Sejak duduk asrama, aku songsang. Aku nekad taubat, pilih utk kahwin. Bila suami PJJ, aku diuji lagi

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku tergerak nak tulis confession kat sini sebab terbaca confession seorang husband yang baru tahu isteri dia mempunyai hubungan songsang.

Boleh baca confession berkenaan di bawah:

Isteriku guru, kami PJJ. Baru ni rahsia isteri pecah. Rupanya dia songsang. Mengucap panjang bila nampak bukti dlm hp dan laptop nya

Kisah aku mempunyai persamaan, tetapi berbeza sedikit kerana aku bermujahadah dengan diri setiap hari.

Perasaan suka sesama jenis ini bermula semasa duduk di asrama semasa sekolah menengah. Aku merupakan atlit sekolah, aktif kokurikulum, pelajar cemerlang di sekolah.

Orang kata pakej aku lengkap, dengan paras rupa yang menarik dan susuk badan yang tinggi. Jadi ramai lah crush baik lelaki mau pun perempuan. Jadi di asrama, Bila tiba malam, tidur berpelukan seperti suami isteri tapi masih tidak melakukan lebih dr itu.

Bila masuk universiti, banyak benda baru yang berlaku. Baru start ada boyfriend, baru start belajar keluar malam, lepak sana sini.

Keluarga aku semua jenis biasa2 je, tak alim mana pun, tapi mak aku jenis yang mengongkong anak2. Dalam kena kongkong pun, sebab tak duduk sama, duduk kat asrama universiti so mak tak tahu pun apa aktiviti sebenar aku kat asrama.

Since aku kat asrama pun merupakan atlit, selalu la jumpa kawan2 baru. Nak dijadikan cerita, jumpa la seorang gadis yang berumur 10 tahun lebih tua dari aku. Dia merupakan insan yang mengajar aku hubungan songsang ni.

Dari hari ke hari dia cuba ambil hati aku, akhirnya aku tewas dengan godaan gadis ini. Breakoff dengan boyfriend, bercinta dengan ‘gadis’ ini bertahun lama nya. Orang sekeliling tidak tahu hubungan kami, mereka menganggap kami teman rapat sahaja.

Tetapi Allah swt tu Maha Mengetahui, Maha penyayang akan hamba2 Nya. Ketika sedang aku bercuti dengan ‘kekasih songsang’ ku ini, aku beritahu aku teringin berumah tangga dan mempunyai keluarga seperti orang lain.

Aku seolah2 menerima hidayah dari Allah, yang mungkin Tuhan ku ini tidak mahu aku hanyut lagi dalam d0sa2 ini.

Aku meminta Ayah aku mencarikan calon untuk ku memandangkan cycle kawan2 ku semua tak menepati ciri2 lelaki yang boleh jadi suami yang baik. Akhirnya Ayah aku kenalkan dengan seseorang dan aku diam2 berkenalan dan mengenal hati budinya.

Girlfriend aku dapat tahu tentang hubunganku dengan lelaki yang bakal aku kahwini ini, dia seperti tidak dapat menerima keputusan ku dan ada membuat percubaan mengelar tangan dengan harapan aku tidak berpisah dengannya.

Tapi Alhamdulillah, kawan2 yang ingin aku berubah banyak menolong settle kan problem tu dan akhirnya aku diijabkabulkan dengan suami ku.

Kini aku sudah berumahtangga hampir 10 tahun dengan suami ku dan mempunya 3 orang anak.

Suami ku seorang lelaki yang baik, penyabar dan bijak. Bukan seorang ustaz mahupun ahli masjid. Tetapi akhlaknya membuatkan aku tunduk patuh dengan kebaikan yang ada pada dirinya itu. Melayan aku setiap hari seperti seorang permaisuri.

Sejujurnya, kadang2 aku masih mempunyai perasaan songsang itu kerana syaiitan sentiasa mengambil kesempatan di atas kelemahan kita.

Untuk mengelakkan d0sa besar ini kembali, aku mendalami ilmu agama bersungguh-sungguh, aku mengelakkan atau mengecilkan kitaran kawan perempuan aku. Aku banyak spend time dengan keluarga dan adik beradik aku. Aku buang dunia luar, ubah penampilan, memakai niqab.

Tetapi kini aku diuji lagi dengan perasaan songsang ini. 2 tahun lepas aku start join on9 bisnes, kini on9 bisnes berkembang dan mempunyai beberapa orang ejen di bawah ku. Lebih memburukkan keadaan suami aku sudah masuk 4 tahun PJJ dengan ku kerana dihantar bekerja ke luar negara.

Beberapa bulan yang lepas hadir seorang ejen dibawah seliaan ku seorang wanita muda, anak baru seorang, yang pada asalnya memang berhubung hanya kerana bisnes.

Tetapi dari hari ke hari dia semakin kerap menghubungi aku, siap datang ke rumah aku, ajak aku berborak di talian sampai tengah malam. Macam orang bercinta.

Aku kadang2 hanyut juga dengan keseronokan ini, tapi itulah ujian yang sedang aku hadapi. Bermujahadah setiap hari dengan perasaan yang ‘sakit’ ini.

Apabila tersedar, aku cepat2 bertaubat dan berdoa agar jauhkan diri dari d0sa2 besar. Kerana aku yakin dan percaya, hanya kepada Allah dan agama shaja ‘jiwa’ yang tak betul ini boleh pulih.

Kepada wanita2 lain diluar sana, manja anda sila beri kepada suami anda sahaja. Jangan ditayang atau memberi sifat ‘caring’ anda yang lebih itu kepada orang lain. Anda tidak tahu sejarah orang yang anda ‘caring’ lebih itu.

Sedikit pesanan dari saya yang berd0sa ini, kepada adik2 gadis diluar sana, jangan mulakan dan terjebak dengan perasaan songsang ini. Kerana ia amatlah sukar untuk dikeluarkan dan dibaik pulih.

Ibu2 di luar sana, mari lah kita jaga anak2 gadis kita juga, kini bukan perlu dijaga dari kaum ajnabi sahaja, pergaulan dengan rakan2 perempuan mereka juga harus dijaga. Ambil tahu dengan siapa mereka berkawan.

Doakan saya sentiasa berada dijalan yang lurus. Amin Ya Rabbal A’lamin.

Reaksi warganet

Luahan wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Syamil Dinamik –Allahuakhbar. Puan bernasib baik kerana cepat tersedar dan ada dayausaha sendiri untuk kembali kepangkal jalan. Teruskan bermuhasabah diri. Sebaik2 perlindungan mintalah, mengadulh pada Allah kerana Dia maha mengetahui. Saya berdoa semoga puan sentiasa dalam redha Allah. Amin.

Jainatun Nain –Masa belajar di uni dulu, hub songsang dikalangan perempuan sentiasa ada je nampak depan mata. Semoga mereka diberi kekuatan Allah SWT untuk menghadapi ujian ini. Lain manusia, lain ujiannya.

Nur Syamimi –Dugaan PJJ. Elakkan lah PJJ, ergi duduk dengan suami gi. Puan diuji sebegini, suami pulak tak tahu diuji bagaimana. Semoga kita semua diberi kekuatan berjihad menentang hawa nfsu yang membawa kepada kemungkaran. Amin

Mohd Shahidan –Benarlah kata my wife, jangan caring lebih dengan perempuan, mudah cair, susah nanti..

Perempuan pun tak boleh nak caring lebih dengan perempuan kalau camni.

Persamaan adalah PJJ antara 2 kisah ni. So, cuba elakkan PJJ. Atau kena ada someone yang normal utk jaga mereka sementara.

Sumber – Sarimah (Bukan nama sebenar)

Usaah kita bertuankan nfsu. Semoga kita dijauhkan dari diuji sebegini rupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *