“Matikanlah nenek aku skrg”. Krn jarum emas, nenek mengelupur. Makin kuat ustaz azan, makin kuat bunyi mesin jahit

Foto sekadar hiasan. Aku nak kongsi dengan semua pembaca tentang satu kisah seram yang aku lalui ketika aku dibangku sekolah. Sekarang aku merupakan pelajar Tesl di UIA.

Ceritanya bermula bila aku sekeluarga berpindah ke kampung selepas ayah pencen dari kerajaan. Masa tu aku form 4. Jenuh jugak nak urus pertukaran sekolah semua sebab tahun lepas tu aku dah kene hadap SPM.

Tapi alhamdulillah, urusan pertukaran sekolah dipernudahkan dan aku sambung pula sekolah di kampung. Dan dari situ, bermulalah kisah2 seram di dalam hidup aku.

Di kampung, aku ada nenek yang masa tu sakit teruk tanpa dapat diketahui sakitnya oleh para doktor. Ibu aku pula seorang tukang jahit maka selepas berpindah, semua kelengkapan menjahit terpaksa diangkut pulang ke kampung.

Sementara menunggu kedai yang murah untuk disewa, kesemua barang2 ibu ada di rumah nenek. Aku tak berape suke duduk di umah nenek sebab umah nenek rasa seram lain macam sangat. Aku pun tak tahu nak describe macam mane perasaan tu.

Sepanjang nenek sakit, ibu tak menjahit. Ibu jaga nenek sampailah satu hari, aku bangun dari tidur, aku terperanjat tengok nenek duduk di bangku dan menjahit!

Padahal semalamnya aku tengok nenek terlantar sakit di katil.

Melihat perkara pelik itu, aku segera bertanyakan kepada ibu. Ibu cakap, nenek sakit sebab rindu nak menjahit macam zaman muda2. Jadi, aku diamkan aje..

Hari berikutnya, aku tengah study dalam bilik bawah (rumah nenek aku rumah kayu 2 tingkat), aku mula dengar orang sayup2 panggil nama ibu. Aku tengok jam, pukul 11 malam. Takdelah takut sangat sebab baru pukol 11 kan.

So aku pun keluar dari bilik, aku intai tepi tingkap. Manalah tahu kot2 ada orang dekat luar. Tapi hampa. Takde sape pun kat luar tu. Elok aku nak masuk balik ke bilik, aku dengar bunyi mesin jahit kat bilik atas loteng. Aku mula pelik dah, sebab loteng tu lama dah takde sape naik lepas atok aku menngggal. Jadi sape je nak naik atas tu nak menjahit pulak.

Disebabkan aku ni jiwa remaja heboh nak amek tahu, aku naik tingkat atas untuk masuk ke dalam stor. Dari stor tu akan ada tangga untuk naik ke loteng. Elok aku nak masuk bilik stor tu, nenek aku panggil.

Suara dia bapak seram! Sebab suara dia memang garau pastu campur pulak lagi suara tua dia, memang meremang bulu roma aku.

Aku tak jadi masuk stor, aku turun bawah semula. Bilik nenek sebelah bilik aku. Rumah nenek besar. Nenek cakap ni rumah moyang aku dulu. Rumah ni ada 8 bilik. Kau pilih je nak tido bilik mane. Tapi kau faham2 laa. Bile umah kampung, lagi besar rumah tu, lagi seram tau tak. Nak nak pulak rumah nenek aku belakangnye memang hutan!

Aku masuk bilik nenek, aku tengok nenek terlantar sakit. Makan pun ibu aku yang suap. Aku jadi tambah pelik. Bile malam, nenek sakit tapi bile siang, nenek elok menjahit.

Esoknya tu, aku bangon tidur aku tengok dalam bilik aku ada mesin jahit lama kepala hitam. Ukiran dekat mesin ni kau takyah cakap. Perghh die punyee lawa.

Tapi aku pelik, ini mesin sape pulak. Sebab ibu aku pakai mesin letrik. Mane datang mesin goyang pakai kaki ni. Elok aku nak dekat dengan mesin tu, nenek aku ada kat sebelah.

Pergh! Sumpah weyh aku rasa nak mati time tu sebab terkejut!

Aku tanya nenek, bile nenek sampai. Dia diam je. Die just hulur aku kain putih, die cakap tolong jahitkan tepi.

Aku dengan muka tak basuh pun duduk kat bangku mesin tu. Kau tahu ape jadi lepas aku duduk? Aku rasa mata aku gelap! Tak nampak pape. Terus aku bangun. Aku mengucap banyak2, istigfar banyak2. Aku terus keluar dari bilik tu.

Aku cakap dengan ibu apa yang terjadi dekat aku. Tapi ibu cakap jangan layan perasaan. Masalahnya tu bukan perasaan! Tu kenyataan! Aku bengang bile ibu tak percaya cakap aku. Aku tekad, aku nak ibu rasa apa yang aku rasa. Aku ajak ibu tido dengan aku kat bilik bawah. Disebabkan aku ni anak perempuan tunggal, ibu aku layankan.

Malam tu aku tdo dengan ibu. Disebabkan aku agak penat, aku terlelap awal. Dan tak semena, aku terjaga pada waktu tengah malam. Aku terjaga pun sebab dengar bunyi mesin jahit kaki yang agak bingit disebabkan karat.

Aku buka mata, terperanjat beruk aku bile tengok di mesin jahit ada sorang perempuan tua berambut panjang duduk di bangku mesin membelakangkan aku sedang asyik menjahit. Aku ingatkan ibu!!

Aku nak menjerit tapi suara aku takde! Aku tak tahu mana hilang suara aku.

Aku diamkan je. Aku pejamkan mata, dalam hati aku baca ayat Qursi sebanyak mampu.

Tangan aku cuba kejutkan ibu di sebelah tapi hampa. Ibu kaku tidur tak sedar apa. Masa tu, Allah je tahu apa aku rasa. Aku tak sabar nak tunggu siang sebab aku nak kepastian dari nenek.

Sejak kami berpindah ke kampung, banyak bende yang aneh berlaku. Kadang tu aku nampak kelibat atok. Rumah ni pula rumah kayu jadi kalau berjalan memang akan dengar bunyi2 kayu rumah ni. So kadang2 bile malam aku mesti dengar orang berjalan. Dan itu buat aku seram dan stres!

Esoknya aku cerita kat ibu pasal orang tua yang aku nampak tu. Ibu diam. Muka ibu pucat. Aku dapat rasa ibu simpan rahsia. Aku paksa ibu cakap tapi masa tu la tiba2 nenek datang kata lapar dan die nak makan. Nenek pandang aku, tapi tak pandang mata aku. Die lebih banyak mengelak.

Nak dijadikan cerita, aku baca ayat Qursi depan nenek. Terus nasi dalam pinggan die campakkan ke lantai. Kau dapat rasa apa aku rasa?

Lepas nenek aku campak pinggan ke lantai tu, aku memang bentak habis. Aku jerit kat nenek sekuat hati sebab aku nampak benda tu belakang dia. Aku tahu bukan nenek yang marah tapi benda tu. Sorang perempuan tua rambut panjang giler belakang nenek aku!

Muka dia bengis. Bengis sampai aku tak tahu nak huraikan macam mane. Walaupun masa tu tengahari. Benda tu wujud sebab aku baca ayat Qursi. Ibu pun nampak tapi ibu senyap, ibu just menangis.

Korang ada yang tanya pasal abah aku kan? Abah aku lepas hantar kitaorang balek kampung, abah ikut kawan die kontraktor outstation. Sebab abah memang tak biasa duduk rumah. Mesti nak keje. Jadi lepas die hantar kiteorang, die just tidur umah nenek 2 hari dan terus berangkat dengan kawan dia. Aku ada cerita dekat abah tapi abah kata,

“Jangan sampai adik ikut die!”

Masa die cakap ni aku tak paham. Aku ingat abah cakap macam ibu. Jangan layan perasaan. Rupanya abah tahu sebab tu abah tak nak lama kat kampung. Lagipun ni nenek belah ibu aku. Jadi kau paham2 laa. Mane ada menantu lelaki suka duk umah mentua lama2.

Lepas je aku nampak bende tu, aku lari masuk bilik. Aku tenung mesin jahit tu, aku nampak jarum kat mesin tu jarum emas! Aku belum pernah nampak jarum mesin warne emas. Aku capai tudung, aku terus keluar dari rumah nenek. Aku tak berapa tahu sebenarnya kampung ni tapi aku bawak je basikal pergi rumah kawan sekelas aku untuk bawak aku pergi rumah ustaz yang ajar aku subjek agama dekat sekolah.

Sampai rumah ustaz tu, ustaz pelik tengok aku. Kawan aku pun cakap dekat ustaz apa yang aku alami di rumah nenek. Ustaz mula berubah muka. Aku tahu die seram. Aku tahu die sendiri terkejut. Tapi aku tak kira! Aku nak benda tu keluar dari rumah!!

Ustaz bawa aku dengan kawan aku naik kereta die pergi rumah seorang imam. Ustaz aku yang cakap pakcik tu imam. Aku tak kenal sape kat kampung ni. Pakcik tu mula tanya aku macam2 soalan dan aku pun jawab.

Last pakcik tu kata saka tu nak beralih tempat dan nenek aku dah tak larat nak jaga benda tu. Tapi aku cakap dekat pakcik tu, kenapa benda tu ada lebih agresif pada waktu malam di mesin jahit?

Pakcik tu mintak aku balek dulu, bawa sekali air yang die dah bacakan surah ruqyah. Aku pun ada hafal sikit surah2 ruqyah ni sebab di sekolah lama dulu, memang ustaz ustazah beriya suruh hafal. Sampai je rumah, nenek terlantar sakit. Air yang pakcik tu kasi, aku tuang dalam cawan dan aku suruh ibu suap nenek.

Tahu apa yang terjadi?

Nenek muntah jarum! Kalau orang santau biasa keluar segala paku segala kaca, tapi nenek aku keluar jarum! Jarum jahit yang besar2 tu, jarum mesin yang warne emas tu pun ada. Banyak!

Allah, Aku ngeri tengok nenek macam tu. Sumpah weyh! Nenek aku umur 89 tahun, kudrat die untuk muntah buatkan aku menangis. Ibu pun nangis sama tengok mak dia macam tu.

Benda sama berlaku untuk beberapa malam. Aku tak boleh nak tidur sebab katil aku macam berat sebelah. Aku rasa macam orang ada sebelah aku. Aku tidur dengan ibu dekat bilik nenek sebab ibu nak jaga nenek. Jadi aku ikutkan saje.

Lain pula ceritanya bile tido bilik nenek. Setiap pukul 3 pagi, aku akan nampak pempuan tua tu hisap kaki nenek. Aku baca ayat Qursi dalam hati, cuba untuk tak buka mata luas2.

Lepas tu aku nampak aruwah atok jalan2 dalam bilik nenek ni. Allah, aku macam nak jatuh jantung tapi aku bertahan. Aku genggam baju ibu sebab nak tahankan takut. Tiap kali benda tu hisap kaki nenek, nenek menjerit meracau. Aku jadi stress yang teramat.

Kalau korang kata, baca albaqarah di kepala nenek. Ya, aku buat benda sama dan ibu menyebabkan nenek bertambah tenat. Malam 3 hari selepas kejadian, aku dengan ibu baca yasin dekat katil nenek. Sebab malam je mula nenek sakit teruk.

Dari awal kami datang, die tak bagi kiteorang baca yasin dekat die sebab dia kata bising dia nak tido. Tapi kali ni aku berkeras cakap dekat ibu, nak baca yasin dekat katil nenek. Sangkaan aku, nenek terlantar, die takleh buat apa2 kat aku dan ibu yang tengah bace yasin. Tapi malangnya, sangkaan aku salah. Mesin jahit dekat bilik tidur aku kat sebelah kuat giler bunyi.

Macam orang menjahit ganas tu! Ibu dah mula nangis dan berhenti baca, aku tahu ibu takut sebenarnya. aku cuba kuatkan semangat, aku baca sekuat hati. Nenek dah menggelupur kata dia sakit. Aku peduli apa! Aku taknak benda ni beralih kat ibu aku. Aku pun taknak!

Nenek takde anak lain dah selain ibu lepas semua anak2 lain tak hiraukan dia. Awalnya aku marah dengan pakcik makcik aku sebab taknak jaga nenek padahal diorang duduk dekat je dengan rumah nenek.

Aku dan ibu yang duduk berkilo2 meter yang diminta balik ke kampung. Tapi lepas apa yang berlaku, aku tahu, diorang sebenarnya taknak benda ni beralih tuan! Diorang taknak syaiitan yang nenek bela ni!!

Ibu capai telefon dekat tepi katil, ibu telefon ustaz kat kampung ni sebab ibu tengok nenek dah macam nazak sangat. Aku gagahkan juga baca yasin sampai habis. Nenek dah berdrah2 mulut, keluar lagi jarum2 banyak giler.

Aku tengok kaki nenek mengelupas teruk. Pecah2 dan mula berdrah. Aku mula menangis. Menangis sebab aku kesian kat nenek. Dia tua kot! Kenapa hantu ni jahat sangat! Aku habis baca yasin, aku lap muka nenek sambil selawat.

Sambungan part 2 di bawah.

Part 2. Mata nenek dah tersembul macam nak terkeluar. Tangan kaki semua kejang. Hinggalah subuh esoknya

Kau nak tau muka nenek aku macam mana masa tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *