Derita dan takutnya aku sebagai anak tak sah taraf. Berbinti kepada nama bapa tiri, pak sanggup ibu

Foto sekadar hiasan. Aku Nur. Seorang anak tak sah taraf. Namun, berbinti kepada nama bapa tiri (pak sanggup ibu).

Makanya, tiada sesiapa yang mengetahui status sebenar aku melainkan keluarga sebelah ibu. Mempunyai dua orang adik lelaki tiri pada hakikatnya.

Sejak kecil lagi, aku sudah maklum akan status aku sebagai anak tak sah taraf.

Tidak pernah walau sekalipun untuk aku bertanya kepada ibu mana ayah kandung kaklong. Seakan-akan aku memahami maksud anak tak sah taraf itu (dilahirkan sebelum adanya ikatan yang sah).

Melihat lagak muda ibu cukup membuatkan aku mengerti bagaimana aku boleh dilahirkan tanpa seorang ayah kandung (ibu seorang anak yang liar di zaman mudanya juga selepas bercerai dengan abah, pak sanggup ibu)

Dibesarkan dengan tokwan dan makcik-makcik menjadikan aku seorang anak yang berdikari dan matang.

Diberi didikan agama yang sempurna dan ilmu dunia yang baik sehingga aku berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dengan cemerlang.

Juga punya kerjaya yang baik, in shaa Allah. Semoga Allah merahmati arwah tokwan dan makcik-makcik aku.

Menginjak usia 26 tahun, dikelilingi dengan sahabat-dahabat yang mendirikan rumahtangga membuatkan aku menjadi tertekan bilamana ibu kerap bertanya,

“bila kaklong nak kawin, bila kaklong nak kawin”.

Apabila rakan-rakan mula bertanya, hanya senyum dan doa dipinta sambil selit lawak jenaka. Hakikatnya, pedih kenyataan hidup aku. Tak terluah kepada mereka walaupun sahabat baik kerana kita dikasut berbeza.

Jauh dilubuk hati, aku juga menginginkan hal yang sama tetapi status aku sebagai anak tak sah taraf menjadi penghalang besar bagi aku. Malu!

Aku malu dan takut dengan status aku sendiri. Bagaimana untuk aku nyatakan kepada bakal pasangan bahawa aku seorang anak luar nikah?

Bagaimana penerimaannya serta keluarganya?

Bagaimana untuk aku menjawab pertanyaan rakan-rakan dihari pernikahan apabila aku perlu menggunakan wali hakim padahal punya adik lelaki kandung (hakikatnya kami berlainan bapa walau berbinti/bin sama)?

Bagaimana jika bakal pasangan boleh menerima diawal perkahwinan tetapi mula mengungkit statusku ketika bergaduh?

Kerana itulah, aku sukar untuk berkawan secara serius dengan mana-mana lelaki. Aku membina satu tembok dalam sesuatu perhubungan yang baru.

Aku juga ingin bahagia seperti yang lain, tetapi aku takut.

Pernah suatu ketika, ibu berbicara sendirian dengan aku tentang status aku. Memohon maaf, menceritakan dari benih siapakah aku. Aku hanya diam mendengar dan mengangguk. Tiada sebarang balasan dan tangisan.

Diam aku kerana menahan sebak sakitnya menahan rindu pada belaian seorang ayah dari kecil, menahan sakitnya dilahirkan sebagai anak tak sah taraf. Tangisan yang aku pendamkan itu aku lepaskan di dalam bilik air dan diatas sejadah.

Berulangkali kata ibu, kaklong kawin dengan ustaz-ustaz atau orang belajar agama atau orang yang tidak punya keluarga in shaa Allah dia mesti boleh terima. Mudahnya ibu menutur.

Sakit nya dada setiapkali di akhir pertemuan dengan rakan-rakan, guru-guru atau makcik-makcik yang mendoakan aku dipertemukan dengan jodoh yang baik sedangkan aku dilahirkan daripada perhubungan haram. Kurangnya diri aku berbanding mereka.

Tak cukup rasanya dahi ini bersembam bumi. Rasa nak tanam kepala masuk ke bumi malu dengan diri sendiri tiapkali menangis mengadu kepada Allah.

Aku mohon kepada pembaca untuk mendoakan kemudahan urusan serta diberi kekuatan menempuh ujianNya. Doakan Nur.

Reaksi warganet

Luahan Nur mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Amirah Rasayaid –Allah, awak dilahirkan bersih, tanpa dosa dan noda. Kesalahan dibuat oleh mak awak. Tak de kaitan dengan awak. Aib awak tak perlu diberitahu. Biar antara awak dan Allah sahaja.

Emy Lea –Sebenarnyanye tak perlu takut apa2. Mulut manusia memang tak boleh tutup even awak sesiape pon takkan terlepas dari dikata orang. Jangan bagi orang pijak awak, mengata awak.

Walaupon kte berstatus macamtu, memang kite dah rase down dari awal lagi. Tapi kite jage je perlakuan kte. Inshaallah semua akan jadi baik2 je.

Actually kes awak ni kecil sahaja jika dibandingkan dengan saya. Mak awak baik sangat masih membela nasib awak tidak seperti saya yang tak pernah berjmpa dengan orang yang melahirkn saya. All the best ☺

Ratna Humaira –Jangan takut. Kenalan saya ada yang tak sah taraf juga. Dia mohon wali hakim dan mereka nikah di pejabat agama. Masa kenduri tu hari lain, masa ni baru jemput kawan-kawan. Tak ada siapa tahu pun status dia. Lagipun orang biasanya datang masa kenduri, nak makan. Masa nikah tu tak ada pun takpe.

Mohd Fauzli Elias –Ooo kes hampir sama macam kawan pompuan time belaja dulu. Insayaaallah setakat ni depa ok jek. Mentua dia pun tak da masalah dan dah taw daripada awai.

Tapi depa nikah di mekah dan buat majlis ringkas kat sana. Sampai sini kenduri lagi. Ujian dan dugaan ni juga adalah utk orang sekeliling. Terussskan idup!

Shafika Ilha Aretsas –Sebab awak umur 26 saya panggil awak sis ye. Sebab saya umur 23.

Saya senasib je dengan awak sis. Mula nya saya macam sis jugak. Rasa rendah diri, takut akan masa depan. Lelaki mana je nak terima diri saya ni.

Tapi alhamdulillah saya jumpa pasangan yang sayang dan faham saya dan keluarga mentua yang baik.

Masa urusan nikah, suami yang teman saya untuk urusan wali hakim. Pasangan yang baik akan terima kita seadanya dengan terima latar belakang keluarga kita.

Dengan syarat ,kita pun kena jaga akhlak kita sebagai seorang muslim. Sis jangan fikir sangat hal silam. Itu silap mak ayah kita. Kita tak boleh nak putarkan balik masa.

Kita je yang boleh ubah masa depan kita untuk jadi lebih baik. Kita ada hak untuk kebahagiaan kita sendiri.

Alhamdulillah. Sekarang saya bahagia dengan suami, anak2, keluarga dan keluarga mentua. Sentiasa doa dan fikir yang baik .

Siti Aisayaah –Pernah tengok 1 drama melayu. Tak ingat cerita apa. Nikah wali hakim senyap2. Hanya di ketahui oleh beberapa orang yang amanah.

Kemudian buat majlis nikah sekali lagi (nikah berlakon) depan sedara mara dengan si bapa menjadi wali. Buat macam ni sebab nak jaga aib pengantin perempuan. Nikah di pejabat agama. Surat nikah tu nanti bukan nk tunjuk kat semua orang kan.

Bukan salah kau, kalau orang lain tak boleh terima tu masalah dorang. Kau jadi orang baik, kau tak sakiti sesiapa. Orang tanak terima kau, dia yang rugi. Orang nak hina maki kau, dia yang rugi.

Kau tak rugi apa malah Allah angkat darjat kau lebih tinggi kalau kau sabar. And of course bukan mudah lalui semua tu. Semoga kau Kuat. Macam ustaz Ebit cakap, Allah sayang kau lebih.

Kahwin je dik, terus terang. Kalao dia boleh terima teroskan. Ramai pasangan berpisah di dunia ni. Dan ramai juga yang kekal bahagia. Jangan overthinking, buat yang terbaik dan tawakal. Allah permudahkan urusan kau ye. Amin yra.

Sumber – Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Semoga Nur kekal tabah dan urusannya dipermudahkan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *