Pukul 5 pagi, polis dtg panjat pagar ketuk pintu. Dpt laporan org gntg diri, tp puncanya buat ramai gelak

Foto kiri sekadar hiasan. Adat hidup berjiran, semestinya pasti ada momen manis yang kita hadapi dalam tak sedar bukan.

Sepertimana tular di laman sosial baru baru ini, perkongsian dari Nini Ruspawan yang berkongsi kisah lucu didatangi polis pada pukuk 5 pagi selepas menerima laporan daripada jirannya sendiri.

Yang melucukan ramai pembaca, si jiran membuat laporan terdapat orang gntung diri di rumahnya. Si jiran mengatakan terlihat ‘myat’ di bilik menjahitnya yang tidak berlangsir. Ditambah pula terdengar si anak menangis tanpa henti sebelum itu. Ikuti perkongsian nya dibawah.

Subuh subuh hari tadi, lebih kurang jam 5 am, ada orang datang rumah aku. Ketuk pintu punya la kuat. Kami pulak tengah tidur kat atas. Hujan tengah lebat sangat, jadi memang tak berapa nak dengar orang panggil dan ketuk pintu. Bunyi hujan tu bising kan.

Sudahnya, orang tu siap panjat pagar nak ketuk sliding door. Aduhaiii. Aku tak sedar sangat, mamai je. Duk fikir, aku mimpi kut. Mujurlah hari tu suami aku ada kat rumah. Ye la, kami baru pindah masuk rumah tu kan.

Bila dengar ketukan kat sliding door, dia la yang turun. Tiba-tiba, aku terdengar suara orang lelaki bercakap-cakap. Then ternampak 3 orang lelaki berpakaian seragam polis naik ke atas sampai ke bilik.

Ahhh sudah, mimpi ke betul ni..? Jntung aku laju, tapi masih dalam keadaan separa sedar. Letih sangat, Hani asyik meragam.

Aku tak pasti apa yang dibincangkan dengan suami aku. Dengar suara bercakap-cakap, tapi tak jelas. Aku dalam bilik, tidur dengan Hani. Pintu mestilah tertutup kan. Risau jugak waktu tu. Jam 5 am polis datang rumah, siap masuk dan ke tingkat atas terus. Ada apa hal sebenarnya?

Tapi disebabkan keletihan dan mengantuk yang teramat, aku terlena balik. Dan terus menganggap yang semua tu hanya mimpi je. Esok paginya, waktu aku turun ke bawah nak siapkan sarapan Hani, suami aku bukak cerita. Aku terus sedar yang semalam tu bukan mimpi.

Al kisahnya…

Rupanya sebelum hujan lebat tu, jiran belakang rumah aku call polis. Katanya ada orang bnuh diri kat rumah aku. Ada orang gntung diri kat bilik belakang tu. Bilik belakang adalah bilik aku menjahit. Dengar je cerita tu, aku pun ORANG GNTUNG DIRI??!!

Kecut perut waktu tu. Rasa nak tercabut jntung dengar. Tapi suami aku boleh pulak dia ketawa. Rasa nak bagi pelempang je masa tu hahaha.

Rupa-rupanya..

Jiran aku nampak manequen aku ni. Jarak rumah aku dengan rumah belakang, memang dekat. Aku pulak baru pindah, tingkap takde langsir. Sliding window, bila malam, lampu pasang, nampak samar-samar ke dalam rumah.

Manequen aku ni, ada sambungan kepala yang aku buat sendiri. Asalnya takde kepala. Tapi aku tambahkan kepala tu sebab aku jual tudung. Duk snap gambar la. Kepala tu pun aku gam pakai glue gun je. Tak cukup kuat lekatnya. Masa proses mengangkut barang nak pindah, terpele’ot la kepala tu, jadi macam dalam gambar la. Dah tu, manequen aku tinggi.

Dari rumah jiran, dalam samar-samar cahaya yang tembus masuk ke bilik aku, dia nampak manequen dengan kepala terpele’ot ni dalam bentuk silhouette je. So dia assume, itu adalah orang gntung diri.

Elok pulak sebelum tu si Hani menangis tak henti-henti. Sampai jam 3 pagi taknak tidur, meragam je. Suara dia dah la nyaring. Mungkin jiran aku duk fikir yang Hani menangis sebab aku dah mti gntung diri, takde siapa yang nak attend Hani masa tu. Sebab tu dia call polis.

Polis pulak sampai kat rumah, masa hujan tengah lebat. Jadi memang la bila dia panggil tu kami tak dengar. Berlawan dengan suara hujan. Kata suami aku, polis sampai guna pembesar suara tau.

Tu pun kami tak dengar. Terpaksa pulak dorang panjat pagar masuk ke rumah. Baru la dapat ketuk sliding door tu. Aku punya gelak tak ingat dunia masa ni.

Tapi bagus sangat jiran aku. Concern dia cukup tinggi. Jiran macam ni la yang kita patut jadi. Ambik berat, bukan menyibuk tau.

Dan polis tu pun cukup bagus buat kerja. Bila suami aku bukak pintu, dorang tanya dan suami aku jelaskan, dorang tetap nak naik atas dan periksa sendiri. Aku yang tidur pun sebenarnya dorang jenguk waktu tu sebab nak pastikan sah laporan yang diterima tu, tak berlaku.

Reaksi warganet

Perkongsian Nini Ruspawan mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Kebanyakkan nya memuji tindakan si jiran yang perihatin dan anggota polis yang tetap membuat semakan teliti walau sudah dijelaskan hal sebenar oleh si suami. Lihat apa kata mereka.

Nor Hasni –Selepas segalanya selesai, lega sebab cuma salah faham kan, boleh la tergelak. Tapi kalau la kejadian ni betul betul? Apa pun tahniah kepada jiran dan anggota PDRM. Terbaik!

Rosma Emma –Jarang2 polis handle kes camni. Mesti lepas kejadian, masing2 tahan ketawa, berhenti kedai mamak dulu hilangkan “debar”..

Tahniah dan terima kasih kepada anggota2 polis terlibat. Jiran pon, nampak ambik berat dan cakna dangan keadaan persekitaran kejiranan.

Fatin Fatihah –Tapi semua saya just ingat kan. Ada jugak kes lelaki datang tengah malam buta pakai baju polis katanya kita ada buat laporan. Padahal kita tengah nyenyak tdo. Tapi datang untuk samun. Hati2 semua ye. Kawan saya yang kena beberapa bulan lepas. Scry.

Leez Shamiza –Ahaha, teringat dulu2 baca majalah gila2. Adegan jiran report polis sebab nampak jiran sebelah potong kepala orang guna pisau. Padahal orang tu pegang kepala anak patung. Pisau tu sebenarnya sikat. Tak sangka dalam dunia realiti pon ada macam ni🤣🤣

Fadilah RoFaee –Baca cerita ni teringat pulak kisah tadi. Bawak kepala patung ke kedai sebab nak gunting rambut patung tu nk practice2 gunting sementara takde customer.

Letak 2 ketoi kepala patung dalam plasti beg lutsinar. Kedai depan jalan besar lepastu kat traffic light. Lalu balik aku bawak la keluar kepala tu yang org berhenti tunggu lampu tu tengok aku tak berkelip. Pastu dia gelak. Aku baru perasan dia duk tengok aku bwak kepala patung tu😂

Siti Fatimah –Tq jiran, tq polis. Anda sangat prihatin. Saya bagi 10 bintang! Jangan salahkan jiran. Bagus la dia prihatin. Polis pun bagus take action. Awak tuan rumah memang buat lawak tau! Kita pun tergelak sama.

Salah faham je senua ni. Yang pembaris, jangan la melatah sangatt. Rilek sudah. Tak de bende pun. Aishh, terkomen jugak i 😂

Zuli Nasuha –Betul, bagus ada jiran macam ambil berat macam ni.

Saya tengok cerita korea, lupa tajuk apa. kisah pembnuhan di hadapan apartmen. Tiada saksi datang tampil. Hingga beberapa orang penghuni hilang. Baru ada sorang lelaki mengaku dia nampak pembnuhan tu.

Tapi taknak kerjasama sebab takut keluarga die dalam bahaya. Babak akhir selepas kes selesai, lelaki tu datang semua ke apartmen tu. Duduk di tempat sama ketika pembnuhan tu. Dia menjerit minta tolong. Tiada 1 pun yang jenguk ke luar untuk melihat apatah lagi beri bantuan.

Takutnya saya senario tersebut. Kemana empati dalam bermasyarakat.

Sumber: Nini Ruspawan

Salute kepada si jiran dan polis yang terlibat. Tak semua merasa dapat jiran yang perihatin macam ni bukan.

Yang baik itu kita jadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Kongsikan, moga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *