Pelik, suami rasa lega bila kantoi lg. Pernah mereka ggurkan byi luar nikah. Kini aku diuji lg

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tujuan saya bukanlah ingin membuka pekung didada jauh sekali meraih simpati orang ramai cuma saya ingin berkongsi rasa dan perlukan kata2 motivasi dari anda semua.

Saya berkahwin dengan suami atas dasar cinta dan kami bersatu setelah 9 tahun menyemai cinta. Pertunangan dan perkahwinan jarak jauh menyebabkan suami tersasar dari landasan status suami orang bilamana perasaan kawan sesama kawan melebihi dari sepatutnya.

Kali pertama saya mengetahui suami curang bila diberitahu oleh isteri kawan tempat kerjanya. Masa itu kami baru bertunang. Saya ke tempatnya jauh diutara. Berdepan dan berbincang lalu membuat keputusan.

Perempuan itu beritahu saya yang tunang memberitahunya yang beliau terpaksa bertunang dengan saya atas pilihan keluarga. Tunang akur dengan kesilapannya dan memberikan alasan sunyi dan mengharapkan pertunangan ini dapat diteruskan. Saya sabar dan menerimanya.

Kali kedua saya tahu suami curang dengan perempuan yang sama. Bila Allah perlihatkan sendiri depan mata saya. Masa tu kami sudah tinggal bersama dan saya sedang mengandung anak pertama kami 2 bulan.

Saya tumpah drah dan dimasukkan ke wad. Mujurlah anak kami kuat dan kandungan selamat. Kami berbincang dari hati ke hati. Suami beritahu yang beliau perlu berkahwin dengan perempuan itu tapi saya tidak sanggup dan tidak merelakannya. Suami akur lalu memutuskan perhubungan mereka.

Suami saya baik, anak yang baik, menantu yang baik. Abang dan adik yang baik juga pekerja yang baik. Semua tanggungjawab beliau laksanakan dengan penuh dedikasi. Duit gaji dan segala aset2 semuanya diatas nama saya.

Saya juga tak kurang hebatnya juga. Isteri yang solehah dan ibu yang mithali. Segala keperluan makan minum pakai suami dan anak2 saya jaga penuh rapi dari atas sampai bawah. Ekonomi rumah tangga juga saya jaga dengan teliti. Segala perbelanjaan, komitmen dan simpanan saya selesaikan dan sedikit pun tidak melampaui batas walaupun suami saya jenis yang tidak berkira.

Dari anak pertama hingga ketiga. Kami menjalani kehidupan berumah tangga dengan penuh bahagia dan aman damai. Gaduh2 kecil juga salah faham sedikit2 itu ada tapi tidaklah sampai berlarutan. Biasanya tidak akan sampai 24jam kami akan berbaik semula.

Kami hidup diperantauan jauh dari ibu bapa dan keluarga. Segala pahit getir susah payah kami tempuh bersama2 tanpa ada adu domba pada keluarga. Bagi mereka kami keluarga yang sempurna tanpa cacat cela. Bagi kami rumahtangga adalah tanggungjawab sendiri dan perlulah berdikari. Semua itu akan mematangkan akal dan fikiran kami.

Dalam melayari bahtera perkahwinan ini hanya satu yang bermain difikiran saya bilamana suami seringkali bertugas diluar kawasan. Hampir setiap bulan paling tidak pun dua bulan sekali. Saya pujuk hati untuk redha pemergiannya hanyalah kerana tuntutan kerjaya.

Saya akui saya isteri yang baik kerana jenis tidak banyak bertanya. Sama seperti suami saya bila saya utarakan apa2. Bak kata orang tak banyak peel. Saya tidak pernah semak telefon bimbit dan beg duitnya. Bagi saya itu privacy suami. Saya yakin dan percayakannya.

Kalau nak diukur tahap keimanan kami berdua. Suami lebih dari segala2nya. Bangun awal pagi, solat sunat dan mengaji. Beliau juga ada ke surau untuk berjemaah. Solat lima waktu beliau lebih banyak berbanding saya. Saya pula lebih mendahulukan keperluan keluarga berbanding pergi menghadapNya. Saya lalai dalam menjalani tanggungjawab sebagai hambaNya.

Allah uji tanda Allah sayang. Allah takkan uji diluar kemampuan hamba2Nya. Allah uji kerana Allah rindu rintihan hamba2Nya.

Pada 1 hari beberapa hari sebelum suami bertugas di luar kawasan. Allah kuatkan naluri hati seorang isteri. Saya beranikan diri. Berdepan dan satu persatu soalan dan jawapan muncul dari mulut suami.

Saya sungguh tenang ketika berbicara dengannya. Saya boleh pula bermanis muka dan senyum tersimpul. Tiada air mata, tiada juga perang sengketa. Benar apa yang berada didalam hati saya selama ini. Allahuakbar. Allah Maha Besar

Suami saya yang soleh. Bapa yang mithali. Anak dan menantu yang baik hati juga pekerja yang berdedikasi itu telah melalui 1 lagi kehidupan abnormal. Menjalani kehidupan seperti suami isteri, ke hulu ke hilir bersama2 hinggakan pernah ada anak hasil hubungan terlarang tapi umurnya tak panjang bilamana mereka mengambil keputusan untuk menggugurkannya di awal kehamilan. Ya benar dengan perempuan yang sama.

Pernah sampai 1 tahap ada perancangan berkahwin di sempadan. Ini semua idea dari perempuan itu. Sengaja hamilkan anak suami supaya suami boleh bernikah dengannya. Ugut suami saya supaya balik ke sana setiap bulan berjumpa dengannya kalau tidak rahsia yang selama ini akan sampai ke pengetahuan saya.

Suami rasa sungguh lega bila perkara ini terbongkar juga akhirnya. Beliau tidak sanggup untuk memberitahu saya dengan mulutnya sendiri. Suami beritahu yang beliau terpaksa melakukan semua ini hanyalah kerana kekhilafannya sewaktu awal2 perkenalan mereka dahulu.

Suami telah men0dai perempuan itu dan berasa bertanggungjawab ke atasnya. Dalam masa yang sama beliau sangat menyintai saya dan tidak sanggup kehilangan kami anak beranak. Perempuan itu pula sanggup bermadu dan berkongsi kasih. Suami juga memberitahu saya yang beliau tidak sesekali membelakangi saya dan anak2 sekiranya ingin berkahwin lain.

Inilah buktinya beliau masih lebih mementingkan saya berbanding perempuan itu. Saya beri kata dua pada suami. Dan suami memilih saya dan anak2. Saya bertemu muka dengan perempuan itu dan minta penjelasan darinya.

Ya memang benar apa yang dikatakan suami. Jalan cerita yang sama tiada satu pun yang berbeza dan perempuan itu mengakui segala2nya. Saya langsung tidak menyerangnya jauh sekali memarahinya. Malah saya menasihatinya sebagai seorang kakak dan saya berterus terang yang saya tidak mampu untuk berkongsi kasih dengannya. Beliau akur dengan keputusan saya.

Selepas kejadian itu saya jadi paran0id terhadap suami. Sekejap2 saya semak telefon bimbitnya, media sosialnya. Saya jadi lebih dekat dengan Allah. Solat lima waktu menjadi pelengkap harian saya. Saya bertahajud padaNya. Mengaji dan berdoa, saya kumpul segala kekuatan yang saya ada.

Masa terus berlalu, sekali lagi Allah tunjukkan pada saya bilamana saya dapat trace mereka masih berhubung. Saya hilang pertimbangan waktu itu kerana saya merasakan hanya saya yang berusaha mempertahankan rumah tangga ini sedangkan beliau sewenang2nya membuka jalan untuk pihak ketiga menghancurkannya.

Suami memberitahu yang perempuan itu jatuh sakit dimasukkan ke hospital dan hampir gila kerana keputusan suami untuk tinggalkannya. Saya melenting dan ingin membawa perkara ini kepada pihak berwajib seterusnya mengambil langkah2 yang sepatutnya. Beliau merayu bersungguh2 kali ini dan perlukan sokongan dari saya isterinya.

Perhubungan ini telah lama dan perlukan masa untuk melupakannya. Tambahan pula suami berasa khuatir jika perempuan itu mengambil jalan singkat membnuh diri dan sebagainya.

Saya akur dan saya faham situasinya. Saya juga boleh berundur andai hati dan jiwanya inginkan perempuan itu kerana keputusan saya adalah muktamad. Saya tidak sanggup berkongsi kasih tapi suami merayu untuk berikannya peluang yang terakhir.

Kami tukar nombor telefon. kami blok perempuan itu dari semua tempat socmed. Kami buang segala2 yang berkaitan dengannya. Saya dan suami tidak lagi ingin mengingatinya. Suami betul2 ingin melupakannya. Ya Allah Ya Tuhanku. Tidak pernah saya duga begini hebat ujianMu buatku. Aku redha Ya Allah.

Selepas beberapa bulan perkara itu berlaku, kami suami isteri menjadi lebih intim, lebih mesra, lebih rapat. Tiada lagi rahsia di antara kami. Saya bebas memeriksa telefon bimbitnya. Saya bebas bertanyakan apa sahaja yang ingin saya ketahui. Komunikasi antara kami juga menjadi lebih lancar.

Kami sekeluarga juga sering beribadah bersama2. Lebih menumpukan perhatian pada anak2 yang kian membesar. Kini keluarga menjadi keutamaan suami. Alhamdulillah saya nampak perubahan besar itu dan saya akui beransur berasa tenang dan lega.

Saya bermuhasabah diri sendiri. Saya juga turut bersalah dalam hal yang telah terjadi ini. Saya terlalu sibuk dengan hal duniawi. Balik kerja, masak dan makan kemudian tidur. Jarang sekali mengadu domba, jarang bergelak ketawa bersama jarang juga ada adegan bermanja2. Saya sendiri yang memberi peluang pada perempuan itu untuk terus bertakhta dihati suami dengan layanan istimewanya. Subhanallah Allahuakbar.

Saya lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang Allah telah beri. Saya sombong denganNya. Saya lalai menjaga Dia. Lalu dijentikNya saya dengan ujian hebat ini. Kerana Dia terlalu rindukan rintihan hambaNya yang ini. Ampunkan aku Ya Allah. sungguh aku kerdil disisiMu.

Memang mudah untuk memaafkan suami. Tapi sehingga kini kadang2 saya masih teringatkan tragedi itu. Segera saya mengucap panjang dan berzikir. Hanya Allah yang bisa menyembuhkan hati ini. Siapalah saya untuk menolak takdir Ilahi. Apa yang berlaku di atas izinNya jua.

Cinta dan kasih sayang saya pada suami menjadi lebih utuh dan kuat. Saya sering merinduinya. Beliau juga sama seperti saya. Kami suami isteri menjadi lebih romantis tika ini. Benar janji Allah itu pasti, ada pelangi selepas hujan yang membasahi bumi.

Terima kasih banyak kerana sudi membaca luahan isi hati saya. ini sahaja caranya untuk saya melepaskan segala2nya.

Saya dengan rendah diri memohon agar para pembaca sudilah kiranya mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan saya suami isteri dan anak2 kami kekal bahagia hingga ke jannah. Dilimpahi rezeki yang mewah dan beroleh keluarga yang sakinah, mawaddah, arrahmah dan aafiyah. Aamiin Ya Rabal Aamiin

Reaksi warganet

Ariana Arisya –Percaya atau tidak, saya pernah jumpa kes sebegini. Sang suami tetap terlindungi dengan imej soleh, sedangkan di belakang isteri, pelbagai maksiat dilakukan.

Isteri sudah tahu perangai suami begitu, pun masih bertahan, kerana cinta katanye. Naif sungguh hati wanita, namun lelaki sentiasa ambil kesempatan.

Ilya Abdullah –Maaf cakap. Ni bukan kategori suami soleh dah. Buntingkan wanita lain kut. Asyik salahkan wanita tu sedangkan dua2 dah sah suka sama suka buat. Gugurkan anak berd0sa. Kat mana solehnya halalkan yang haram. Sori puan, tiada nampak ‘baik’ di sisi puan or suami puan.

Jamilah Binti Long –Pada makcik, Makcik lebih kesian pompuan skandal di suami yang soleh tu. Sekali boleh dikatakan tersilap langkah dan diperangkap. Tapi ini dah berkali dan sanggup membnuh benih sendiri. Mana solehnya suami, dan mana solehahnya isteri yang mithali. Terima sajalah pompuan skandal suami tu sebagai madu agar terhindar mereka dari ziina.

Amelia Zainuddin –Tah la. pada aku dia lebih kepada laki tak guna. Buntingkan anak orang, then suruh gugur untuk tutup kes. Kalau dia ‘baik’ dia tak sentuh yang bukan mahram dia. Senang je dia tabur benih. yang menderita kat sini perempuan tu sebab dia tak boleh kawin dengan suami awak. Masa depan dia dah tentu2 hancur. Yang salah suami awak. Dah bertunang menggatal lagi. Dah anak 3 pun masih menggatal.

Siti Rahmah –Dalam hal ni saya kasihankan wanita tersebut, bertahun2 melayan suami awak sampaikan mengandung.

Saya doakan wanita itu bertaubat, istiqomah dan bertemu lelaki yang lebih baik. Untuk suami awak pun sama, untuk TT saya doakan semoga tidak berulang ujian ini. Kalau terjadi lagi, pasti ada jalan yang lebih baik. Seeloknya elakkan penceraian tetapi halalkan mereka. InsyaAllah, darjat sis lebih tinggi di pandangan mata Allah kalau sis terus kuat dan sabar.

Jangan disebabkan kedegilan puan nak selamatkan rumahtangga puan menjadi penyebab dosa terus berleluasa. Sebab kita bukan Tuhan untuk baca hati manusia apatah lagi perbuatan mereka dibelakang kita.

Suni Shine –Sedihnya, kesian perempuan tu. Sebab aku senasib dengan perempuan tu. Main cinta senyap2 dengan aku, janji nak kawin dengan aku senyap2 gak, sampai aku percya.

Dia rosakkan aku, janji nak kawin dengan aku. Last2 kena tinggal gak. Aku murung, sedih sama macam perempuan tu. Rasa nak naik gila. Selalu nangis sorang2.

Masa bercinta dengan aku, diburuk2 kan pilihan pertama dia. Dipuji2nya aku, sayang aku sangat2 konon. Sampai aku makan pujuk rayu dia๐Ÿ˜” then rosakkan aku. Aku masa tu dh angau sangat kat dia.

Aku serah. Ya aku tau aku salah sebab serah. Aku percya ‘janji’ dia nak kawin dengan aku. Lepas kantoi dengan pilihan pertama dia. Pilihan pertma dia maki2 aku. Kata aku fitnah laki dia.

Backup laki dia sungguh2,sbb laki dia pilih dia (Read : dipaksa memilih dia). Yang lawaknya, sampai harini pilihn first dia percya laki bangang dia.

Sayang, puji melangit laki dia. Tapi tak mengapa. Doa2 orang yang dianiyai tiada hijab kan. Memang aku slllu doa Allah balas balik semua perbuatan dia.

Aku dekat sini sakit diperlakukan macam tu, diorang berdua boleh hidup gembira. Sakit aku tengok semua tu.

Sunber โ€“ Isteri Yang Diuji Allah SWT (Bukan nama sebenar) via IIUMCkp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *