“Allahu, ada baby”. Menangis lihat pasangan OKU pendengaran redah naik motor pancit atas highway

Bilamana kita berada di dalam kesusahan, ingatilah terdapat insan lain yang lebih tidak bernasib baik dari kita. Terdapat ramai lagi insan yang lebih susah, tetapi masih cekal meneruskan kehidupan.

Sepertimana yang dikongsikan oleh lelaki ini, dimana dirinya ‘diuji’ saat bertemu dengan pasangan OKU pendengaran bersama anak dan bayi yang masih kecil sedang menaiki motor dengan keadaan tayar yang pancit di atas highway semalam.

Lebih menghibakan, pasangan berkenaan dikatakan baru lepas check up baby di Hospital Ampang dan sedang menuju ke rumah mereka di Bukit Subang.

Ikuti perkongsiannya dibawah.

Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati.

Sekitar waktu maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu motor ni menunggang macam tak stabil. Dalam hati apa ke halnya ni. Bahaya betul.

Sepintas lalu, saya toleh ke sebelah kiri. Sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang.

“Allahu, ada baby”.

Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu.

“Bang, kenapa ni”. Tanya saya.

‘Berhenti untuk lihat apa yang berlaku. Mujur tak hujan sepanjang perjalanan dari Hospital Ampang ke Bukit Subang (50km). Si suami yang kerja kilang perlu cuti untuk tunai tanggungjawab.’

Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap.

Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang.

Terus dapat idea, saya keluarkan handphone dan taip apa yang berlaku. Kemudian saya tanya rumah di mana. Si isteri yang sedang kendong baby, cuba membalas soalan saya.

“Bukit Subang”.

‘Saya gunakan WhatsApp untuk bercakap dengan mereka berdua’.

Kebetulan ada pakcik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya. Terus setuju, sekurang kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami.

Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana.

‘Kami bertukar motor. Mereka bawa motor saya dan saya bawa motor mereka. Dengan harapan, mereka selamat sampai ke rumah di Bukit Subang’.

Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri,

“Tak kerja. Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing”.

Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah. Mereka bersetuju.

‘Comel betul adik Nur Jannah. Semoga adik ini dapat mendengar dengan baik, hasil bantuan kalian’.

Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Saya nekad nak bantu mereka.

‘Saya tak faham apa yang mereka bincangkan. Tapi hati saya luluh melihat ketabahan keluarga ini. Saya sempat berlari kejar mereka ke koridor rumah flat untuk ambil nombor telefon si suami.’

Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka. Dengan izin Allah, bantuan sampai.

Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata. Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay.

‘Saya sempat tanya kenapa mereka tak check up di Hospital terdekat. Jawab si suami. Kami terlepas waktu check up dan perlu datang pada tarikh 17 Januari 2020. Pihak hospital Ampang juga bersetuju untuk tukar lokasi check up Adik Nur Jannah ke Hospital Sungai Buloh.’

Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi.

Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan. Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini.

Bagi kalian yang ingin membantu, saya sertakan nombor akaun dan nombor telefon si ayah.

12234020181048 – Bank Islam (Zubair Mohammad)
atau
151044019060 – Maybank (Zubair Mohammad)

0129414966 – En. Zubair Muhammad

Facebook – Zubair Muhammad

Selain tu, saya lampirkan foto dan video untuk tontonan kalian semua. Terima kasih. Moga Tuhan permudahkan segala urusan dan tugasan kita semua.

‘Saya sempat produce video khidmat masyarakat ini untuk tontonan kalian. Bantulah mereka. Jika mampu, dermalah atau berkongsi entri ini kepada orang lain.’

Sumber : Zairul Eizam

Kami doakan semoga segala urusan En Zubair dan keluarganya dipermudahkan. Ayuh gais, bantulah setakat yang mampu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *