“Kalau botol air hilang, ayah boleh hilang nyawa”. Penangan anak tertinggal botol air, sanggup patah balik.

Sesi persekolahan baru sahaja bermula awal bulan yang lalu. Telatah anak anak dan murid yang memulakan persekolahan pasti sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran di hati ibu bapa jika anak anak tertinggal barang peribadi di sekolah.

Kebiasaannya, bagi anak anak yang masih kecil, mereka kadangkala akan terlupa untuk membawa barang sendiri ketika waktu persekolahan tamat.

Tular di laman sosial, perkongsian Cikgu Fadli yang Ketika ini telah mendapat 40k Likes dan 15k shares selepas berkongsi kisah anaknya yang tertinggal botol air di sekolah. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,

“Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa.”

“Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”

Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,

“Botol air pun tertinggal ayah.”

“Sreeettttt!”

Terus aku brek emergency.

“Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”

“Tak tahu jenama apa.”

Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.

Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,

“Kenapa tu bang?”

“Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.

“Tupperware ke?” Jerit aku lagi.

“Yaaaaa!”

“Kahkahkah.”

Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram. πŸ˜…

Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur,

“Tertinggal apa cikgu?”

“Nyawa.”

Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.

Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.

#MFS
– Wanita bukan makhluk bumi –

Reaksi Warganet

Tinjaun di ruangan komen, ternyata isu berkaitan bekas makanan atau botol air menjadi topik yang hangat dibincangkan oleh warganet. Lihat apa kata mereka

Mohd Hakim –(Dengan mood lawak) Kita yang lelaki ni kena sepakat buat petisyen supaya kilang tupperware ditutup serta merta. Bukan main-main. Nyawa ni. Haha.πŸ˜‚

Cikgu Nida –Okla lagi tu..
Anak bujang pi main bola tinggal botol air tepi padang. Mak dia tarik napas nak sesak nafas.

Boleh dia cakap, “Ingat botol kedai dua hengget.”

Rasa dah nampak dia macam bola jer…

Boon Hadi Salihin –Pagi tadi, aku kena hadap satu kes. Aku minum air kat rumah guna bekas air Chinta yang untuk ke sekolah.

Lepas tu, bila nak bekalkan untuk Chinta ke sekolah, Nurul Hazwin tanya aku, “Mana penutup dia?”

Perrrghhh… Masa tu rasa tak jejak tanah cari penutup botol air Chinta…

Serius, hal botol air anak, tak boleh dibuat main dengan mereka ni.

Mdm Yui –Suami kesayangannnnn hamba…siap tinggal 1 set bekal tupperware (berangkai) kat wak indon kerja dia. Masa tu disuruhnya, kita masak bekal. Bila balik, kita tanya mana bekas. Lupa katanya.

Hari Rabu malam khamis. 13/8/2015, Dia tinggal dekat area cheras.

Sampai hari ini, dia merasakan kekesalan. Walaupun telah berganti yang lain, yui tetap ingat cikgu Mohd Fadli Salleh oiiii…. Geram tak habis lagi 😏

Zatil Awanis Aziz –Betul tu cikgu. Student saya (lelaki tingkatan 4) macam orang hilang arah mencari botol air.

Dia kata, “kalau hilang tu cikgu boleh bergaduh dengan mak saya” sudahnya dengan saya2 sekali pergi cari botol air tu. Sebab tau dah sure brand tupperware lah tu. 😌

Siti Aisyah –Suami saya sampai harini trauma taknak bawak bekal pergi kerja lepas dia tertinggal bekas makanan Kat tempat kerja. Bekas makan pakai buang je pun.

Saya bebel cakap boleh letak ikan lepas basuh 🀣. Sekarang saya yang sentap bila dia dah taknak bawak bekal. Saya pun rasa saya bukan manusia. Tapi alienπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Faridah Mohamad –Majoriti kaum bapa tak tau pun taperwer tu mahal regenya.

Contoh, waktu camping daerah ada beberapa pelajar tak bawa pinggan dan cawan sendiri maybe terlupa. So dengan pemurahnya seorang guru lelaki ni balik rumah dan ambil beberapa pinggan dan cawan “plastik” katanya.

Bila kami tengok, hmmm kami terus kata kat cikgu tu, “Baik cikgu simpan balik sebab pinggan tu mahal harganya. Nanti isteri cikgu mengamuk kalau dia tau.”. Haha 🀣

Emma Kartini –Cikgu mangsa 2 dalam 1. Iteri dan mak2.

Dalam WhatsApp group kelas, “Cikgu ade tak nampak botol air anak saya brand tuperware?”.

Pastu mak2 yang tak puashati lagi, “Kepada ibu bapa kalau anak2 anda terambil botol air anak saya tolong pulangkan”.

Maka cikgu jugak menjdi mngsa tapuware. Maka meriahlah group kelas itu tadi kerana tupeware..πŸ˜†πŸ˜†

Aisyah Abdul Rahman –Sebagai seorang guru kimia saya rasa tak sedap hati pulak tak share dengan dengan kawan2 yang guna botol air E** Atau dari kedai RM2.

Tolonh pastikan botol air tu ada tulis BPA free Atau bukan dari Plastik no 7. Yang terbaik adalah no 5.. PP.. Ada tulis dalam 3 segi bawah botol. Boleh beli yang murah asalkan BPA free.

Jangan kita beli kan yang murah kat anak sampai menjejaskan kesihatan mereka. BPA adalah carcin0genic. Iaitu boleh menyebabkan knser jika terdedah dalam jangka masa yang lama.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Rasa terhibur pula baca perkongsian cikgu Fadli dan komen komen warganet. Kita ambil dari sudut positif, mungkin atas alasan bila hilang, kene beli baru. Dah rugi duit lagi kan πŸ˜‚.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *