Bawa isteri tinggal dgn mertua. Slps 8 bulan, isteri lari keluar. Krn silap aku, akhirnya kami bercerrai

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan dan ambillah tauladan dan pengajaran atas apa yang pernah berlaku kepada aku ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Aku berkahwin tahun lepas. Memandangkan usia aku sudah pun hampir menjangkau 30an. Aku mula mencari seorang gadis untuk dijadikan isteri.

Aku jenis tidak memandang paras rupa, cukuplah dia pandai membawa diri dan menutup aurat serta setia kepada aku itu sudah cukup. Aku jugak kenal isteri aku melalui Facebook. Isteri aku orang jauh, aku pula orang semenanjung.

Umur isteri aku 22 tahun. Beza umur dengan aku 29 tahun, tapi dia tetap terima aku walaupun aku tak kacak. Alhamdulillah sepanjang berkahwin dengan isteri family belah isteri aku menerima aku seadanya.

Mula mula isteri memang buat muka kerana aku bawak dia tinggal serumah dengan mak ayah aku, memandangkan adik beradik aku semuanya sudah bernikah.

Belum pernah sekali pun isteri aku melawan cakap aku atau pun tinggikan suara dengan aku. Kadang kadang tanpa buat silap dia pulak yang sering meminta maaf dari aku.

Kadang kadang aku yang selalu marah marah dia dan tinggikan suara. Depan mak ayah, aku maki dia. Kadang kadang disebabkan masalah di tempat kerja, aku jadi stress. Isteri tempat aku marah marah untuk lepaskan geram.

Ego aku sangat tinggi, rasa menyesal pun ada. Tapi jarang aku berlembut hati dengan dirinya, dia selalu mengalah, walaupun sebenarnya dia sedih, letih tapi dia tetap senyum dengan aku. Mak ayah, adik beradik aku dan anak anak buah aku pun, dia layan baik baik dia sayang.

Dan mesti ada je perkara dia lakukan untuk gembirakan hati aku. Hampir setiap malam dia urut urutkan seluruh badan, kepala aku. Dia tahu aku letih berkerja. Tanpa aku suruh dia memang akan urotkan badan aku. Kadang kadang hingga aku tidur dia picit picitkan kaki aku, lega je aku rasa. Isteri memang pandai mengurut badan.

Memang rasa bersalah tapi kadang kadang aku dengan tetiba je sakitkan hatinya. Marah marah dia, dia tetap layan aku dengan baik. Aku suruh dia kemas rumah, tolong mak aku, jaga anak anak buah aku semua dia buat.

Setiap kali balik kerja, aku tengok isteri macam dia bermasam muka. Aku jadi marah, kadang nak je tampar muka dia. Rupanya dia bukan masam muka dia saja2. Dia pendamkan apa yang telah berbeku dihatinya.

Mak aku pula jenis mulut yang cakap main lepas, pembersih, cerewet, seorang yang penjimat. Mak aku selalu mengadu dengan aku yang isteri aku tak bantu pun masak tak reti. Kemas rumah pun tak bersih, basuh baju pun guna sabun banyak membazir katanya.

Satu hari tu aku pernah tengking, maki istri sebab mak aku marah isteri aku guna sabun untuk basuh baju banyak sangat, membazir. Aku marah hinggakan dia menitis air mata. Allah je tahu hati aku sebak tengok bini menangis. Malam tu juga aku minta maaf. Isteri aku hati lembut, dia kata takpa salah dia sebab guna sabun banyak sangat.

Masa mak ayah aku pergi ke rumah kakak aku, selama 2 minggu isteri aku buat segala2nya, kerja rumah memang perfect, bersih sampai kan bilik adik aku yang serupa stor pun bersih dia kemas. Anak2 buah aku pun wangi bersih dia jaga rapi.

Dan tak dinafikan masakan isteri pun sedap. Aku akui aku tak pernah puji masakan isteri aku sedap (kejam kan aku). Aku marah ade lah, sebab saje nak sakitkan hati dia. Macam amcam aku komen, manis la, pahit la, tak sedap dan macam2 lagi.

Isteri minta maaf. Dan diam kan saje. Apapun aku nak makan dia akan masakkn dia sanggup tengok youtube, buka google, belajar masak asalkan apa yang aku nak makan, aku dapat. Walaupun dah larut malam. Dia sanggup masakkan aku.

Semasa mak ayah aku takda dirumah, ada satu hari tu dia masakkan aku. Aku makan sampai tambah 2 pinggan nasi. Tiba tiba dia menitiskan air mata.

Aku tanya kenapa menangis? Dia kata terharu. Rasa besalah pun ada sebab jarang dapat masak untuk aku. Dia minta maaf kerana jarang masak. Bukan taknak masak tapi dia segan nak masak. Takut takde yang makan. Aku marah dia lagi, aku termaki dia pula. Isteri hanya mampu menangis dan pendam saja.

Aku akui kalau isteri aku masak, mak ayah adik beradik aku macam geli geli je nak makan. Aku dah terang2 nampak salah family aku tapi aku biarkan saje. Aku tahu mak ayah aku tak berapa suka isteri kerana dia orang jauh dan bukanlah pilihan family aku. Family isteri aku pun bukan dari golongn yang kaya, jugak bukan alim seperti yang mak ayah aku harap kan.

Malam tu, isteri menangis mengadu kat aku yang adik kak, mak aku sendiri kutok dia dari belakang. Macam macam lagi dia mengadu malam tu.

Isteri merayu kat aku nak duduk asing. Kalau nak perkahwinan ini kekal. Aku tak percayakan semua kata kata isteri malah aku marahi dia pula. Isteri aku diamkan aje hinggakan tidur dengan bergenang air mata. B0dohnya aku.

Ya Allah sebenarnya aku mampu beli rumah tapi mak ayah aku tak suruh aku duduk asing. Nanti tak ade orang nak jaga anak anak buah. Lagi pun kakak aku dan suaminya berkerja mak kata nanti siapa nak uruskan anak anak buah. Aku pun bdoh ikut je kata mak.

Selama 8 bulan isteri tinggal serumah dengan mak aku. Aku akui aku bagi duit belanja kat mak aku sampai rm1000/800/900 sebulan. Tapi aku langsung tak bagi isteri nafkah zahir dan batin.

Dia pernah luahkan hati dan jiwanya tersiksa melalui SMS kerana nafkah zahir batinnya aku abaikan. Dia pernah kata yang dia redha jika aku tak nak melayaninya. Asalkan aku bahagia.

Dia tak pernah merunggut malah dia redha katanya. Dia ikhlas. Kadang kadang aku buat tak tahu sangat kata katanya. Aku pun tak tahu kenapa aku bdoh sangat tak pernah nak menghargai isteri aku.

Malam tu mungkin kesabaran dia dah habiss. Dia melawan aku, tengking aku. Dia menangis marah aku. Sampaikan mak ayah, pakcik dan makcik aku masuk campur dan marahi isteri aku. Sampai aku tolak dia tampar dia. Dia tekad keluar dari rumah mak aku.

Kini dia dah tiada, dia dah pergi jauh dari aku. Dia tingglkan aku. Dia sekarang dah duduk dengan mak ayah dia. Akibat campur tangan belah family, hasutan family aku, kecuaian aku sendiri.

Aku juga pernah failkan cerrai tapi aku cancel sebab nak dia balik sini. Masa tu dia lembut hati terima aku, tapi aku b0doh tak hargai peluang yang diberi. Aku maki dia macam macam. Aku kata dia macam macam. Sehingga dia tak jadi balik kat aku.

Kini dia dah failkan cerrai. Dah dekat setahun aku tak jumpa dia dan tak beri dia nafkah zahir dan batin. Salah aku yang cuai abaikan dia ketika dia bersama aku.

Kini aku sendiri terlalu merinduinya. Aku mencintai dirinya. Dia lah isteri yang terbaik yang aku ada. Dulu walaupun kadang kadang sifat dia agak keanakkan, buat aku marah, tapi dia lah yang terbaik. Susah aku nak gantikan dia dengan perempuan lain.

Allah, aku rindu dia. Sampaikan kami berpisah dia tetap memohon maaf dan mohon halalkan segalanya. Memang aku telah halalkan. Cuma aku tak tahu bagaimana nak pujuk dia kembali kepada aku semula.

Aku sayang dia sangat. Rindu dia sangat. Aku malu dengan mak ayah dia sebab aku tak jaga anak mereka elok elok. Aku menyesal! Salah aku sendiri.

Kepada yang bergelar suami.

Hargai isteri awak, kalau boleh jangan la bawa isteri awak tinggal sebumbung dengan mak ayah awak. Nanti jadi macam aku.

Perempuan dia akan sabar selagi boleh, jika dia dah hilang sabar, mereka memang tekad dan tak pandang kita lagi. Janganlah jadi macam aku, dah pergi baru nak menyesal. Terima kasih admin. Moga kisah ini dapat memberi kita pengajaran.

Sumber: KRT Fans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *