Terkejut ustaz, waktu ibu sampi ke kereta abah jerit2. Kesian sgt dkt ibu, tergamak abah buat mcm tu

Foto sekadar hiasan. Aku perkenalkan nama aku Mia. Umur 30 tahun, bekerja di Johor, dah ada tiga orang anak. Adik beradik cuma 2 orang, aku dan kakak. Abah dan ibu aku dua2 dah pencen. Kakak aku pun dah berkahwin, ada anak, tapi mengikut suami kerja di Indonesia.

So parents aku tinggal berdua, ada maid yang datang balik hari, tapi cuma kemas rumah je, yang layan abah aku semua ibu aku buat.

Oleh kerana tajuk aku tu adalah abah, jadi aku intro sikit pasal abah aku. Abah aku dulu time muda kerja badan beruniform, seorang yang sangat garang dan panas baran.

Ibu aku pula contra perangainya, lembut dan baik orangnya, keje swasta. Abah aku dulu memang sibuk dengan kerja, ibu aku pun, tapi aku tak kisah pasal tu sebab aku tau diorang cari rezeki. Yang aku nak luahkan ialah pasal abah aku.

Abah aku ni memang suka dilayan macam raja. Walaupun dia tau ibu aku penat macam mana pun, dia tetap nak ibu aku layan dia macam raja. Pendek kata, dari kecik aku tengok abah aku layan ibu aku macam bibik, cerewet pulak tu.

Semua benda kena ikut kesukaan dia, walaupun benda tu sekecik kecik benda. Abah aku tak pernah ambil tau pasal kami, yang dia tau nak kami cemerlang dalam pelajaran. Cuma ibu je yang memahami kami, senang cakap kami kurang sayang pada abah. Semuanya kami kongsi dengan ibu.

Aku masih lagi ingat time kecik2 ibu tengah tidur keletihan selepas balik dari seminar, dia kejut suruh buatkan dia kopi, lepas tu marah2 kenapa tak masak.

Kami pun tak suka kalau duduk berehat dengan abah, sebab time tu jugakla dia suruh basuh kainla, lipat kainla. Pulak tu, kena buat time tu juga. Dia kira apa kau tengah penat ke time tu. Masa aku remaja aku terfikir macam mana la time abah aku dah tua ni, harap2 sangat perangai dia berubah.

Malangnya perangai abah aku tu makin teruk bila dah makin berumur. Macam2 penyakit menyerang dia tapi masih ok, masih boleh berjalan, cuma tak boleh berjalan lama2. Masa ni la dia buat ibu aku macam hamba aku boleh cakap. Elok ibu aku nak berehat, dia suruh buka lampu la, kunci pintu belakangla.

Kena urut kaki la. Nak makan pulutla, nak minum tehla. Semua kena buat masa tu jugak, dia tak fikir pun ibu aku nak berehat ke, penat ke. Bila ibu aku cakap kejap ye sebab iyelah penat, tapi abah aku naik hangin pula. Abah aku pernah cakap dia sakit, so orang sihat kena jaga dia, orang sihat kena dengar dan ikut cakap dia sebab dia sakit.

Dia nak masakan ibu aku je, dia complain maid masak tak sedap, so ibu aku tetap kena masak untuk dia. Dari urut kaki sampai makan pun bersuap (padahal boleh je suap sendiri), semua dia nak ibu aku, Ibu aku je yang faham, mau tak faham perangai tu yang dia hadap sejak mula2 kahwin. Maid pun takut dengan abah, sebab dia kata abah aku garang.

Aku nak cerita ada satu insiden, ustaz ni datang ambil abah aku sebab abah aku nak berubat. Tapi terlambat sikit sebab ibu aku sibuk bersiap (abah aku jugak penyebab dia lambat bersiap).

Abah aku dah tunggu dalam kete dengan ustaz tu, ustaz tu siap cakap, takpe saya tunggu. Lepas ibu datang terkocoh kocoh, abah aku terus sound ibu aku “dia ni la punca Kita lambat, dia ni punca” sambil tuding2 jari kat ibu aku. Terkejut ustaz tu tengok perangai abah aku.

Lepas tu ibu aku cerita dia terdengar ustaz tu nasihat abah aku,

“Walaupun kita ni suami, Kita tak boleh layan isteri macam tu. Abang layanla isteri elok2, cakap elok2 dengan isteri ye”.

Abah aku diam je, tapi lepas tu dia terus tak nak contact dengan ustaz tu lagi. Semua orang yang nasihat dia supaya layan ibu aku elok2, semua dia tak nak contact orang tu lagi.

Banyak lagi benda yang abah aku buat, tak tercerita. Aku rasa kesian pada ibu je, kalau tak fikirkan tanggungjawab pada abah, sorry cakap, dah lama aku letak dia kat rumah orang tua2. Aku dan kakak aku memikirkan kami ni anak abah aku je, sayang tu memang dah luntur bila abah aku berperangai macam tu.

Mesti ada yang akan cakap tak baik berfikiran macam tu, tapi kalau siapa2 yang pernah ada abah perangai macam tu pasti akan faham. Sesekali bila aku balik, memang aku suruh ibu aku berehat je. Ya Allah, betul2 penat menghadap karenah abah aku. Itupon ibu aku tak nak aku jaga abah aku sebab dia cakap abah aku ni tak semua orang faham.

Aku sedih memikirkan macam mana ibu aku hari2, tabahnya ibu aku. Aku teringin juga berpindah ke kampung, berbakti pada ibu aku, tapi aku juga mengikut suami. Suami pun anak tunggal, jadi dia sendiri ada tanggungjawab dengan parents dia.

Kalau ada yang tanya takde ke adik beradik abah atau sedara abah yang pernah nasihatkan abah. Hmm.. keluarga abah pula perangai masing2 pun hauk juga, nenek aku (mak pada abah) sendiri pernah suruh abah aku kahwin lain. So korang tau dah kan perangai masing2 macam mana.

Aku memang stress dengan abah aku sebab nya dia buat ibu aku macam tu. Aku cuma nak confess kat sini je, perlukan nasihat dari pembaca2 kat sini.

Reaksi warganet

Faiz Hashim –Melalui firasat saya, eloklah Ikut cakap nenek tu. InsyAllah masalah selesai. Sekarang ni nak senangkan ibu puan kan. Jadi nanti isteri baru tu yang akan susah. Jadi puan dan ibu puan akan hidup gembira. Semoga dipermudahkan.

Johary Hannah –Kesiannya ibu tt, sabar tu memang mahal 😢. Kalau aku ntahla memang dah lama aku angkat kaki. Tak payah tunggu tua. Mak aku pernah cakap perangai manusia boleh berubah, dari jahat ke baik. Tapi kalau umur dah masuk 40-an tapi still tak berubah, perangai dia tak kan berubah sampai bila2.

Zureena –Cuba sekali confrant dengan bapak ko tu. Bagi tahu apa yang dia buat yang tak betul. Suruh bapak ko imagine jika tak de org jaga dia. Daaaannn cuba kidnap mak ko seminggu tengok apa nasib bapak ko kat umah.

Supiah –Dik mak cik pun macam mak awak tapi tak la lembut. Pak cik pun tak la cerewet sangat tapi bila sakit mesti nak kena layan. Kita celik mata semua nak buat.

Pak cik bila marah dia tak berbunyi. Mungkin dia dah tak tahan, dia marah. Pas tu mkcik pun cakap, “Kita dah sama2 tua kena la faham, saya pun sakit juga”. Sekarang pak cik dah faham. Alhmdulillah

– Mia Sara (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *