Kaki bengkak lps jatuh basikal. Tak tahan dgr rengetan, si ayah pijak pula kaki anak. Disahkan knser bila dibawa ke hospital

Tualr di laman sosial ketika ini, kisah memilukan seorang kanak kanak lelaki yang disahkan menghidap knser tulang.

Bermula daripada sakit akibat jatuh basikal, keadaannya semakin parah selepas kaki yang sakit dan bengkak telah dipijak pula oleh ayah kandungnya sendiri.

Menerusi perkongsian dari seorang wanita, perkongsian Cikta Usopkaran ini telah mendapat simpati dari ramai pembaca. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Kaki bengkak selepas jatuh basikal

Dulu adik ni seorang yang aktif. Mulanya berpunca dari jatuh basikal yang baru di beli oleh ayahnya. Selang 4 hari kaki mula membengkak tapi tidak dibawa ke hospital sebaliknya hanya mampu menyapu minyak angin panas sahaja.

Seminggu lepas itu mula bengkak tidak surut dan ayah nya menyuruh abang kandung uruntukan. Selepas diurut masih lagi membengkak.

Tak tahan dengar rengetan, Ayah pijak kaki

Setiap malam merenget kerana kesakitan. Tak tahan dek rengekan, ayahnya naik angin lalu dipijak kaki anaknya sendiri. Selepas dipijak si ibu terus menolak si ayahnya dan menyuruhnya membawa mereka ke hospital.

Tanpa dipeduli, atas desakan si ibu, ayahnya pula memukul si ibu. Takut dengan sikap suami sendiri, ibu terus berlari dengan membawa anak keluar dari rumah dan memohon bantuan jiran-jiran untuk dibawa ke hospital.

Sampai di hospital dia disahkan menghidap knser. Allahuakbar!

Doktor maklum tiada jalan kesembuhan

Dari situ la ada seorang hamba Allah memberi no telefon pada si ibu. Si ibu mohon rayuan pada saya untuk selamatkan dia dari suaminya dan mohon agar pihak JKM tak pisahkan mereka.

Atas naluri keibuan dalam diri, terus kes ini saya pegang setelah segalanya urusan selesai bersama pijak JKM. Saya bawa mereka ke rumah perlindungan demi keselamatan anakk dan isteri.

Kini dah 2 bulan mereka bersama, yang tak kuatnya pada hari ini doktor telah beritahu kami tiada jalan kesembuhan pada adik ini.

Walaupun bukan drah daging saya tapi saya tak pernah bezakan kasih sayang. Kami makan bersama, kami berkongsi suka duka bersama. Anak-anak tiada batas pergaulan. Masing-masing boleh suaikan diri.

Cuma adik Hafiz setiap kali sakit mesti akan nangis. Kadang tu tak kuat untuk si ibu menghadapinya. Dan juga tak kuat untuk saya menghadapinya. Urusan keluar masuk hospital segalanya saya uruskan. Dari awal hingga sekarang.

Lebih baik saya mati je

Dua hari lepas adik Hafiz beritahu tak tahan dan Mak Ita (saya). Lebih baik saya mati je. Terkejut saya tak semena-mena air mata jatuh. Mak Ita cakap Hafiz kena kuat sebab Allah bagi sakit ini dia sayang dekat Hafiz. Hafiz tengok saya terus diam sambil muka menahan sakit.

Terfikir di hati saya bagaimana perasaan emaknya. Besok mereka akan dihantar balik ke Perak untuk rawatan disini tapi doktor macam tak beri jaminan sama ada dia boleh terus melihat dunia atau tidak.

Doakan adik Hafiz

Sahabat Facebook saya, saya tahu saya pun manusia yang pernah membuat silap tatkala dalam membuat amal.

Saya juga sedar kadang-kadang kata saya ada yang menyinggung perasaan sahabat. Maafkan saya jika ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan cara saya tapi hari ini saya ingin semua doakan agar Hafiz diberikan kesembuhan dan doakan agar saya dan ibunya kuat menjaga adik Hafiz.

Semoga Allah mengangkat doa doa dari kita untuk adik Hafiz ini. Aminn..

#ciktatakkuat
#canserbone
#Doakanyangterbaik
#penengipoh

Reaksi warganet

Sesiapa pun pasti merasa sedih selepas membaca perkongsian ini. Rata ratanya turut serta mendoakan adik Hafiz diberikan kesembuhan dan tabah dengan ujian yang datang. Lihat apa kata pembaca.

Liyana Fadlina –Tak dapat bayangkan sakit adik ni. Saya pun pernah merasa anak sakit knser tapi sebagai adik perlukan sokongan bapa bukan dibuang begitu saja. Sabar ya dik moga sakit adik ni diangkat oleh Allah.

Hafizah Hamid –Anak saya sama wad dengan adik Hafis. Memang hari ni saya tak leh nak tahan dah air mata ni.

Bila dukung macam ni dia rasa lebih selesa sampai terlena. Saya dapat rasa betapa sakitnya dia sebab saya dulu pernah jagap aruwah mak yang kena knser paru2. Malam2 aruwah tak boleh tidur sebab sakit sangat.

Walaupun Dr tak bagi harapan, mohon doakan Allah kurangkan kesakitan dia dan diberi keajaiban untuk sembuh.

Tadi tengok dia dok gosok kaki yang sakit dengan kaki sebelah lagi. Lepas tu tangan dok gosok belakang.

Mungkin sakit bila tulang belakang terkena tilam. Sedih tak dapat jumpa dia esok. Tak dapat nak dukung dia lagi. Harap dapat jumpa lagi selepas ni.

Bibi Azlina Babjan –Semoga dipermudahkan urusan adik Hafiz dan diberikan kekuatan dalam melawan sakitnya.

Ummi Bibi tahu macamne peritnya bila sakit tu datang. Ummi Bibi pun dah lalui ape yang adik Hafiz lalui.

Semoga Allah kuatkanlah semangat Dan tabahkanlah hati adik hafiz. Ibu dan mak untuk melalui hari2 yang mendatang. Aamiin, mak ita kena kuat demi Hafiz dan ibunya

Syahida Ibrahim –Allah, peritnya derita yang adik hafiz tanggung.

Dengan sakitnya, mana lagi dengan keadaan keluarga yang macam tu. Dari sudut perubatan keadaan hafiz ibarat tiada harapan tpi kita smua jgn pernah putus asa, teruskan berdoa, kuasa Allah tiada tandingnya. Semoga hafiz diberi kekuatan untuk melawan penyakit dan terus bangkit untuk sembuh

Sumber : Cikta Usopkaran

Marilah kita sama sama doakan agar adik HafiZ. Semoga diberikan kesembuhan dan tabah menempuh ujian Nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *