“Perginya Seperti Seorang Syahid”. Jari telunjuknya tegak, wajah seakan gembira dan tersenyum. Pemergiannya dicemburui

Tular perkongsian dari Ustaz Zamri, berkongsi kisah pemergian seorang lelaki yang pergi dalam keadaan yang dicemburui. Ikuti perkongsiannya dibawah.

PERGINYA SEPERTI SEORANG SYAHID..

Hari ini saya diberi kesempatan untuk menziarahi Keluarga Almarhum Hamidi Muhram yang sempat seketika bersama saya di Jordan dalam Program Umrah 3 Masjid..

Saya mendapat keizinan dari Keluarganya untuk memaparkan beberapa gambar-gambar Allahyarham sebagai satu ibrah yang hebat yang boleh dikongsikan kebaikkannya di dunia ini..

Saya sempat bersama Allahyarham ketika di Hospital, ketika beliau nazak seterusnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahuakbar..

Pada pemerhatian saya, Allahyarham telah dijemput seakan-akan seperti seorang syuhada’.

Lihat sahaja pada jarinya telunjuknya yang tegak yang hanya boleh dilihat pada mereka yang syahid sahaja.

Dan wajahnya seakan-akan gembira dan senyum kepada jemputan ini. Allah saya sangat mencemburui kematian ini. Ini juga tanda benarnya Allah mengampunkan D0sa-d0sa mereka yang melakukan umrah. Allah.

Rupanya amalannya di dunia begitu hebat tanpa perlu dikecoh-kecoh. Hanya Allah dan makhluk di langit sahaja mengetahuinya.

Beliau antara mereka yang berusaha menyiapkan Surau yang baru dibina di taman kediamannya di Taman Kanching Tun Teja. Beliau juga menguruskan peninggalan harta keluarga tanpa mengambil bahagian dari hasilnya.

Diserahkan kepada adik-beradik lain yang memerlukan. Sangat dermawan orangnya. Sempat mengeluarkan sikit kewangan untuk bantuan Syria kepada Mursyid Mantop Travel yang bertugas.

Rupanya inilah antara amalan-amalan di dunianya yang dilakukan dalam banyak yang tidak diketahui oleh kita.. Allah anugerahkan dengan kematian yang sangat dicemburui oleh sekelian mahkluk di Dunia ini.

Saya difahamkan oleh keluarga Allahyarham yang tiba di Jordan melihat pengebumian Allahyarham bahawa ramai Arab-arab di sana memarahi mereka bila mereka menangis. Mereka kata kepada Allahyarham adalah Syahid, kenapa kamu perlu menangis.. Allah..

Pergilah dikau dengan aman di sana sahabatku. Kami juga bakal menyusul kemudian ke sana juga. Moga kita bersama di syurga nanti..

Moga keluarga Allahyarham terus jadi penerus amalan yang hebat yang tidak terputus dari status kematian ini iaitu doa anak-anak yang soleh..

Benarnya wahai sahabatku, dikau telah mengotakan janji Rasulullah SAW bahawa,

“Janganlah kamu bersusah payah untuk melakukan satu-satu pemusafiran kecuali ke tiga masjid, Masjidil Haram, Masjid Rasulillah SAW dan Masjidil Aqsa”.

Dikau disaksikan oleh Allah dan Malaikatnya serta orang-orang beriman..

وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَٰكُمۡ أُمَّةٗ وَسَطٗا لِّتَكُونُواْ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدٗاۗ

Demikian itu kami telah jadikan kamu sebagai umat yang sederhana untuk menjadikan saksi/syuhada’ kepada manusia dan dalam masa yang yang sama dijadikan Rasul itu sebagai saksi ke atas amalan-amalan kamu..

االهم اغفرله وارحمه وعافيه واعف عنه..

Jom sedekah buatnya satu bacaan Al-fatihah.. Amin..

#PerginyaSeorangSyahid
#GengJalanUstazZamri
#MantopTravel

Reaksi warganet

Tinjauan di ruangan komen perkongsian Ustaz Zamri ini, sahabat dan isteri mendoakan aruwah disamping turut serta berkongsi pengalaman bersama aruwah sebelum itu. Lihat apa kata mereka.

Norraihan Yusuf –Sharmilla Muhram. Kematian yang dicemburui. Moga Allah ganjarkan syurga buat aruwah. Dan dikumpulkan kita semua di syurgaNya. Allahumma aaminnn.

Hamidah Dapi –Allahuakhbar. Berbahagia lah roh aruwah, tak sangka malam waktu ustaz Nuruddin suap kan aruwah kek birthday tu, aruwah nampak sihat jer masa tu. Saya group sama pi umrah Palestine dengan aruwah.. Tapi aruwah tak sempat ke Masjidil Aqsa😭😭😭

Sis Mala Rahman –Semoga abang tenang di sana. Betul lah kematian yang di cemburui. Abang selalu cakap nak mati shahid di bumi ambia dan mati dalam bersedekah. Alhamdulillah abang dapat ke dua2nya.

Moga Mala dengan anak2 jiwa tenang dan redha dan anak2 kita menjadi anak2 yang soleh dan soleha seperti doa abang yang terakhir sebelum abang pergi menghadap ilahi.

Alfatihah (dengan bacaan buat suami ku tercinta.. Hamidi muhram) aamiin😭😭

Muzamil Yazid Ma’az-Innalillahiwainnailaihirojiun
Saya berkesempatan bersama Aruwah dipermulaan perjalanan.

Sama2 tiba diairport Madinah. Sama2 Solat Jamak Maghrib-Isya di MasjidilNabawi. Kemudian sama2 berpeluang masuk keRaudhah.

Katil sebelah2 di hotel Madinah. Shopping di Madinah selepas solat Isya di Masjidil Nabawi. Sempat makan nasi arab dikedai.

Di Makkah, selepas mengerjakan umrah pertama, kami sama2 berdua minum teh sementara menunggu waktu Subuh. Tapi di Makkah, kami berpisah sementara sebab hotel berlainan.

Di Amman dan Jerusalem kami sepatutnya berkongsi bilik. Tapi Aruwah pergi dahulu dimalam pertama kami di Amman. Saya lewat kehospital, sampai saja dihospital, aruwah dah pergi.

Aruwah seorang yang baik, seronok berbual2 dengannya. Masa tu saya melihat Aruwah sebagai sahabat baru yang akan disambung persahabatan bila pulang ke tanahair.
Tapi Allah lebih menyayanginya. AlFatihah

Sumber : Ustaz Zamri

Semoga roh aruwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *