Bayi ‘hilang’ dalam kandungan selepas suami langgar ‘musang’. Netizen tampil dengan penjelasan munasabah

Tular di laman sosial, perkongsian dari seorang lelaki yang terkejut selepas mendapati byi dalam kandungan isterinya dipercayai ‘hilang’ selepas terlanggar ‘musang’ sebelum itu.

Berkongsi kesedihan di laman sosial, disamping memberi peringatan kepada warganet, perkongsiannya turut menjadi pendebatan dikalangan pembaca.

Lihat perkongsian nya yang tular dibawah.

Selamat jalan anak ayah. Maafkan ayah nak. Kerana umur mu tak panjang, sepatutnya adik dah 3 bulan cukup sifat, semalam adik ada lagi dalam perut ibu. Tetapi hari ni pergi scan, adik dah takda. Nyawa adik dengan jasad-jasad sekali sudah di ambil sebagai pengganti.

Minggu lepas, hari Ahad malam dalam pukul 9, masa balik dari Paka, ada sekor musang langgar kereta aku, aku tak sempat nak mengelak, terus gilis, bila aku pusing balik sebab nak tengok musang tu hidup ke mati.

Tapi musang tu dah tak ada dari tempat tu. Pelik pon ada time tu, bila sampai rumah terus cite dekat wife yang aku ni gilis musang.

Dan hari keesokan tu (Isnin) pergi klinik nak buat buku pregnant, tapi pulang dengan kecewa, sebab doctor bagitau baby tak ada. Okey kami cuba positifkan benda ni maybe tak nampak lagi kot, masa tu kami tak tahu pon benda ni berkait dengan musang aku langgar tu.

Then ada lah akak member wife aku bagitau, yang wife aku sekarang (minggu lepas) memang mengandung, tapi ada sesuatu yang sorok baby tu sebab tu bila scan dekat klinik, baby tak nampak, kemudian member wife aku suruh jumpa orang yang pakar bab-bab boleh tengok benda-benda mistik ni,

So semalam (Jumaat) aku balik rumah mak mertua aku, kebetulan join rombongan member tunang so, akak member wife aku memerhati wife aku tiba-tiba dia sebak sedih sebab dia tengok baby tu ada lagi, cuma benda tu still sorok baby tu.

So malam tadi, akak member wife aku tu, call wife aku, dia suruh wife aku tanya

“ada langgar apa-apa tak?” (akak member aku boleh rasa yang aku ni ada langgar sesuatu).

So dia kata kalau ada, pergi rumah dia malam ni. So aku dengan wife aku pergi lah dengan perasaan berdebar kan. Aku cite lah dari A-Z, yang aku ni ada langgar musang, dorang terkejut, dorang terus rasa terkejut, dorang bagitau yang aku langgar tu, bukan musang.

Tetapi, ia sesuatu makhluk yang menyerupai musang. So benda yang selindung baby dalam kandungan wife aku tu lah dia tengah nazak, sebab aku langgar dia, so dia tuntut balik nyawa anak aku sebagai pengganti.

Ni gambar keputusan scan hari ni sebab ustaz suruh pergi scan sebab semalam dah minum air tawar, tapi baby dah tak ada, dia dah ambil sebagai pengganti. Ni aku ada cite serba sedikit apa yang berlaku, harap menjadi pengajaran dari kisah ni untuk para bakal jadi ibu bapa esok-esok.

Reaksi warganet

Perkongsian dari lelaki ini mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Malah, ada yang turut serta berkongsi pengalaman mereka sendiri. Lihat apa kata mereka.

Cik Miaa –Kakak ipar saya 4x anak hilang. Perut dah besar tiap2 bulan scan, last2 tak de. Memang jumpa ustaz pun ,ustaz cakap ada benda ambik.

Last pregnant memang masuk bilik dah nak brsalin, baby tak de pun dalam perut. Doc pun terkejut, kena percaya jugak benda2 macamni. Semoga kita dijauhi dari benda tak baik.

Intan Dalily –Memang ada. Dulu kat kampung saya pun ada makcik tu pregnant dah dekat nak bersalin. Pergi menoreh getah dengan suami dia, lepas tu pergi scan baby dah takde dalam perut. Ada yang kata bunian ambil.

Khairul Nisa –Saya yang pernah ngandung ni pon pernah mimpi benda yang tak elok. Rupa nya benda to dok teringin.. Pergi berubat memang ada tapi ustaz datang rumah. Dia masuk je rumah saya tengok benda to duduk dekat tangga bilik saya. Mak saya tengah tido sedar sedar kol 4 pagi. Tengok benda to duduk dekat atas kepala saya. Tapi rupa dia macam saya.

Dellysha Esmeralda –Sama kisah macam saya haritu. Waktu first mengandung langgar burung gagak dan hmpir kena laggar dengan keta lain.. Waktu kndungan nak cecah 14 mnggu saya kguguran.

Mula2 scan ada dengupan jantung. Nak scan lain bulan terus bby tkda dgupan lagi dan doktor cakap bby masih kecil mungkin sebab tu tak dapat scan. Saya pelik, sedangkan kandungan dah scan ada dengupan dan size diorang pulak cakap mungkin salah tarikh. Pergi private then trus refer hospital but bby dah tak de.. Sdeh..

Alba Kamaruddin –Sebaiknya kita jangan terlalu taksub dengan kjadian yang tak da kena mengena langsung antara ketentuan Allah dan musang yang dmaksudkan tu. Sebenar2 kejadian mungkin hanya kebetulan, anak adalah anugerah Allah.

Jika Allah nak ambilnya tak kire la kita trlanggar ape2 binatang ke atau ape2 kjadian ke itu takde kene mngena dengan khilangan anak dalam kandungan. Bimbang kita trkeluar akidah jika percaya benda2 yang sebegitu. Peringatan buat diri sya jgk.

Malik Mikael –Ni saya bgtau punca dia. Yang saya belajar, jin punya angakara. Iaitu perjanjian tuk nenek moyang empunya ibu bayi ni. Aku bagi contoh, tuk nenek dia meminta bantuan jin dalam urusan tertentu. Jin akan meminta habuanya sebagai ganti.

Dan tok nenek kita terdahulu akan bagitau, hang ambik lah cucu cicit aku keturunan aku yang ke 8. Maka bila sampai keturunan ke lapan, jin tu akan datang ambik apa yang dijanjikan oleh tok nenek moyang kita. Adik saya perawat islam, banyak dah kes jadi macam ni.

Dincanai –Sabar dan berdoa mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya apa yang berlaku itu hanyalah penyebab sahaja selebihnya hanya Allah yang maha mengetahuinya. Jangan fikir terlalu jauh takut kita jadi syirik.

Tampil dengan penjelasan ‘scientific’

Mohamad Dhiyauddin –Memang synonym dengan orang melayu, kantung kosong je kene sorok hantu atau jin 🤦🏻‍♂️.

Dalam satu dunia, memang sering keadaan ini terjadi, dipanggil Blighted Ovum. Dan ia adalah sebab utama berlakunya keguguran.

Banyak kajian scientific telah membuktikan keadaan ini, dimana ada kecacatan pada ovum dan sperm yang disenyawakan. Dan terhasilnya kantung kosong.

Perkara ini berlaku bukan di Malaysia saja, tapi seluruh dunia. Tak kan semua disorok hantu. Saya sebagai orang Islam , tidak menafikan wujudnya alam ghaib.

Tapi banyak sangat orang melayu kita asyik nak mempercayai dan kaitkan semua benda yang berlaku ada kene mengena dengan alam mistik dan hantu. Langar ayam, langgar biawak lah. Takut takut boleh bawak pada syirik🤦🏻‍♂️. Cuba banykkn membaca wahai bangsaku, boleh google BLIGHTED OVUM.

Sumber : M Ikmal Bin Mohd

Takziah diucapkan kepada keluarga M Ikmal. Semoga isteri dan keluarganya tabah diatas ujian yang dihadapi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *