Pelik, time akad dan majlis nikah hanya keluarga isteri yg datang. Lps 4 bulan, isteri minta dilepaskan

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih min kerana menyiarkan kisah saya. Saya pinjam fb kawan saya untuk meluahkan.

Saya seorang lelaki yang bekerjaya juga baru berkahwin 4 bulan dan telah bercerrai dengan isteri saya yang saya tak tahu apa punca.

Saya berkenalan dan bercinta dengan bekas isteri saya selama 3 tahun. Pada tahun 2016 selepas dia bercerrai dengan suami keduanya.

Hubungan kami berterusan dan saya melihat kepayahannya menjaga seorang anak hasil daripada perkahwinannya yang pertama.

Perkahwinannya yang kedua dia telah mengalami keguguran ketika kandungannya 6 bulan dan ketika itu berlaku pencerraiannya dengan suami keduanya.

Saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya tahun 2019 bulan 10 sempena tarikh lahirnya.

Dia seorang wanita yang sangat bijak. Memiliki segulung ijazah, seorang yang berkerjaya juga, cantik, lemah lembut. Sangat sempurna dimata saya. Dan dialah ciri2 seorang perempuan yang saya hendak jadikan seorang isteri.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya untuk menyuntingnya. Ketika majlis akad nikah saya sudah mula rasa pelik kerana yang datang ke majlisnya adalah keluarganya sahaja. Abangnya, kak ipar dan kedua ibu bapanya. Dan sebelum akad nikah dia mintak adakan urusan akad nikah di majlis agama sahaja.

Saya cuba bertanya, tapi dia cuba nak mengelak dan keluarganya juga cuba nak mengelak dari menjawab soalan saya. Tetapi kerana sayang, saya teruskan dan penuhi apa sahaja kemahuannya.

2 hari selepas akad nikah, majlis perkahwinan diadakan. Dan saya sediakan dewan dan kenduri yang cukup meriah memandangkan ini perkahwinan pertama saya.

Kenduri disatukan sekali dengan majlis perempuan di dewan ini juga. Tapi perkara yang sama menjadi persoalan saya. Hanya keluarga dia sahaja yang datang. Tidak ada saudara mara dia yang datang.

Seminggu selepas kami berkahwin, saya membawanya pergi honeymoon dan alhamdulillah saya bahagia ketika itu.

2 bulan selepas itu, saya dah mula nampak perubahan pada dirinya setiap kali permintaannya saya tidak tunaikan. Dia merajuk dan akan balik kerumah ibu bapanya.

Dan setiap kali kami bergaduh ibunya akan call bertanya pada saya dan saya juga dibiarkan tido diruang tamu kerana dia tidak izinkan saya masuk ke bilik.

Saya ada membeli sebuah rumah yang agak jauh dari keluarganya dan apabila saya bagitahunya dia memarahi saya dan dia tidak mahu tinggal di rumah itu sebab terlalu jauh untuk dia pergi kerumah orang tuanya.

Segala kehidupan saya dia akan kawal termasuk duit gaji saya dan akaun bank saya. Dia mintak segala gaji saya diberi kepadanya kerana dia sendiri akan uruskan gaji saya kerana alasannya gaji ayahnya bekerja dahulu ibunya yang pegang.

Saya membantah dan tidak setuju dengan apa yang dimintak, dan dia keluar dari rumah pergi ke rumah orang tuanya. Seminggu dia tidak balik ke rumah saya cuba pujuk dan akhirnya abangnya call saya dan mintak saya ke rumahnya.

Sampainya saya di rumah saya tidak disambut malah dimarahi oleh abangnya kerana tidak menjaga adiknya dan tidak bertanggungjawab.

Dan isteri saya meminta saya mencerraikannya. Saya merayu dan memintak maaf ketika itu tapi rayuan saya tidak dipedulikan.

Saya dihalau balik dan selepas itu saya terima surat pencerraian daripadanya dan apa yang saya tidak boleh lupa, bila dia dan keluarga menuduh saya mengamalkan ilmu guna2 untuk mendapatkan isteri saya.

Hanya bertahan 4 bulan perkahwinan saya. Pengalaman cukup mengajar saya. Terima kasih kerana sudi share post saya. Untuk lelaki di luar sana yang sudah berkahwin, hargailah isteri yang sanggup bersama susah dan senang.

Reaksi warganet

Luahan lelaki ini mendapat reaksi pelbagai dari warganet. Lihat apa kata mereka

Norastura Roslee –Kalau encik masih sayang failkan aduan isteri nusyuz. Lagipun encik takde buat apa2 kesalahan, nanti mahkamah akan beri perintah untuk isteri kembali taat kepada suami.

Tapi kalau dah tak sanggup nk hadapi lagi, anggaplah tiada jodoh. Kalau tanya orang lain pun, tak ramai orang yang sanggup terima dia dengan perangai keras kepalanya.😅

Lis Istiana –Ni jenis isteri dan keluarga cuma hanya nak duit je kot. Entah2 bekas isteri awak tu tak betul kot. Sebab dah 2 kali cerrai kerana keluarga belah bekas isteri selalu ikut campor hal anak2 susah macam ni.

Saya doakan awak dapat yang lebih baik dsri ini.

Siti NorFairiz –Kawin kerana duit. Sebab tu dia mudah untuk melupakan awak bila dia tak dapat control duit awak. Agaknya suami2 dia yang lepas pun macam ni juga.

Dan dalam hal ni family dia pun bersekongkong dengan plan dia. Mujur Allah dah selamatkan awak awal2. Kalau tunggu ada anak nanti lagi complicated bila cerrai.

Wan Aeidah Musa –Ada jugak ke isteri nak kawal gaji suami???. Itu hak dia, penat lelah dia berkerja. Dia bagi duit barang dapur dan anak pon Alhamdulillah.

Melainkan dia rela hati suruh isteri urus kewangan sebab dia takut cepat habis tak sampai hujung bulan. Kadang kadang hal remeh tak masuk akal pon perempuan ni nak cri pasal huhu smpai bole bercerrai. Sabar jelah

Nazri Mesin Jahit –Terus terang den cakap bekas isteri ko 1 family semuanya scammer alaf baru.

Gunakan perkahwinan untuk cari duit mudah untuk hidup senang gunakan pendekatan agama untuk tutup penipuan, ade je kes sebegini.

Mereka hanya target lelaki yang mungkin sedikit nerd, berharta, bekerjaya dan nampak mudah untuk dikawal.

Tengok gaya penulisan ko pun da boleh tau ko orang yang macamane. Cube kire berapa Nya yang ko gunakan. Life must go on bro. Ramai lagi yang cantik dan baik kat luar sana.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Buah si lelaki, semoga tabah dan dipermudahkan urusannya di kemudian hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *