“Sampai hati mak sumpah dia hanya sebab rebutkan anak”. Kesian tengok adik. Tergamak mak sumpah anak sendiri

Foro sekadar hiasan. Assalammualaikun pembaca semua. Terima kasih admin atas peluang ini. Sebelum aku mulakan cerita aku,biar aku perkenalkan sedikit tentang diri aku.

Aku seorang janda dengan 3 orang anak yang sangat comel dan umurku 29 thun. Al-fatihah untuk aruwah suamiku. Sebenarnya cerita ini bukan kisah diri aku, tetapi kisah adik aku dengan mak aku.

Kisah sumpahan mak aku pada adik aku.

Adik aku ni kahwin muda. Bermadu iaitu dia merupakan isteri kedua. Isteri pertama suami adikku sudah tua dan selalu sakit2.

Adik aku ni kahwin tanpa restu mak dan ayah (kahwin lari) huhuhu. Tup2 aku dengar dia dah kahwin dengan suami orang pulak tu.

Ok tak pe la, nak buat macam mana, benda dah jadi dan dia dah pun sah jadi isteri orang. Mak dan ayah aku memang mrah sangat dan susah nak terima, tapi bila adik aku mengandung dan lahirkan cucu pertama, hati mak dan ayah aku mula cair.

Ye la, cucu sulung semua sayang. Setahun lepas 2 adik aku mengandung lagi. Tapi adik aku ni tak nak anak dia. Alasan tak sedia nak dapat anak lagi. Yang sulung masih kecik dan masih menyusu.

Jadi aku dengan mak aku pujuk2 dia supaya lahirkan jagak anak tu. Biar aku dengan mak aku yang jaga. Adik aku setuju dan lahirkan anak tu. Memang serah pada aku dengan mak aku jaga. Masa tu aku tak kahwin lagi. So jaga sama2 dengan mak aku.

Sekarang anak tu dah besar, comel dan bijak. Adik aku dan suami dia nak jaga pula. Mak aku memang tentang habis-habisan la sebab mak aku yang jaga sejak budak tu kecik lagi kan.

Masa ni la konflik berlaku sebab mak aku tak nak lepaskan cucu kesayangan dia tu. Aku pulak ok je, sebab bagi aku biarlah anak adik aku tu rasa kasih sayang mak ayah dia pulak.

Tapi mak aku tak boleh. Alasan sebab dah jaga dari kecik dan tak boleh pisah2. Rupanya dalam diam mak dengan adik aku ni berperang dalam fon. Masing2 ada alasan tersendiri. Aku tau pun sebab adik aku ss semua dan bagi aku baca.

Masa aku baca message tu la aku terkejut rupanya mak aku sumpah adik aku dengan suami dia. Antara ayat mak aku adik aku tak akan hidup senang. Dia akan menderita selamanya. Dia akan hidup susah.

Banyak lagi lah sebab adik aku berkeras nak jaga anak dia jugak. Adik aku kata dia menyesal buang anak dia dulu dan sekarang dia dah insaf.

Tapi mak sayang sangat dekat cucu dia. Mak aku bagi adik aku jaga sekejap anak dia, lepas tu ambik balik dan jaga sampai sekarang.

Adik aku pulak macam kena sumpahan. Hidup melarat. Suami kena buang kerja. Beras tak ada nak makan. Hutang keliling pinggang.

Senang cerita, dia memang hidup susah. Sama macam sumpahan mak aku. Adik aku selalu mengadu kat aku. Sampai hati mak sumpah dia hanya sebab berebutkan anak. Sekarang dia dengan suami hidup melarat. Dengan ekonomi sekarang, memang aku kesian sangat. Aku boleh bantu sikit2 je.

Kat sini aku nak pesan, kita sebagai ibu walau macam mana kita marahkan anak, jangan sampai sumpah anak2. Kesannya kita tak tahu.

Memang dengan izin Allah semua tu berlaku, tapi serius aku memang kesian sangat dengan adik aku. Aku selalu nasihat adik aku supaya sabar sebab mungkin ini ujian dia.

Aku selalu nafikan segala sumpahan tu sebab nak bagi adik aku kuat. Mungkin juga apa yang berlaku pada adik aku ni sebab dia kahwin tanpa restu mak dengan ayah aku dulu kan.

Aku sebagai ibu cukup menjaga tutur kata, sebab kita tak sedar kata2 kita menjadi doa untuk anak anak. Lagi lagi masa marah.

Banykkan sabar. Aku takut kata kata aku jadi makbul macam kata kata mak aku pada adik aku dulu. Walaupun tanpa niat tapi kata kata ibu ni satu doa. Doakan supaya adik aku terus kuat.

Mak aku dapat jaga anak adik aku tu sebab adik aku dah malas nak berebut. Aku tak sokong adik or mak aku, bagi aku dua dua ada silapnya.

Cuma aku terkilan, mak aku bila marah je mesti doa tak elok dan sumpah macam macam. Siap doakan cepat mati dan masuk neraka. Aku memang sedih sangat.

Sebab bagi aku doa ibu ni makbul sangat. Aku pernah tegur sikap mak aku ni, tapi aku pulak yang kena marah. Sebelum mak sumpah2 aku, aku terus diamkan diri aku. Aku harap sangat mak aku berubah sikap. Sebab aku sndiri takut terkena sumpahan mak aku. Doakan kami. Sekian

Sumber– Puan N via iiumc

Perkongsian di atas pernah disiarkan di laman IIUMC beberapa tahun lepas. Samada ianya rekaan semata mata atau berdasarkan kisah benar tidak dapat kami pastikan.

Yang baik itu ambillah dijadikan sebagai tauladan. Dan yang buruk kita jadikan sempadan. Moga bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *