“Rahsia kisah hitam kami”. Slps 2 tahun, suami tiba2 buat pengakuan. Dunia terasa gelap, bersungguh2 saya nangis mlm tu

Foto sekadar hiasan. Saya dan suami dah berkahwin sekitar 10 tahun, saling mengenali hampir 17 tahun dan di kurniakan anak2 yang comel dan bijak. Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, bukan lah sangat kaya.

Tetapi alhamdulillah kami berdua bekerja yang agak selesa dan apa terlintas untuk makan, untuk beli baju berjenama, untuk duduk di mana mana hotel, kami mampu untuk bayar. Kami juga cuba bersolat jemaah bila berkesempatan seperti subuh, maghrib dan isya’.

Suami juga sorang yang pemurah, selalu bersedekah, selalu membantu rakan rakan lain yang susah serta saudara mara tak kira sebelah saya atau pun dia. Suami jugak sangat ringan tulang, membantu menjaga anak, mencuci baju, melipat kain, memasak dan saya boleh tinggalkan suami bersama anak anak selama 2 minggu untuk saya bercuti bersama rakan rakan.

Suami galakkan saya ‘take a break’ dan keluar serta bercuti bersama rakan rakan perempuan dan dia agak jaga anak anak. Kami nampak seperti pasangan islamik yang sangat bahagia, saling memahami. Kami mengikuti kelas agama, terlibat dengan sukarelawan untuk pertubuhan islam.

Saya juga jenis tak kisah suami nak keluar main bola, lepak minum, keluar bercuti dengan kawan kawan 2-3 hari just boys. Sebab suami jugak akan pastikan semuanya tersedia sebelum pergi supaya tak membebankan saya. Tapi kami ada kisah silam kami. Kisah hitam.

Kami berjumpa semasa belajar di universiti yang sama dan asyik bercinta. Nasib baik walaupun asyik berkepit, kami berdua berjaya grad kelas pertama dan mendapat kerja yang baik. Semasa berdrah muda, bercinta sepenuh jiwa, kami terlanjur. Berkali kali. Tak tahu berapa ratus atau ribu kali.

Allah sangat baik kerana menjaga aib kami. Tak pernah sekali tertangkap walau bertahun tahun dia mengunjungi bilik saya pada malam hari.

Ianya berterusan sehingga kami bekerja. Kami menjadi semakin bebas kerana saya menyewa sendiri dikawasan elit dan tiada siapa peduli. Hujung minggu di habiskan dengan berparti, mengunjungi kelab malam bersama dan balik melepaskan rindu dendam.

Selalu kami pastikan berlaku dalam keadaan selamat tetapi bila dah nfsu kadang kadang tak sempat nak pasang apa apa.

Akhirnya saya pernah gugurkan kandungan sekali. Tetapi entah kenapa saya tak bertaubat. Mungkin kerana rakan rakan sekeliling juga macam tu. Semua kami teruskan sampailah suami suarakan ingin berkahwin dengan saya dan mempunyai keluarga.

Kami berjanji untuk berubah ke arah lebih baik dan saya mula bertudung dan memakai pakaian yang sopan walaupun boss saya sedikit kecewa kerana kelihatan kampung bersama tudung dan baju menutup aurat.

Hidup saya sungguh sempurna. Promotion mudah, rakan rakan suka kan kami, boss boss sukakan kami. Kami beli rumah pertama kemudian kedua dan ketiga dengan mudah. Dan dalam proses beli rumah ke empat.

Bercuti ke luar negara dan melawati pelbagai tempat. Kami juga jarang bergaduh kerana agak sekepala dan saling bertoleransi.

Tetapi dunia saya gelap tiba tiba apabila pada satu malam, suami berborak dan mengaku dah dekat 2 tahun dia palsukan em0si bila bersama.

Dia mengaku tiada nfsu bersama dan dia meminta maaf tidak dapat memenuhi keperluan batin saya. Dia juga kata dia tiada nfsu melihat saya memakai pakaian tidur yang sksi yang berjenama dan menggiurkan seperti model.

Saya menangis bersungguh sungguh ingat kan suami ada perempuan lain atau menjadi hom0sksual. Suami mengatakan dia seperti dia langsung tiada nfsu terhadap saya mahupun perempuan lain. Dia bersedia melepaskan saya jika saya inginkan. Saya kata saya tak sanggup.

Selepas bertenang beberapa hari, saya cuba usahakan memikirkan pelbagai ikhtiar untuk memenangi hati suami saya kembali, harap dapat memutikkan cinta. Saya cuba membaca tips tips dan juga suggest suami untuk berjumpa dengan doktor.

Dalam masa yang sama kami berdua berbincang dan berasa mungkin kah ini balasan Allah. Kami sentiasa bertaubat dan tidak tahu bilakah Allah ampunkan d0sa kami.

Saya bangun bertahajjud mohon Allah ampunkan d0sa kami yang lalu, mohon Allah kembalikan rasa cinta dan kasih sayang yang indah kembali. Mohon Allah menhadirkan nfsu suami terhadap saya kembali.

Saya berjanji dengan diri saya, walaupun suami tak dapat penuhi keperluan saya, saya berjanji untuk tidak tinggalkan dia kerana saya cintakan dia kerana Allah. Saya ingin jadi ketua bidadari dia di syurga.

Sedikit pengajaran untuk saya kongsikan dengan remaja di luar sana. Keseronokan itu sementara. Allah boleh tarik nikmat bila bila masa. Balasan Allah juga tak tunggu akhirat. Di dunia Allah dah tunjuk. Simpan dan jaga diri untuk kesejahteraan keluarga di masa hadapan.

Jangan jadi macam saya. Segala kemewahan yang ada tidak dapat beli bila Allah tarik nikmat.

Akhir kata pembaca tolong doakan kami berdua. Doakan suami pulih sedia kala dan kami bahagia dunia akhirat. Jika ada sebarang pandangan dan cadangan pembaca boleh kongsikan kerana saya betul betul sedih dan ingin membantu suami.

Yang berd0sa menharapkan keampunan -Mu,

Reaksi warganet

Menerusi tinjauan diruangan komen, kebanyakkan pembaca ternyata terkejut dengan luahan yang dikongsikan Puan Janna. Lihat apa kata pembaca.

Tulip Putih –Istidraj ni, melakukan d0sa tapi tetap Allah kurniakan kesenangan. Mula2 senang, tak pernah di uji jadi lupa nak bersyukur.

Sekarang ni bermulalah fasa ujian dan dugaan dalam hidup sis. Tempuhilah dugaan dengan tenang. Ujian yang datang merupakan satu tanda Allah menyayangi kita dan menghapuskan d0sa2 kita jika kita mampu bersabar.

Oya Alya –Allahuakbar, saya sedang melalui fasa kifarah yang lebih kurang sama. Masa bercinta kami memang tak pernah berziina, saya tak benarkan suami pegang tangan saya pun.

Tapi kami bercinta bagai nak rak, menghabiskan masa remaja dengan benda2 lagha. Bergayut dengan handphone bukan main lama. Kami kahwin atas dasar nak elakkan maksiiat. Allahu, niat tu sendiri sudah jauh menyimpang.

Apa yang saya hadapi sekarang, tiada lagi perasaan cinta di antara kami. Bahkan suami saya lebih tertarik dengan perempuan lain, berbicara manis dengan perempuan lain, namun tidak dengan isterinya.

Perasaan sayang atas dasar cinta manusia ini benar2 hanya sementara. Saya benar2 rasa kosong, dan masih terkontang kanting cuba suburkan rasa cinta hanya untuk Allah

Aisayaah Afrina Hamiza Rezuan –Yang penting confessor bertaubat dan kembali kepada agama. Ada ramai manusia yang buat d0sa tapi mati tak sempat pun bertaubat.

Perkahwinan bukan tentang nfsu semata. Selagi menjalankn tanggungjwab jaga anak2 pakai makan semua cukup. Lebih bagus dari dapat suami kaki pukul kaki judi kaki mabuk mat ddah.

Minta dan mohon pada Allah. Ujian untuk uji dan menaikkan darjat hambanya. Jangan putus asa. Banyakkan amalan sunat dan buat yang wajib jangan tinggal2. Ada manusia yang dapat ujian lagi teruk.

Paling dekat cncer pr0stat. Knser susah dan tipis untuk sembuh.

Liza Mahmud –Ada ustaz bagitau masa ceramah nak pergi haji yang taubat Nabi Adam a.s apabila dikeluarkan dari Syurga mengambil masa selama 40 tahun sebelum diterima.

Itu baharu melanggar arahan supaya jangan makan buah khuldi lalu dilucutkan pakaian Adam dan Hawa. Dan ujian terpisah sebelum bertemu semula di Jabal Rahmah ditempuhi dengan redha.

Kalau kita insan biasa rasanya mintalah Allah beri pertolongan sabar dan solat untuk. Redha melalui apa sahaja balasan hukumannya.

Muga dapat melupuskan d0sa2 lalu terutamanya d0sa2 ziina kecil dan besar, sengaja atau tak disengajakan, yang sedia ada dan akan datang, dan tiada azab yang lebih dahsyat di akhirat kelak.

Berharaplah dengan yakin, rendah hati dan tawakkal agar Allah menerima taubatnya. Baca doa Nabi Yunus a.s,

“ La ilaha illa anta Subha naka inni kuntu minazdolimin. Rabbana hablana zdolamna anfusana wa inllam taghfirlana watarhamna lanaku nanna minal khosirin”.

“Tiada Tuhan yang lain melainkan Mu Ya Allah yang. Maha Suci dan aku hamba Mu yang zalim. Wahai Tuhan yang. Maha Sempurna dan aku yang menzalimi diri sendiri, ampunilah aku, rahmatilah aku dan sekiranya tidak Engkau ampuni dan rahmati aku, maka termasuklah aku dalam. golongan orang2 yang rugi.”

InsyaAllah, Aameen.

Sumber – Puan JannaNik (Bukan nama sebenar) via iiumc.

Semoga menjadi ikhtibar dan pengajaran buat kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *