Tiba2 suami bantu wanita hamil tolak troli. Aku marah dia cukup2. Haritu juga aku dicerraikan.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika kisah aku ini tersiar diruangan confession ini. Nama aku Rina. Ada satu kisah yang ingin aku kongsikan diruangan ini.

Semoga kisah sedih ku ini menjadi pengajaran kepada pembaca.

Usiaku 37 tahun, sepatutnya diusia begini aku telah bahagia bersama suami dan anak-anak. Jika aku tidak melakukan kesilapan 16 tahun yang lalu aku yakin anakku kini telah pun membesar sebagai remaja yang bijak.

Diusia 21, aku hamil anak pertama aku tanpa bernikah. Lelaki itu merupakan teman lelaki ku. Kami tinggal serumah memandangkan kos penginapan di tempat aku bekerja agak mahal.

Tapi sebenarnya itu hanyalah alasan kami untuk tinggal bersama.

Kami terlanjur berkali-kali tanpa rasa berd0sa sehingga aku hamil. Apabila aku menyedari aku hamil, pelbagai ikhtiar aku lakukan untuk menggugurkannya tanpa pengetahuan teman lelaki ku itu kerana bimbang aku akan ditinggalkannya memandangkan aku terlampau menyayangi dia.

Pelbagai ubat turun drah aku makan yang kuperolehi daripada farmasi dan kedai jamu. Namun masih tidak berhasil.

Akhirnya, apabila kandungan masuk ke 3 bulan aku terpaksa berterus terang dengan teman lelaki ku. Aku tidak menyangka betapa gembiranya dia menerima khabar itu daripada aku tambahan pula dia memang suka kan kanak-kanak. Kami merancang untuk berkahwin sebelum perutku mula membesar.

Satu petang aku mendapat khabar sedih daripada sahabat baik aku. Dia melahirkan anak yang tidak cukup sifat serta 0rgan dalaman yang telah rosak dan akhirnya bayi itu meninggal dunia. Ketika aku pergi menziarahi aruwah anaknya itu aku bertanyakan sebab kenapa jadi bergitu.

Sahabat baik yang tidak pernah berahsia dengan aku itu berterus terang. Sewaktu dia tahu dia hamil anak keduanya ini, anak pertama nya masih kecil.

Bimbang tidak mampu menanggung kos sara hidup di bandar yang tinggi dia mengambil keputusan untuk menggugurkanya dengan memakan pelbagai jamu, ubat turun drah dan makanan yang tajam seperti nenas serta tapai. Malangnya tidak berjaya.

Akhirnya dia buat keputusan untuk meneruskan kandungannya. Aku menjadi takut jika nasib yang sama berlaku keatas anak dalam kandungan ku ini kerana aku juga turut mengambil belbagai ubat2an dan juga jamu.

Bimbang nasib yang sama berlaku, aku putuskan untuk menggugurkan kandunganku walaupun teman lelakiku tidak membenarkannya dan dia sanggup terima apa sahaja kekurangan bayi itu kelak. Aku berkeras dan bergaduh besar kami malam itu. Akhirnya dia setuju.

Di sebuah klinik swasta yang terpencil, janinku digugurkan. Walaupun doktor mengesahkan janinku tidak ada masalah dalaman, tetapi aku nekad kerana travma melihat bentuk fizikal aruwah bayi sahabatku.

Habis berpantang, kami bernikah. Majlis yang dibuat pada hari lahirku. Aku hidup bahagia. Enam tahun kami menjadi pasangan suami Isteri, tidak pernah sekali pun Allah SWT hadirkan zuriat kedalam rahimku.

Walaupun kami telah bertaubat. Siang malam kami solat berjemaah memohon keampunan Ilahi diatas d0sa-d0sa yang telah kami lakukan. Aku juga tidak pernah putus harap meminta dikurniakan zuriat untuk suamiku.

Akhirnya rumah tangga kami goyang. Bukan kerana zuriat tetapi cemburu buta. Aku cemburukan suamiku bebaik-baik dengan janda anak satu. Sedang kan janda itu adalah isteri kepada sahabat baik suamiku yang baru sahaja meninggal dunia. Mereka tinggal di sebelah rumah kami.

Setiap kali suami mendukung anak kecil itu, aku menjadi marah dan akan mengambil anak itu pulangkan kepada ibunya. Aku tahu walaupun suamiku tidak berniat jahat tapi bagi aku dia (ibu kepda anak itu) seolah-olah mengejek aku kerana tidak mempunyai anak. Padahal sebelum kematian suaminya aku tidak berperasaan seperti itu.

Bukan itu sahaja, aku juga tidak izinkan suami berbaik-baik atau membeli makanan dan mainan kepada anak-anak saudaranya.

Jika aku dapat tahu, pasti akan berlaku nya pergaduhan besar antara kami dan jalan penyelesaiannya aku akan lari dari rumah menumpang tidur dimana-mana sahaja rumah temanku.

Masuk ke enam tahun perkahwinan, aku mengambil keputusan untuk bercerrai kerana aku sudah tidak nampak kemanisan dalam rumah tangga kami. Hari-hari bergaduh dengan pelbagai issue dan tiada kedamaian lagi. Suamiku memberi perluang untuk aku berfikir.

Jujur aku nyatakan disini. Sepanjang perkahwinan kami, tidak pernah sekali pun suami menyuarakan tentang zuriat. Apatah lagi untuk menyalahkan aku. Hanya aku yang sering menyalahkan tabiat merkok, minum ketum dan kerjayanya sebagai welder adalah punca kami tidak ada zuriat.

Suatu hari ketika kami sedang berjalan-jalan di sebuah ‘mall’, tiba-tiba suami aku berhenti kerana ingin membantu seorang wanita hamil menolak ‘troli’ keluar daripada pintu ‘lift’. Mungkin dia simpati melihat perempuan itu dengan dua orang anak lagi nak jaga. Tetapi aku lain.

Tiba-tiba aku jadi marah dan kami bertengkar di dalam kereta. Aku marah kerana dia membantu perempuan tu dengan alasan suamiku ingin menggatal dan ghaiirah apabila memandang perempuan mengadung itu. Hari itu juga aku diceraikan.

Hari ini, 15 January genaplah 10 tahun kami berpisah. Dua minggu lepas aku terserempak dengan nya bersama isteri baru dan dua orang anak lelaki. Dia menegur aku dengan lembut sekali, isterinya juga menyalami aku dengan baik.

Allah… Kalau lah aku tidak buat pekara yang diharamkan oleh Allah SWT dahulu… Berziina dan menggugurkan anakku itu sudah pasti aku dah bahagia sekarang.

Ini lah balasan tuhan diatas d0sa besar yang pernah aku lakukan dahulu. Mungkin taubat bekas suamiku sudah di terima kerana itu dia tenang dan temui kebahagiaan dalam hidupnya.

Cuma aku, mungkin Allah SWT mahu menguji sejauh mana aku ingin kembali kepangkal jalan. Ya Allah… Terimalah taubatku…

Kini aku memilih untuk terus bersendirian. Hidup dengan membuat amal ibadah bagi membasuh segala kotoran dan d0sa-d0sa yang lalu.

Bimbang jika aku terima insan lain untuk hidup bersamaku akan terpalit sama d0sa-d0sa lampau yang telah aku lakukan. Ada masanya aku akan kerumah anak-anak yatim menjadi pengasuh sukarela tanpa satu sen pun bayaran gaji kerana aku ihklas.

Aku harap kepada yang mengenali aku dan tahu siapa aku melalui jalan cerita ini, tutuplah aib aku. Aku berkongsi cerita sebagai satu iktibar supaya kalian tidak menjadi seperti aku… Menyesal dan menyesal sehingga kini…

Reaksi netizen

Shaz Burnn –Ramai sebenarnye macam awak ni. Yang tinggal serumah berziina bagai sume. Tapu ingat pintu taubat tak penah tertutup selagi kite bernyawa. Semoga taubat diterima dan bertemu kebahagiaan suatu masa nanti.

Mohd Noor –Ya Allah, jauhkan kami dari dari d0sa ziina, jauhkan kami dari penziina, moga tiada satu pun keturunan kami yang terjebak dengan d0sa ziina. Jangan Kau azab kami semua atas kemungkaran yang dilakukan oleh sebahagian dari kami, Aamiin

Langit Lazuli –Alhamdulillah kerana TT dah bertaubat. Dan to girls out there, please jadikan kisah TT ini sebagai pengajaran dan pedoman.

Jauhi ziina, jangan gugurkan anak luar nikah. Jauhi ziina dulu insya Allah takkan terpalit dengan d0sa2 yang seterusnya.

Muhammad Firdaus –Selagi kita bernafas, pintu taubat sentiasa terbuka, tiada siapa yang layak menghukum kamu selain Allah S.W.T , sedih dan marah juga dengan kehidupan kamu yang lepas namun past is past, semoga kamu terus istiqamah dan dipermudahkan segala urusan hidup, aamiiin Ya Allah S.W.T.

Sumber – Rina yang berd0sa (Bukan nama sebenar) vi IIUMC

Kami doakan semoga Rina terus tabah dalam menjalani kehidupan. Semoga kisah Rina dapat memberi pengajaran buat kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *