“Terasanya dgn keluarga mertua”. Bukan menantu pilihan. Adik ipar pula jenis amik kesempatan

Foto sekadar hiasan. Hi semua. Tujuan aku post confession ni hanya nak minta pendapat pembaca semua.

Nama aku Rose. Seorang guru, suami aku Shahrull, seorang pegawai tentera. Suami ada 2 orang adik lelaki Ahmad dan Badrul.

Aku jarang sangat balik kampung suami sebab kekangan kerja suami aku yang asyik ke luar negara dan operasi berbulan2. Bila suami dapat cuti sebelum dan selepas operasi barulah kami balik ke kampung nya.

Dalam adik beradik aku, semua berjaya habis belajar dan dapat kerja mengikut ijazah masing masing tapi berlainan pula dengan adik beradik suami.

Suami anak sulung, adik beradik dia yang lain hanyalah tamat SPM dan bekerja biasa. Dari dulu lagi, adik beradik suami sangat mengharapkan pertolongan suami setiap bulan.

Aku tak kisah suami nak tolong sebab suami tak pernah pun kurangkan perbelanjaan kami anak beranak.

Yang menjadi masalahnya ialah, sejak akhir2 ni aku perasan, keluarga mertua mempergunakan suami dengan alasan aku pun bekerja dan gaji kami besar.

Sebelum kawen lagi,

Kami dipaksa berkongsi majlis dengan adik lelaki (Ahmad) atas alasan Ahmad tak cukup duit nak buat majlis sendiri, tapi apa makna kongsi kalau dari sekecil kecil benda sampai lah yang besar menggunakan duit suami.

Aku beli sendiri gelang batal wuduk bagi pada suami aku sebab kesiankan dia pening fikir mana nak cari duit. Tapi suami dah bayar balik harga gelang tu selepas kawen.

Rumah mertua aku hanya mempunyai 3 bilik. Bilik utama, bilik tengah dan bilik belakang. Bilik tengah ada tingkap tapi masih ada udara panas keluar masuk tapi bilik belakang panas nya macam oven.

Setiap kali kami balik, kami akan ditolak ke bilik belakang sebab tak ada siapa nak duduk bilik tu sebab panas. Kami redha tak nak berebut dengan adik2 yang lain.

Ahmad dan isteri akan duduk bilik tengah. Bila anak sulung kami lahir, aku cadangkan supaya suami untuk pasang air cond. Nak bagi anak kami selesa. Yelah, kalau tido dalam bilik tu, panas nya sampai peluh boleh mengalir dari kepala masuk telinga. Suami beli air cond dan panggil orang pasangkan atas persetujuan ayahnya.

Raya haji tahun lepas, berkali kali Ahmad call suami tanya bila nak balik. Rupanya Ahmad plan balik awal sehari dari kami sebab nak rebutkan bilik air cond tu. Kami ditolak ke bilik tengah pulak.

Badrul pulak ada Gf yang belajar di University. University Gf Badrul hanya sejam dari rumah mertua. Jadi setiap minggu Gf Badrul akan datang dan tido rumah mertua. Cuti semester pun datang duduk rumah mertua.

Mertua beli kain nak sedondon waktu raya tapi kain bahagian aku boleh bagi pada Gf Badrull. Semua pakai sama kecuali aku dan suami yang tak diberitahu pun warna apa nak pakai untuk tahun tu.

Aku dan wife Ahmad bersalin pada tahun yang sama cuma bulan berbeza. Masa aku nak bersalin, cuma wassap doakan aku selamat bersalin. Macam2 alasan nak datang tengok aku pantang, jauh la apa la.

Padahal 3 jam perjalanan je. Tapi bila wife Badrul nak bersalin, 3 hari sebelum dah berkampung kat rumah Badrul tunggu dia nak bersalin. Kalau kalian jadi aku terasa tak?

Aku cakap pada suami aku terasa. Barulah sebenarnya suami luahkan yang dia pun perasan apa yang jadi cuma malas nak memperbesarkan isu.

Aruwah mak suami dah meninggal tapi ayah dia dan kahwin lain. Dia tak nak ayah dia ingat dia tak suka mak tiri dia. Setakat ni kami balik buat muka tak malu lagi tapi lama2 jadi malas nak balik.

Bila cuti, kami lebih suka balik rumah keluarga aku atau pun pegi bercuti mana2 yang dekat.

Semalam, adik suami, Badrul wassap minta bantuan duit untuk majlis kawen dia nanti. Banyak jugak la amount yang Badrul minta.

Tak lama lepas tu ayah mertua pulak wassap tanya boleh tolong tak. Suami aku kena keluarkan lebih dari Badrul keluar duit untuk majlis dia.

Aku cakap pada suami, kalau macam tu, macam dia pulak yang kawen lagi sekali kan.

Cuti chinese new year ni suami ajak balik kampung dia untuk bincang. Aku iyakan je sebab kesian jugak lama tak balik kampung dia. Tapi tulah, dua2 pun tak hepi bila fikir kena balik sana.

Aku tau aku takde hak nak terasa dengan keluarga mertua, tapi aku pun manusia biasa yang ada hati perasaan… huhu.

Betul cakap orang, kita boleh anggap keluarga mertua kita macam keluarga kita, tapi belum tentu dia boleh anggap kita macam keluarga dia.

Reaksi waranganet

Nur Asyikin –Simpan duit untuk masa depan anak2, untuk waktu kecemasan. Kite tak tahu bila masa kite akan ditimpa musibah.

Jangan trlalu baik smpai dipergunakan. Tolong sekadar menolong, jangan ambil alih tanggungjawab. Dia nak kawen, dia nak duit. Tu tanggungjawab die untuk cari duit, bukan tanggungjawab orang lain.

Sebelum tolong orang pikir dulu masa kite susah, orang tu ada tolong tak. Bukan nak berkira tapi zaman sekarang memang kena berkira kalau tak nak dibuli dan diambil kesempatan. Dan untuk mengelak keluhan camni lepas tolong orang, dah rugi tak dapat pahala tolong tak ikhlas huhuhu

Sumaiyah Mohd –Orang kata biasa ibu bapa jenis pilih kasih anak2 yang pendidikan tinggi dan berduit je. Tapi ya, memang wujud ibu bapa yang pilih kasih utamakan adik2 tak berguna yang tak datangkan hasil ni dari yang pendidikn tinggi dan berduit.

Tambah kalau anak tu anak sulung. Last terkena sekali menantu dan cucu pun terima nasib yang sama.

Jangan bagi muka dan menunduk sangat. Kena bertegas. Biasa orang bila tengok kita baik, dia pijak kita cukup2, bukan tau hargai pun. Hak kita, kita kena pertahankan.

Melampau muka tak malu si adiknya tu nak guna aircond milik awak suami isteri pasang, pastu awak skluarga kena tendang ke tempat lain. Geram pulak membacanya.

Ifftanie Afiya –Dalam famly mesti ade yang pembuli camni kan. Jenis nak hidup senang je. Makan duit adik beradik.

Statement diorang, adik beradik drah daging aku! Drah daging la sangat tapi sendiri buat jahat kat adik. Tu belum lagi kereta harta adik bradik buat macam harta sendiri.

Kalau dah nampak adik beradik t0ksik camni wujud. Tak rugi 1 sen pun putus hubungan saudara. Adik beradik zaman sekarang bukan macam adik beradik zaman dulu.

Zaman sekarang ramai yang dah menikam sama2 adik beradik untuk naik lebih tinggi. Spesis camni lagi di tolong pun tetap akan cakap kita jahat. Kita yang di buli berhak bersuara. Jangan bagi muka sangat.

Suzana Suratman –Bukan tanggungjawab suami puan menanggung perbelanjaan perkahwinan adiknya. Nak kawin ikutlah kemampuan sendiri, tak mampu buatlah ikut budget yang ada. Memang t0ksik suasana keluarga begini.

Kita pun ada keperluan dan prioriti masing2. Senang kita orang nampak, susah kita orang tak pernah ambil tahu. Kita tahu kita melukut di tepi gantang, memberi ikut ikhlas kita jangan sampai membebankan hidup kita sendiri.

Balik bila perlu kerana kehadiran kita bukan di tunggu2. Baik kita orang tak nampak, biarlah mereka dengan cara mereka. Semoga kita tidak membezakan anak2 kita sendiri. Nauzubillahhiminzalik.

– Puan Rose (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *