Part 2. Mata nenek dah tersembul macam nak terkeluar. Tangan kaki semua kejang. Hinggalah subuh esoknya

Kau nak tau muka nenek aku macam mana masa tu? Macam myat yang dah bertahun mti! Muka nenek teruk! Teruk seteruknya!

Jiran aku yang dengar bunyi riuh rendah kat umah aku, mula datang. Makcik2 yang datang ni macam berbisik2. Diorang bukan baca yasin pun! Mengumpat je lebih! Ada yang aku dengar, diorang tanya satu sama lain,

“Pergi beralih kat sapa?” masa ni aku memang geram. Geram terlampau. Boleh dikatakan sejak aku duduk kampung, aku jadi seorang pemarah. Pantang silap, aku punye melenting.

Aku tanya makcik sorang tu. Die duduk betol2 dekat dengan pintu bilik nenek. Die tak bagi orang lain masuk sebab die kata, aib nenek aku dalam keadaan begitu. Nanti kene umpat keji orang kampung. Aku tnya dia, die tahu ke nenek aku ada saka. Dan dia kata dia tahu. Dia tahu nenek ada saka dan nenek bela hantu raya! Allah. Berderai jantung aku.

Masa ni aku memang marah dengan nenek sampaikan aku cakap dalam hati,

“Ya Allah. Matikanlah nenek aku sekarang!” sebab aku dapat rasakan lagi lama nenek hidup, kami yang lebih menderita.

Ustaz yang ibu tepon sampai, bersekali dengan imam kampung. Diorang semua tahu nenek ada saka. Tengok pada keadaan nenek, imam suruh buka semua pintu dan tingkap.

Kau bayangkan malam2 buta segala pintu tingkap semua kene bukak! Dah lah sejuk! Angin pulak malam tu tengah kuat! Aku jadi tension! Aku nak semua ni berakhir segera.

Pak imam azankan bilik nenek, aku yang kat luar mula bingit dengan bunyi mesin jahit dekat bilik aku tu. Kuatnya nauzubillah. Ditambah dengan bau busuk yang teramat. Imam azankan setiap penjuru rumah.

Makin imam kuat laungkan azan, makin kuat aku dengar bunyi mesin tu. Kaki nenek habis pecah2 sebab jarum semua keluar dari kaki die, muntah takyah cakap laa. Aku rasa beratus batang jarum dalam baldi tu die muntahkan.

Aku hanya mampu nangis. Ibu pun sama. Nenek pegang tangan ibu, nenek mintak ibu terima. Tapi aku tegas cakap kat ibu untuk jangan terima! Sekali kalau terima, inilah akibatnya nanti!

Ibu antara dua. Nak terima atau tak. Sebab aku tahu ibu kesian tengok nenek. Ustaz kata jangan terima. Nanti akhirnya begini.

Disebabkan ibu tak nak terima, nenek nazak begitu sampailah untuk beberapa hari. Sepanjang hari2 itulah, mesin dalam bilik tidur aku tu bising macam orang tengah menjahit. Aku tanya ibu, sapa yang bawak mesin tu turun. Ibu cakap nenek yang bawa turun dari loteng.

Maknanya apa? Maknanya betul laa kan mesin ni yang aku dengar di loteng tu!

Aku minta ibu cakap jujur. Cerita dekat aku. Dan ibu pun cerita. Ibu cerita aku ni anak ke empat sebenarnya. 3 lagi abg kakak atas aku dah mti masa dalam janin sebab jadi makanan hantu raya nenek aku. Aku menahan geram. Allah je yang tahu.

Ibu cakap dulu nenek orang susah, amik upah menjahit je untuk sara ibu dan adik beradik die. Jadi nenek bela saka, amek susuk dan bela hantu raya supaya customers sentiasa ada. Atok meningggal lepas berjaya buang satu daripada susuk yang nenek pakai. Aku tiba2 jadi benci dekat nenek masa tu. Benci teramat! Aku memang mintak dia mampus cepat sebab die menyusahkan aku dan ibu.

Ibu cakap lagi, mesin jahit tu nenek dah puja supaya tak berat untuk die menjahit. Ibu rahsiakan benda ni dari aku sejak aku kecik! Aku geram giler dengan ibu masa tu. Tapi aku pikir, ibu tak salah. Yang salah mak die!

Dipendekkan cerita, aku telefon ustaz aku di sekolah lama. Dia antara pengamal perubatan Islam di Darul Syifa’. Aku kasi alamat rumah kampung, aku minta dia datang dengan jemaah2 yang lain.

Esoknya petang nak dekat senja baru ustaz tu smpai dengan beberapa orang yang lain. Mereka kata, patut mereka sampai tengahari tapi mereka seperti di “sorok” dan hanya berpusing2 di kawasan sama hinggalah ke waktu senja.

Aku yang menyaksikan akibat belaan ni, aku jd insaf! Aku jadi takut! Bukan takut kat setan2 ni semua tapi takut, azab Allah kelak sebab menduakan Dia! Sekarang ni pun bagi aku dah kira azab Allah ke atas d0sa nenek aku.

Ustaz minta izin masuk ke bilik nenek.

Ustaz buka semua pintu tingkap pintu bilik pun semua habis dibuka. Dan ustaz mula azan. Ustaz azan je, aku mula melilau mata pandang kiri pandang kanan. Sebab ustaz cakap, die nak cuba buang saka tu dari nenek. Aku risau jugak kalau2 saka tu pergi dekat aku!

Ustaz minta aku dan ibu keluar dari bilik nenek. Ustaz azan dan aku dengar beberapa ayat Quran yang ustaz baca kuat. Pada masa sama, aku dengar nenek muntah dan lantai bilik terderai bunyi jarum. Aku tahu, mesti die muntah jarum lagi.

Sorang pembantu ustaz keluar dari bilik tu dan tanya aku dan ibu,

“Mana nenek simpan jarum emas?”

Aku tak tunggu lama dah! Ibu termangu2 tak tahu kat mana nenek simpan, tapi aku tahu. Jarum emas tu ada dekat mesin jahit di bilik aku. Pembantu ustaz tu baca ayat di jarum tu sebelum cabut dari mesin sebab mula tu aku tengok die macam payah nak cabutkan jarum tu. Lepas je die cabut, aku dengar nenek jerit kuat. Seram giler aku dengar suara nenek meraung!

Pembantu ustaz tu bungkus jarum emas tu dalam kain putih, diikat sekali dengan duri landak. Aku tak tahu kenape mesti guna duri landak.

Ustaz pggil ibu masuk, minta ibu ajarkan syahadah kat telinga nenek. Masa tu mata nenek dah tersembul macam nak terkeluar. Ke atas mata dia. Tangan kaki semua kejang. Aku hanya mampu istigfar tengok keadaan sakarat nenek. Pembantu ustaz tu letak jarum yang die ikat tu dalam bekas botol kaca dan di tutup kuat.

Lama keadaan nenek macam tu, hinggalah subuh esoknya, nenek akhirnya menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang bagi aku cukup ngri. Muka nenek lebam2 macam kene pkol teruk! Badan nenek pecah2 bernanah.

Masa mandi jnazah tu, aku, ibu, mak2 sedara dan seorang makcik yang tunjuk ajar cara mandi jnazah yang ada di kawasan tempat mandi tersebut. Kami mandikan jnazah dalam keadaan senyap sepi. Aku nampak ibu sedih teramat. Lebih daripada mak2 sedara aku yang lain.

Lepas dah selesai urusan nenek, tahlil semua, ustaz cakap benda tu die kene buang kat sungai.

Tapi dia ada pesan kat aku, benda ni tak bermakna hilang gitu je. Ustaz kata benda tu akan cuba untuk masuk kalau aku leka. Sebab tu sampai lah sekarang ni, kalau aku buat sesuatu, aku rasa ada benda yang memerhati.

So inilah dia kisah yang aku sedaya upaya pendekkan untuk korang. Aku mohon, jangan laa amek benda2 macam ni dalam kehidupan korang. Teruk weyh. Teruk die tu bukan setakat kene demam denggi, tapi tahap demam zika yang boleh kecutkan otak dan tumbesaran korang.

Pada kawan2 aku yang tahu cerita ni, jangan la tag2 aku dekat komen. Aku just cerita untuk pengajaran bukan untuk aibkan nenek aku. Nenek aku dah meningggal da lebih 3 tahun. Sekian dulu dari aku yang masih dalam trauma dan ketakutan.

Sumber – Aku Ketakutan

Kisah diatas pernah tular beberapa tahun lepas. Tidak dapat pastikan samada ianya berdasarkan kisah benar ataupun rekaan semata2.

Semoga menjadi pengajaran buat kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *