Sejak bini berpantang, aku main barang. Tiba2 dpt surat mahkamah. Tk sangka bini buat mcm tu

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Masalah saya tak tahu nak mulakan macam mana. Saya dan isteri dah kawin 12 tahun, dikurniakan seorang anak lelaki sekarang berumur 6 tahun.

Saya dan isteri dulunya sangat2 bahagia. Sejak kawin terus duduk rumah sendiri. Atur perjalan rumahtangga kami sendiri, susah senang sama2.

Tapi lepas dapat anak pada tahun ke 6 kawin, aku rasa sunyi dan terpinggir, sebab isteri lebihkan anak. Semuanya anak, anak, anak.

Rezeki kami dapat anak lambat. Sorang tu jer lah sampai sekarang. Dia layan aku baik sangat2. Cuma tumpuan utama pada anak. Jadi aku sibukkn diri dengan kerja.

Tapi Allah nk uji, aku tersasar. Aku tergelincir sebab ikuntukn hati. Aku berkawan dengan yang bukan2. Terikut peel dorang.

Bini dalam pantang, aku mula main barang. Tapi dia tak tahu. Sebab dia berpantang rumah maknyer. Tak jauh pun dari rumah kami. Selang 10 buah rumah jer, dalam 300m.

Kadang2 aku temankan dia tidur. Kadang2 aku tak jenguk pun. Haabis pantang dia balik rumah kami. Mase ni aku dah gelisah. Sebab dah tak bebas nak ‘kena’ barang, sebab dia ade.

Aku keje kampung, angkut sawit lori sendiri. Pendapatan aku agak tinggi. Setakat 4k sebulan aku boleh grab. Mungkin sebab duit banyak, port pun mudah sebab aku keje dalam hutan. Jadi aku boleh ambik barang pada bila2 masa.

Masa berlalu, anak pun dah umur 10 bulan. Dah boleh berjalan pun, cerdik budaknyer.

Satu hari, aku kantoi bile isteri aku jumpa barang dan peralatan aku dalam poket seluar yang aku gantung dalam bilik air. Aku terlupa nak ambik sebelum pergi kerje.

Aku balik dah petang, cari barang dalam poket dah takde. Seluar elok jer tak terusik kat situ. Tapi aku tengok bini aku ok jer. Layan aku macam biase. Macam tak der pape, tah2 aku salah letak kot, terpkir aku dalam hati.

Selang 2 minggu lepas tu anak aku demam, bini aku mintak duit RM100 nak bawak gi klinik. Memang dari dulu kalau bab anak dia bawak pergi swasta. Aku tak kesah pun. Aku mampu, aku bagi jer.

Dia keluar pagi2 dengan anak. Aku balik keje petang dia masih belum balik. Aku dah risau. Aku call berpuluh kali tak angkat, merata aku cari. Hospital dan balai polis pun aku pergi. Manalah tahu kot xcident ke hape. Tapi xder.

Aku mati kutu, call lagi. Tapi tak angkat. Mesej tak balas. Aku pegi rumah mak aku selang 3 buah rumah dari rumah kami. Bini aku memang rapat dengan mak aku. Selalu luah masalah dan mintak nasihat semua.

Bila aku tanya pasal bini aku, mak dan adik aku semua diam. Bile aku dah desak2 baru mak aku cakap bini aku dah lari dengan anak. Tak tau pergi mane.

Pagi sebelum keluar dia datang jumpa mak, bagitau masalah siap mintak ampun dan maaf. Mak aku punya marah kat aku sampai dia pukul2 aku. Bersungguh sungguh dia pukul aku siap nangis. Aku rasa bersalah sangat.

Anak bini aku dah tak der. Tak tau mane pergi. Family dia tak tau pasal ni. Sebab memang dia sorok. Dia lari diam2. Aku tau aku salah. Dia sedih. Time ni aku rasa tak dek guna hidup.

3 hari aku tak lalu makan minum. Keje pun tak. Asyik call bini jer. Aku nak mintak maaf.

Hari ke 4 baru dia angkat call. Lepas cakap panjang lebar, dia setuju untuk balik bincang.

Aku bawak kete pegi jemput dia. Aku sujud mintak maaf. Dia diam jer. Sampai rumah kami dah malam. Dia terus tido dengan anak. Tak cakap ape2.

Pukul 4 pagi dia kejutkan aku mintak cerrai. Tapi dia tak marah. Tak mengamuk. Dia cakap elok2. Tapi aku tak sanggup aku sayang sangat2. Aku janji untuk berubah. Dia bagi aku peluang.

Sekarang selepas 6 tahun janji aku, aku masih lagi tak berubah. Masih macam dulu, makin teruk. Terbaru aku terjebak dengan game online. Gaji aku habis kat situ jer. Aku tak bagi bini aku duit belanja, barang rumah, susu anak, belanja anak. Even hutang aku pun tak leh bayar.

Dia keje siang malam dari 4 pagi hingga 1 petang, pastu bukak balik 5 petang hingga 1 pagi. Warung makan sendiri. Pendapatan rm50 sehari.

Dengan duit yang sikit tu lah dia cukupkan segala keperluan aku anak dan rumah. Diri sendiri pun tak terurus.

Dari 6 tahun lalu, dia sangat2 sabar dengan perangai bodoh aku. Bebanyak sangat dia berkorban. Dia bukan jenis mengamok maki hamun semua memang tak der. Orangnyer jaga solat. Aku dah lama tak solat. Jumaat pun tak pegi.

Walaupn aku bentak2 dia, dia still lagi cakap lembut2 dengan aku. Tapi aku bukan jenis kaki pukul or cakap maki2, takde.

Dalam 6 tahun ni jugak banyak kali dia mintak cerrai dengan cara elok. Aku tak layan. Dia mengadu kat pejabat agama. Aku dapat surat panggilan kaunseling untuk 2 sesi.. 2 2 aku tak pergi. Surat tu aku baling jer kat muka dia. Dia just nangis tak der cakap pape.

Syawal ke 4 tahun ni aku dapat surat dari Mahkamah Syariah. Dia fail tuntutan cerrai. Walaupun kami duduk serumah, tapi tak bertegur sape.

Surat budak office yang bagi kat aku. Aku baling kat budak tu balik. 3 sesi semua aku tak hadir. Mahkamah putuskan tiada kes.

Aku tak sangka sampai ke mahkamah dia bawak kes kami. Memang dia benci aku. Sungguh2. Tapi bini aku ni, gaduh macam mana pun, makan minum dan keperluan aku semua dia jaga, kecuali tempat tidur.

Walau dah sampai mahkamah pun kes ni. Aku masih lagi tak insaf. Aku masih abaikan dia dan anak macam dulu2. Aku biarkan dia struggle sorang2. Kehulu kehilir sakit pening sorang2. Jaga segala keperluan aku dan anak sorang2. Aku biar dia nangis sorang2. Aku biar dia tidur sorang2. Aku lebih suka tidur asing. Sebab aku akan main game sampai subuh. Sampai abis duit. Pastu kena barang.

Dia tak kesah pun. Sebab dia balik keje pun pukul 1 2 pagi. Anak sepanjang masa dengan dia, walau masa kerja pun. Aku tak ambik port, aku cuma cari dia bila aku berhajat. Aku tau, dia layan aku sambil nangis. Tapi aku tak kesah, aku suami, aku ego, aku ada kuasa veto. Aku betol2 abaikan dia.

Dia selalu bagitahu betapa dia sunyi. Aku tak kesah. Selalu cakap baik2 dan nasihatkan aku untuk berhenti buat benda sia2. Tapi aku tak kesah. Aku bahagia dengan hidup aku, aku ada kerja, dapat barang, dapat main game itu sudah cukup.

Sampai lah sebulan lepas, aku perasan dia macam tak wujud. Senyap, senyap sangat2. Dah tak nasihatkan aku. Dah tak tegur aku. Dah tak bercakap dengan aku. Dah tak senyum.

Tiap2 malam lepas balik keje aku tengok dia solat lama sangat. Kadang2 sampai kesubuh dia solat dan mengaji. Tapi time mengaji dia seolah olah lepas perasaan. Mengaji sekuat hati. Macam lepas tension.

Kadang2 aku jenguk jugak, sebab memang lain macam. Aku dengar dia berdoa sambil sujud. Dan doa dia khusus untuk aku. Tapi hati aku keras, tetap aku tak hirau. Lantak kaulahhh.

Sampailah 3 mnggu lepas, aku marah2 dia sebab tegur2 sikap aku. Sampai aku binatangkan dia. Selama 12 tahun, ni kali pertama aku terlepas cakap.

Walaupun dia cakap lemah lembut dan elok2, tapi aku yang dengar ni rasa macam disambar petir. Terus aku hilang sabar dan terlepas cakap 😣.

Dia terus diam. Masa tu tengah malam dia bawak kereta keluar dengan anak. Selang 2 jam dia balik. Masih lagi diam. Tapi aku perasan mata dia bengkak. Seminggu dia tak bercakap walau sepatah pun dengan aku.

Hari ke 8 lepas kejadian tu aku tak balik rumah. Aku tidur dibangsal kebun sawit. Esoknya dah petang baru aku balik. Pastu buat2 tido kat sofa. Dia datang kat aku, usap rambut aku selembut lembutnya.

Sikit pun tak marah. Langsung tidak, dia just usap jer kepala aku. Pastu aku intai2 nampak dia tundukkan kepala rapat ke bahu aku. Sambil peluk aku, aku biarkan jer. Tak respon ape2. Diam dan sunyi lama. Aku masih pura2 tido.

Tiba2 aku rasa air hangat mengalir pada bahu aku. Aku bukak mata, tengok dia. Dia menangis. Sungguh2 menangis. Tapi tak der bunyi. Tak der sedu. Just bahu jer turun naik. Masa tu aku rasa bersalah sangat2. Aku usap kepala dia. Aku usap belakang dia.

Tapi dia langsung tak angkat kepala. Air hangat laju kat bahu aku. Seolah2 dia melepaskn beban yang sangat berat. Melepaskan masalah yang sangat2 besar. Masa ni semua sunyi sepi. Dia sepatah tak cakap. Aku lagi lah tak leh cakap.

Makin lama makin laju turun naik bahu dia, hati aku luluh. Jiwa aku runtuh. Tiba2 aku rasa dia tersangat2 down. Aku betul2 dah musnahkan kebahgiaan dia. Aku betul2 dah abaikan dia. Aku tak tahu ape yang dia fikir masa tu. Tapi aku sangat2 rase bersalah. Aku angkat bahu dia dan aku peluk dia kuat2, aku mintak maaf. Aku mintak ampun, aku banyak buat dosa kat dia.

Pengorbanan dia tak semua lelaki boleh dapat. Aku bodoh, aku khilaf. Dia bidadari aku tapi aku buat dia macam sampah, aku menyesal. Aku nekad untuk berubah. Aku nak jaga dia elok2. Aku nak bahagiakn dia dan anak aku. Aku nk luang masa. Aku nk ganti balik saat2 yang dah aku sia2kn.

Khilaf aku bukan mudah untuk berubah, perlukan masa dan mental yang kuat. Lebih2 lagi bile cara kerja aku yang trpaksa bergaul2 dengan kawan2 aku yang dulu. Kena barang depan aku, betul2 menguji. Aku sampai menggigil tahan diri. Tak lalu makan, muntah2. Bende ni tak leh stop lumpsum, kena slow2.

Korang tolong doakan semoga aku kuat dan istiqomah.. Supaya aku kembali bersih demi anak isteri aku.

Buat isteri abang.. Maafkn abang sayang.. 6 tahun abang sia2kan sayang. Abang abaikn sayang. Tapi sayang tetap setia berkorban dan tak putus doa dan berharap pada abang. Terima kasih sayang. Semoga Allah sediakn syurga buat syang diakhirat kelak. Buat anak abah sorang, ampun kan abah. Jangan benci abah yer.

Trima kasih min sudi share citer aku ni.. aku harap suami2 kat luar sana tu jangan biat bende bodoh macam aku. Seronok sekejap. Tapi merana sepanjang hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *