Hati cikgu taska diuji. Bermula dgn berbalas wasap dgn ayah budak, tak sangka akhirnya timbul perasaan

Foto sekadar hiasan. Sudah masuk awal tahun. Ibu ayah sudah mula kembali sibuk dengan hal ehwal persekolahan anak. Di sini suka untuk saya berkongsi pengalaman ini, agar para wanita di luar sana terutama yang memegang title isteri dan ibu, cakna dan mengambil iktibar daripada kisah yang ingin saya kongsikan.

Pekerjaan saya bergelumang dangan kanak kanak. Kanak2 yang saya handle pula bukan sebarang umur. Semuanya perlu dibantu dan diurus dengan sepenuh perhatian. Ini kerana mereka sangat kecil, dan belum mahir mengurus diri sendiri.

Pendek kata, saya lah pengasuh atau cikgu yang bekerja dengan kanak kanak di dalam tadika/taska. Saya lah ibu kepada mereka, sewaktu penjaga mereka keluar rumah untuk mencari nafkah.

Pekerjaan saya yang begini memaksa saya untuk sentiasa berkomunikasi dan berhubung dengan ibu bapa mereka, iaitu penjaga kepada kanak kanak ini.

Saya telah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Umurku telah memasuki era 40an.

Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah, betapa bahayanya penggunaan gajet zaman kini. Selain memudahkan banyak urusan, ia juga boleh menyumbang kepada kehancuran dalam sebuah institusi kekeluargaan.

Berbalik kepada pekerjaan saya tadi. Oleh kerana saya perlu sentiasa update info dan perkembangan anak anak ini, atau apa sahaja hal ehwal semasa berkaitan tadika/taska anak2 mereka, maka mesej hebahan melalui wasap adalah medium untuk menyampaikannya.

Media sosial seperti wasap ibarat langit terbuka. Mudah untuk kita berhubung sesama kita tanpa mengira di mana kita berada. Kita boleh berhubung beramai ramai di dalam wasap grup, atau boleh burhubung dengan individu lain secara bersendirian.

Ya, berdua. Bermula dengan pesanan ringkas, memo dan sebagainya, mengikut arahan pentadbir. saya perlu memberi hebahan kepada semua penjaga di dalam grup ibu bapa. Jadi ibu bapa yang prihatin akan respon kepada arahan yang diberikan.

Pada awalnya saya tiada masalah dengan sistem komunikasi seperti ini. Tetapi masalah bermula apabila ibu kepada salah seorang anak taska saya yang bernama Afad kurang memberi kerjasama.

Mesej yang dihantar kepada ibunya hanya dibaca sahaja dan dipandang sepi. Seolah arahan daripada pentadbir taska itu tidak penting sama sekali. Ini menyebabkan banyak perkara tertangguh dan sedikit sebanyak mengganggu pekerjaan hakiki saya.

Maka selepas itu, saya mengambil alternatif lain, iaitu segala perkara penting yang berkaitan dengan Afad, arahan pentadbir taska dan sebagainya saya hantar dan berhubung terus dengan encik Malik, iaitu ayah kepada Afad.

Sangat berbeza respon yang saya terima. Ayah Afad sangat memberi kerjasama yang baik.

Komunikasi saya sebagai cikgu taska Afad dan encik Malik dalam media wassap pada awalnya berjalan lancar dan professional. Itulah yang sepatutnya.

Tetapi lama kelamaan mesej2 saya dan dia kelihatan semakin mesra. Ini kerana selain berurusan denganku tentang taska, En Malik juga sangat rajin membalas hantaran pada status wasap yang saya paparkan setiap hari.

Semenjak media wasap sudah boleh di ‘update status’, saya sangat rajin berkongsi gambar selfie, gambar aktiviti keluarga, tak kurang juga rajin berweefie dengan anak anak di tadika/taska.

Dan, saya perasan, acap kali saya update status, terutamanya ketika berada di rumah, dia lah orang pertama yang ‘seen’ status aku. Seolah2 tangannya sentiasa memegang fon 24 jam.

Ya, makin lama saya rasa makin seronok seolah ada follower yang memberi perhatian kepada aku. Begitulah kami sepanjang tahun saya mengasuh anaknya.

Saya dan dia masih mengekalkan etika professional kami. Dia adalah klien. Dan saya bekerja sebagai cikgu taska anaknya. Dia jugalah yang menghantar dan mengambil anaknya dari taska.

Kemesraan kami hanya di dalam media wasap. Cumanya, itulah, sedikit sebanyak saya rasa seronok berada dalam situasi seperti itu.

Sehingga tahun terakhir anaknya di taska, kami masih berurusan bersama melalui saluran wasap ini. Sememangnya isteri nya iaitu ibu Afad melepaskan 100% hal ehwal anak kepada suaminya. Sekali sekala ada ibu Afad munculkan diri dalam program hari jadi, hari terbuka dan sebagainya.

Walaupun isi chatting saya dan encik Malik di dalam wassap banyak berkisar tentang Afad, jauh di sudut hati ada juga perasaan risau jika perkara tersebut boleh mndatangkan salah faham kepada ibu Afad.

Betapa sekiranya perkara ini berlaku kepada suami saya sekalipun, sudah tentu saya akan berasa syak wasangka kepada suami saya. Apa ke jadahnya bermesej dan berbalas wasap status cikgu tadika/taska anak saya kan???

Dan saya sendiri, Jujurnya jauh di sudut hati ada rasa iri apabila melihat wasap status ibu Afad, yang selalu nya akan update gambar2 percutian keluarga mereka, kemesraan mereka suami isteri. Pelik tapi benar. Saya keliru dengan perasaan aku.

Buat pengetahuan pembaca, Encik Malik orangnya segak dan ada rupa. Berumur lewat 30an.

Inilah natijahnya langit terbuka. Kita bebas berchatting dengan sesiapa sahaja tanpa perlu bertemu muka. Dengan rakan sekerja, dan klien yang berlainan jantina. Asalnya berbincang urusan kerja, tetapi lama kelamaan timbul bibit kemesraan tanpa kita rasa bersalah.

Itulah yang terjadi antara saya dan ayah Afad. Kami rajin saling berbalas mesej. Bertopik kan Afad sebagai isu perbualan. Saya merasa seronok apabila dia memberi mesej secara private dengan saya. Terasa berseri sahaja wajah saya tiap kali berbalas mesej dengannnya.

Sedangkan saya dan suami, tiada apa2 isu pun. Saya bahagia bersuamikan dia. Sangat bertanggungjawab, juga tidak kurang kacaknya..

Pada bulan terakhir Afad di taska, En Malik menyantuni aku. Dibelikan saya hadiah tanda ingatan. Anaknya akan berpindah ke sekolah baharu.

Saya menjalani rutin pekerjaan ku seperti biasa. Saya buang no telefon en Malik di dalam senarai ‘contact’.

Makanya selepas ini dia sudah tidak dapat membaca dan melihat status saya di wasap. Sedikit sebanyak saya merasa lega dengan perasaan sendiri. Walau rasa sedikit sunyi kerana sudah tiada ‘follower’ setia’ seperti en Malik.

Saya lalui rutin kehidupan ku dengan tenang. Sehingga lah baru baru ini, dia menghantar mesej bertanya khabar. Tipulah kalau kata saya tak gembira. Jauh di sudut hati ada rasa rindu untuk berchatting dengan nya.

Saya membalas mesej tersebut. Encik Malik berkongsi gambar Afad yang berpenampilan uniform baru persis pelajar tahfiz. Afad sudah menyarung pakaian sekolah. Dia bersekolah di sekolah baharu aliran agama. Saya bungkam. Saya tahu, ini cara dia umpan saya untuk diajak bersembang.

Dalam hati saya tertanya tanya. Apalah yang Encik Malik mahukan sebenarnya nya? Saya lihat dia mempunyai keluarga yang bahagia. Bilangan ahli pun bakal bertambah. Afad pun sudah tidak lagi menjadi anak asuhan saya.

Kalau ikut logik akal, saya dan dia sudah tiada apa apa urusan lagi untuk saling berhubung. Urusan sebagai klien sudah tamat sebaik sahaja anaknya berhenti dari tadika tempat saya bekerja.

Sungguh, saya baru merasa lega daripada perasaan bersalah. Rasa bersalah kerana berchatting dengan suami orang atas alasan urusan kerja. Rasa bersalah dengan suami sendiri kerana seolah menduakan dia dalam diam.

Mujur Allah memberikan saya hidayah. Diberikannya saya peringatan melalui hantaran pesbuk Ustaz Pahrol. Ia mengingatkan pembaca tentang dosa berchatting dengan lelaki dan wanita yang bukan mahramnya di media sosial. Sebaik mambaca artikel tersebut, berkali kali saya istighfar.

Saya hanya manusia biasa. Iman setipis kulit bawang. Syaiitan menjalankan kerjanya dengan cara yang sangat halus. Dibuainya hati kita hanya melalui sembang kosong di hujung jari. Yang kononnya sembang atas urusan kerja.

Buat isteri isteri di luar sana, suka saya mengingatkan. Janganlah urusan anak kita diserahkan bulat2 kepada suami anda. Terutama anak yang bersekolah di tadika dan taska. Cikgu2 taska dan tadika sudah tentu semuanya perempuan.

Kalau boleh biarlah kita sebagai ibu yang berurusan dengan pengasuh atau cikgu sekolah anak kita. Lebih terjamin, lebih selamat bagi pihak kita, juga lebih memberi keselesaan bagi pihak cikgu anak kita.

Di taska dan tadika persendirian terutamanya, kebanyakan gadis muda lepasan spm dan universiti yang diambil bekerja sebagai guru dan pengasuh.

Mesti ada rasa curiga. Jangan percaya bulat2 terhadap pasangan. Kita manusia, pasangan kita pun manusia. Kadang kala boleh tersilap langkah. Mesti Ambil kisah.

Saya mengingatkan, kerana saya jua tidak pernah terfikir, bahawa satu hari saya akan terjebak dengan soal hati dan perasaan. Apatah lagi pada umurku di awal 40an.

Benar, kesilapan saya adalah kerana saya melayan. Sepatutnya tidak perlu saya berlebihan melayan mesej yang tidak berkaitan.

Syukur, saya tidak berbawa bawa dengan kelalaian hati. Sesungguhnya di zaman langit terbuka ini, ia boleh membawa kepada pintu pintu kecurrangan.

Sekian.

Reaksi warganet

Perkongsian dari wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Siapa di usia 40 an masih diuji dengan hati dan perasaan. Lihat apa kata pembaca.

Keet Salleh –Berdebar nak komen confession ni. SERAM. Tak nak komen lebih2 sebab dah nampak contoh betapa kita bila menginjak ke usia 40an ni. Perangai pun tetiba jadi lain macciaamm. Baik lelaki, baik wanita.

Semoga ALLAH pelihara dan jaga hati kita agar tidak berbolak-balik pada perkara yang haram dan sia-sia. Aamiin.

Farah Asyikin –Benda yang tak terfikir ni, selalu dengar hubungan terlarang antara suami orang dengan isteri orang di pejabat. Rupanya antara bapa pelajar dan cikgu taska pun boleh ada kuch kuch hota hai.

Bagus confessor atas peringatan ini! Syukur confessor diberikan hidayah dan tak hanyut dengan bisikan syaiitan. Semoga sentiasa dilindungi Allah dari ujian sebegini lagi. Aamiinn

Nurul Ain –Awal baca, mention isteri/ibu jangan cakna. Aku ingatkan pasal isu pada anak2. Rupanya masalah orang dewasa.

Kalau perihal anak2, kedua ibu bapa perlu cakna ye wahai TT. Bukan terserah pada ibu sahaja. Dan kita tak tau seseorang punya workload unless we’re in their shoes.

You are blaming others for your own wrong doings.. I’ve met a father who loves his son so dearly. Yang hantar/ambil anak dia, hari sukan or aktiviti sekolah ayah dia bersemangat. And now hes gone to a better place, borak dengan wife dia, memang wife dia cakap, papa dia yang selalu buat ni, buat tu, papa dia yang selalu pesan. Adoiii.

Sorry this one, is your own fault. And FYI, saya pun tak suka response to a group WhatsApp yang ramai2 ni. Banyak mengarut. Sekolah anak saya tak wujudkan group WhatsApp hanya ada Admin no. No personal no given to the parents. Saya setuju sangat. Anything happens only 1 personel to contact.

Sapa nak kecam aku, silakan. Tapi memang TT ni yang bersalah. Makanya mari kita dekatkan diri kita pada yang Esa. Supaya dihindarkan dari perkara2 tak diingini. Lagi2 yang dah berumahtangga ni..

Syah Al Yahya –Takot nak berbual lebih2 sedangkan belom di uji macam confessor. Yang kecam confessor tu, jangan bongkak sangat. Allah nak uji, karang lagi terok dari confessor. Jangan engko confess kat sini pulak😂. Jage rumahtangga masing2 je. Cukup sekadar membace, amek iktibar.

– Bukan orang biasa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Ambillah kisah ini untuk dijadikan sebagai peringatan dan pengajaran buat kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *