak restoran berdekatan update setiap hari dan cari mereka. Alhamdulillah selang 2 hari mereka ada di tempat biasa. Mereka bukan ditangkap tapi pergi ke tempat lain..
Selepas 2 hari mereka tidak ada lagi di tempat biasa sehingga sekarang ๐ญ kakak restoran berdekatan sempat snap gambar anak-anak ini kesejukan tidur di kaki lima kedai. Yang baby tidak ada alas.
Alhamdulillah mereka dapat diberikan sarapan. Namun tengahari mereka tiada lagi. Hampir setiap hari kakak restoran tersebut akan cari mereka untuk beri makanan. Namun mereka tiada di sana sehingga ke hari ini ๐ญ
Ya Allah tolong jaga anak-anak ini. Berikan Mereka kenyang walau tanpa makanan dan minuman. Kirim lah hamba-hambaMu untuk beri makan kepada mereka walau di mana pun mereka berada.
Kita masih ada tempat berteduh, boleh minum air, boleh makan nasi, masih mampu update di Facebook macam-macam pun tetap memilih mengeluh dan merungut๐
Orang-orang Tawau yang keluar beli barang keperluan. Andaikata terlihat anak-anak ini, hulurkan lah makanan atau minuman. Saya masih terbayang anak kecil ini hisap ibu jarinya yang kotor kerana haus ๐ญ๐ญ๐ญ
Ya Allah ampun aku yang tidak mampu buat apa-apa. Hanya mampu berdoa ๐ญ๐ญ๐ญ
Selepas tularnya posting nya yang terdahulu, Marhamah Rosli tampil memberikan penjelasan dengan pertanyaan dari warganet.
Penjelasan
Allahuakbar. Terkejut saya pagi ini bila on data Internet. Notification masuk bertalu-talu. Rupanya post saya berkenaan anak-anak gelandangan itu viral ๐ข
Buat Tuan Puan yang tidak tahu tentang anak-anak gelandangan ini, saya kongsikan sedikit info tentang Mereka ๐ post ini panjang, mohon baca sampai habis jika benar-benar kasihan pada mereka ๐ข
Palauh – tiada dokumen pengenalan diri
Mereka digelar PALAUH. PALAUH adalah golongan manusia dalam kategori ‘stateless’. ‘Stateless’ bermaksud, tidak punya dokumen pengenalan diri daripada mana-mana negara, pegangan hidup mereka berkonsepkan :
‘Sea is for the living, Land is for the dead.’
Yang mana pada asalnya ras/etnik ini cuma naik ke darat utk dapatkan stok makanan ubi dan air bersih, Kerana apabila meninggal dunia baru mereka dikubur di daratan.
Sehingga tahun 1950’an, mereka tinggal dalam lepa (sejenis perahu) dan bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi dan sekitar perairan merentasi 3 negara : Sabah(Malaysia), Filipina dan Indonesia.
RUMPUN etnik besar mereka adalah Bajau kemudian terbahagi kepada 2 kelompok iaitu: Pala’u dan Samah.
Samah tinggal di darat dan mulai menganut agama islam.
Manakala Pala’u pula masih ada yang mengamalkan Animism (tiada Tuhan, kepercayaan berpandukan semangat2 alam sekeliling).
Mereka juga digelar sebagau ‘The Sea Gypsies’ dan dikenali sebagai The Last True Marine Nomads’
Namun di zaman moden ini, timbul percanggahan budaya tradisi dengan motivasi diri untuk mengecapi tuntutan-tuntutan hidup masa kini.
Maka kebanyakan mereka mula naik ke daratan dan mencari kehidupan baru.
Info ini saya dapat daripada sahabat saya dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, Puan Nuramalina Gustin Abdullah dalam post beliau di sini ๐๐๐ sayaa Copy dengan izin beliau.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158157741293343&id=511113342
Palauh juga manusia
Bagi yang perli saya “daripada sibuk bagi makan anak Palauh, bagus bagi makan anak-anak yatim..dorang ni P. T. I !”
Ada yang dengan penuh racist berkata “Palauh-palauh ni menyusahkan! Bagus-bagus di laut, sibuk naik darat! Bikin semak Bandar jak”
Tuan Puan yang rasa diri tu mulia..
Tuan Puan yang bernasib baik lahir dari ibubapa ada dokumen..
Tuan Puan yang beruntung lahir jadi rakyat Malaysia..
Mereka ini, Kalau tidak merayau di bandar, mereka mahu merayau di mana?
berenang-renang di lautan luas?
Jadi kita sajalah yang mahu hidup?
Mereka tidak layak untuk hidup?
Palauh itu juga manusia Tuan Puan..
Mereka sekarang merayau di atas Bumi, dan BUMI INI BUMI TUHAN.. BUMI INI MILIK TUHAN..
Saya ulangi. BUMI INI MILIK TUHAN..
Dan bukan milik mana-mana bangsa..
Setakat yang saya tahu, mereka ini meminta sedekah. Ya.. Meminta sedekah. Kerana mereka sendiri tidak punya sumber pendapatan.
Bekerja?
Rasanya dengan mentaliti masyarakat kita sekarang ini, baru berdiri depan kedai pun sudah dihambat keluar. Belum lagi suarakan mahu minta kerja ๐
Mencuri?
Rasanya tidak. Namun boleh jadi juga, ya. Atas desakan hidup๐. Jika semua menolak dan mencaci mereka, mereka juga perlu bagi anak bini makan. Tidak mustahil mereka ini jika terus-terusan dilayan begitu, mereka akan “menggigit” masyarakat kembali ๐ข
Mereka ini tidak sekolah Tuan Puan. Bukan berpelajaran formal dan tinggi seperti kita. Jika kita yang kononnya sofisticated dan educated ini pun racist dan tiada moral dengan mencaci-caci golongan ini, bayangkanlah pula mereka yang tidak punya pendidikan formal๐๐๐
Jika yang berpelajaran pun buruk perangai, janganlah harap yang tidak berpelajaran ni cantik perangai๐คจ maka yang berpelajaran ini lah patut ambil peranan. Bantu mereka. Barulah betul-betul terpelajar. Ni kerja asyik mencaci ๐๐๐ bila isu mahu selesai? โน๏ธ
Tidak adakah sekelumit simpati di hati kita Tuan Puan? ๐ญ jika diberi pilihan, mereka pasti tidak mahu hidup begitu. Kita dengan takdir kita. Mereka dengan takdir mereka.
Ujian buat kita
Dan ujian mereka ini adalah ujian kita juga. Sejauh mana kita punya ihsan sesama manusia. Smapai sekarang saya sedih tidak dapat buat yang terbaik untuk anak-anak ini๐ญ๐ญ๐ญ
Ujian mereka terpaksa tidur berbumbungkan langit. Ujian kita, mampu tidur di tilam empuk dan hati kita tidak ada sekelumit pun rasa kasihan pada anak-anak ini. Ujian pada hati kita Tuan Puan ๐ข lagi dahsyat๐
Bayangkan jika anak-anak kita berada di tempat mereka Tuan Puan. Maka jangan sombong dengan apa yang kita miliki. Kerana ini semua pinjaman. Jangan sampai Allah tarik semua yang Dia pinjamkan pada kita asbab kesombongan kita. Na’uuzu billah๐
Bagi yang bertanya..
+ Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak ambil anak-anak ini kah? Tiada yang repot?
= sejujurnya saya tidak tahu apa pendirian JKM pada anak-anak gelandangan tidak punya dokumen ini ๐
+ Kan ramai anak-anak gelandangan, kenapa anak-anak ni sahaja yang ustazah sibukkan?
= kerana mereka tiada ibu. Ibu mereka ditangkap. Hanya abang mereka sahaja urus dan jaga mereka. Bapa mereka ada. Cuma agak pemalu dan selalu menyisihkan diri jika kami menghampiri.
Bayangkan anak-anak kecil ini tiada ibu๐ญ saya menjumpai mereka ketika saya bermusafir ke Tawau atas urusan seminar. Saya nampak mereka pada malam kedua di Tawau. Anak-anak ini minta duit dari orang yang lalu lalang.
Saya minta adik saya belikan makanan (pada waktu itu KFC sahaja buka). Dan saya bawa anak-anak ini ke tepi bangunan dan mula bertanya tentang ibu mereka, etc.
Mereka ini sebaya anak-anak saya. Saya menangis sepanjang malam memikirkan nasib mereka ๐ญ esok pagi saya pergi seminar dengan mata bengkak ๐
Kenapa Ustazah tidak bawa mereka tinggal di rumah ustazah? Ataupun atleast sediakan alas tidur? Belikan baju?
= pada malam saya jumpa mereka, tengah malam tu juga saya, adik saya dan kak Rosmini Ladaba belikan sekeluarga ini baju di bundle. Mujur masih ada yang buka. Kami siap belikan beg supaya baju mereka ini ada tempat disimpan.
Pada kali pertama jumpa, mereka ada alas tidur. Gambar yang dikirim ini apabila saya sudah berada di Kota Kinabalu. Saya tidak tahu apa berlaku pada barang-barang mereka.
Bahkan tim Puan Syufa Farana Johari sudah belikan stok makanan kering, air minuman dalam botol, pampers dua bungkus untuk mereka. Kami benar-benar tidak tahu apa berlaku pada semua alas tidur, baju dan segala barangan itu.
Banyak kemungkinan kerana mereka ini tidur di tepi jalan saja. Dan tiada tempat simpan barang ๐ข
Saya juga sudah minta tolong Mega Mappakoe carikan selimut, alas tidur dan baju, selepas dapat gambar tersebut. Hari itu juga Mega usahakan namun apabila sampai di tempat biasa mereka, mereka sudah tidak ada di sana. Sehinggalah hari ini๐ Merata Bandar Tawau mereka cari, namun gagal dijumpai๐ญ
Rumah? Minta maaf jika ada yang rasa saya selfish๐ญ saya bukan tinggal di Tawau. Saya ke Tawau 2 malam sahaja. Esoknya sewaktu seminar, saya sempat ke Bandar bawakan makanan seminar untuk mereka kerana fikiran asyik teringatkan mereka.
Malam itu flight kami balik Kota Kinabalu ๐ saya cuma mampu carikan seorang hamba Allah untuk sediakan anak-anak ini makanan pagi, tengahari, petang dan malam ๐ itu saja saya mampu buat ๐ญ saya minta maaf ๐๐๐
Saya tidak tahu apa pendirian kerajaan dalam isu ini. Memandangkan mereka tiada ibu, amat wajar jika Jabatan Kebajikan Masyarakat ambil peranan. Namun saya sendiri tidak pasti adakah anak-anak gelandangan tidak berdokumen ini dalam bidang kuasa mereka. Andai ada yang punya info dan maklumat, mohon bantuan๐ข
Saya tersepit antara perasaan dan Undang-undang berkaitan. Bayangkan kalau ambil pekerja tanpa dokumen pun boleh disaman dan diambil tindakan (bab dokumen saya kurang arif, namun setakat ini sahaja pengetahuan saya sebab saya pernah ambil pekerja tidak berdokumen lama dulu).
Saya juga pernah dengar tuan rumah yang memberi sewa kepada mereka yang tidak punya dokumen boleh diambil tindakan. Bagaimana agaknya jika dibela dan dijaga anak-anak ini? Samakah undang-undang yang terpakai? Dilema ๐
Bagi saya, dalam keadaan sekarang apa yang penting mereka perlu makan, pakaian, tempat tinggang dan pendidikan. Bayangkan ada 2 orang anak perempuan. Yang kakak dan baby. Mereka bakal membesar. Bakal “datang bulan”. Siapa yang bertangggu gjawab untuk ajar soal kebersihan, etc?
Yang lelaki, jika dibiar, risau rosak dengan segala kejahatan sekeliling. Bayangkan, sewaktu kami jumpa mereka ini, si abang itu tidak merokok pun. Namun selepas seminggu, saya dapat gambar mereka daripada Hamba Allah yang saya amanahkan untuk sediakan makanan, si abang ini sudah mula merokok ๐ข saya cuma mampu minta kakak tu “cuci” dan ajar abang tersebut tentang keburukan merokok pada dirinya dan adik-adiknya๐
Ntah lah.. Sekarang saya hanya mampu doakan๐ jika punya kemampuan, saya mahu ajar mereka mengaji, ajar mereka fardhu ain, didik mereka sebagaimana saya didik anak-anak saya. Allahu.. Berat sangat perasaan ini ๐
Terima kasih semua yang alert. Yang tetap racist dan persoal, pandai-pandai lah jawab depan Tuhan nanti.
Palauh juga manusia๐. Saya juga pernah rasa sewaktu kecil asyik diejek dengan bangsa saya ๐. Sepanjang sekolah rendah saya diejek-ejek. Masuk alam dewasa pun saya jumpa lagi manusia begini. Hairan. Mulia sangat agaknya bangsa kamu. Menjamin masuk syurga agaknya? ๐ค
Orang Tawau yang jumpa mereka, tolong bagi makan dan minum ya..pleasee ๐๐๐
Marhamah Rosli,
Belum kaya namun mahu membantu ๐ญ
#paksadirimasuksyurga
Sumber : Marhamah Rosli