Gadis ‘dirakam’ ketika gunakan tandas kedai makan. Suspek bermatian nafi merakam. Nekad buat laporan, tetapi kecewe akhirnya

Tular di laman sosial, perkongsian dari seorang gadis yang telah ‘diintai’ semasa berada di tandas sebuah kedai makan di Alor Setar.

Selepas perbuatan si pelaku terbongkar, bermatian si pelaku menafikannya dan mengelak untuk menyerahkan henfonnya sebelum ‘lari’ dan hanya muncul 2 jam selepas itu.

Berang kerana tiada bukti gamabar/video (disyaki dipadamkan), gadis ini nekad membuat laporan polis. Namun kecewe juga kerana dimaklumkan siasatan lanjut tidak dapst dijalankan kerana ‘tiada bukti’. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Tarikh: 13/12/19 lebih kurang pukul 6 petang.

Lokasi: Kedai makan di Alor Setar (dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu).

Kronologi kejadian:

Habis kerja, aku dan rakan-rakan sekerja pergi minum dekat satu kedai ni. Memang selalu pergi kedai ni tapi tak pernah guna toilet dia. Cuma semalam aku rasa nak guna toilet dia dekat dalam kedai tu. Dalam tu ada sebelah kiri bilik air, sebelah kanan tandas. Sebelah menyebelah. Toilet kotor, geli nak guna tapi terpaksa.

Masa aku tengah guna toilet, aku dengar ada orang masuk bilik air sebelah. Tapi senyap tak ada bunyi air atau apa. Masa tu dah rasa tak sedap hati. Ada instinct something is wrong. Aku terdetik hati nak angkat kepala tengok atas ceiling tandas. Berderau drah aku!

Terang-terang nampak phone warna merah dekat dinding pembahagi tandas tu dan kamera betul-betul menghala ke arah aku. I was shaking. Aku tak tahu nak buat apa.

Aku cuba nak capai phone tu tapi tak sampai. Aku buka pintu tandas dan aku perasan pintu bilik air sebelah tu berkunci. Masa aku masuk tandas awal-awal tu, bilik air tak ada orang.

Tiba-tiba ada seorang budak lelaki ni datang dan dia nak masuk toilet. Aku minta tolong dia,

“Dik, boleh tolong ambik tak phone warna merah atas dinding tu? Akak rasa ada orang rakam. Akak tak dapat capai.”

“Takdak pun kak. Mana ada phone pun.”

“Eh takkan takdak. Akak nampak ada phone tadi.”

Bila check balik, memang tiada. 5 saat lepas tu, ada seorang budak lelaki ni keluar dari bilik air. Aku terus ATTACK!

“Wei, hang dok buat apa dalam tu? Hang dok rakam orang dalam toilet ke? Mai nak tengok phone hang!”

He kept insisting,

“Mana ada kak. Saya takdak bawa phone pun.”

Budak tu muka memang cuak. Dia cepat-cepat nak lari. (Anyway, budak laki yang masuk toilet tadi buat tak tahu ja dekat kami walaupun dia nampak aku perlukan pertolongan).

Aku tinggikan suara memang marah.

“Mai nak tengok phone! Kenapa hang gelabah. Kenapa hang sembunyi phone hang?”

Dia tetap tak mengaku. Dia cuba nak lari. Dia kata dia nak kena pergi hospital melawat mak dia sakit.

“Aku tak kira. Habis hang masuk bilik air tadi buat apa?”

“Saya ambik air sembahyang.”

“Hang bohong! Aku tak dengar bunyi air pun?!”

“Air takdak kak. Pastu saya tukar baju.”

“Alasan bodoh apa hang bagi ni! Sekejap ambik air sembahyang, sekejap tukar baju. Mai aku nak check phone hang. Bagi sini!”

Lepastu ada seorang pak cik ni datang, dia pekerja kedai tu.

“Pakcik, tolong saya! Dia rakam video saya dalam toilet! Lepastu dia tak mengaku. Minta phone dia tak bagi. Kalau dia tak salah, kenapa dia nak sembunyi?!”

Pakcik tu senyap. Blur.

“Pakcik, tolong pegang dia. Saya tak nak dia lari. Tolong check poket dia. Saya tak nak pegang dia. Saya geli. Jijik.”

Pakcik tu senyap. Dia tengok ja.

“Pakcik! Kalau saya anak perempuan pak cik, takkan pakcik nak tengok ja. Pak cik tolong la saya, tolong pegang dan check budak ni!”

Pakcik tu masih senyap. Tak bergerak. Tak buat apa-apa. Budak tu sempat lari! Ah sudah.

“Pak cik kenal ke dia siapa? Pekerja sini ke?”

“Ya pekerja sini.”

“Siapa nama dia? Saya nak pergi report dekat manager atau boss kedai ni!”

“Rasanya nama dia Am. Boss ada dekat cashier.”

(Jujurnya aku sangat kecewa dengan budak lelaki yang nak masuk toilet tu dengan pak cik tu. Berdiam diri tak buat apa-apa. Lepastu sambung kerja macam biasa.)

Lepastu aku pergi jumpa boss kedai. Memang shaking from anger and menangis kuat la. Satu kedai tengok. Boss tu terus start motor pergi cari budak Am tu.

Si Am bo**h tu lari. Salah sorang majikan dia (Kak A) boleh pulak defend dia kata si Am tu tak mcm tu. Kata kenal lama. Tak percaya dia buat mcm tu.

“Ok sekarang ni kak, takkan saya nak buat cerita? Kenapa dia lari kalau dia tak buat salah?”

“Sebenarnya kak tahu memang phone dia warna merah. Kak pernah nampak phone dia atas dinding tu juga sebelum ni. Tapi kak tak percaya dia ambik video.”

“Ya Allah kak, takkan dia saja-saja nak letak phone atas tu? Kalau nak letak situ, dia kena panjat kerusi. Tak logik kak. Kak kenapa defend dia? Takkan kak tak rasa malu kalau tengok-tengok selama ni memang dah lama dia buat kerja ni? Silap-silap video kak pun ada!”

Ok long story short, aku dan kawan-kawan standby dekat kedai nak tunggu si Am ni. Dia tak berani. Geng-geng kedai call dia tapi dia tak angkat. Orang sekeliling nasihat aku untuk settle cara baik dengan si Am ni kalau dia mengaku. Jangan report polis.

After about two hours, si Am munculkan diri. Dia mti-mti tak mengaku. Bersumpah demi Allah, demi mak dia yang sakit, macam-macam lagi. Tetap tak mengaku. Dia bagi phone dia untuk kami check, memang apa-apa bukti tak ada. Dah delete.

Of course lah, dalam masa dua jam dia lari tu macam-macam dia boleh buat. Delete semua bukti. Bab sebarkan tu wallahualam, tak dapat trace. Dia betul-betul kata dia tak bersalah kononnya.

Ok, fine. Aku ada point last. Ni memang aku elak nak guna tapi kalau berdalih mcm ni, aku terpaksa.

“Aku tahu hang hisap ddah. Orang kedai ni habaq. Hang guna bilik air tu untuk hisap ddah juga kan? Kalau hang tak mengaku, aku report polis! Hang kena lagi teruk! Dengan kedai-kedai pun kena sekali. Jadi port pekerja hisap ddah.”

Muka dia terus berubah. Jackpot! Sekejap ja terus mengaku. Dia mengaku dia salah. Dia minta maaf. Kat situ ada 7 orang saksi yang dengar pengakuan bersalah dia. Dia ingat dia boleh lepas. Settle cara baik. Jangan report polis. Sorry to say, he”s battling with a wrong person.

Kes tak selesai begitu saja lepas dia buat pengakuan. Dia ingat lepas dia mengaku dan minta maaf, aku akan biar kes ni senyap macam tu saja atas dasar kesian. Bagi alasan dia orang susah, mak sakit tenat kat hospital.

Sorang pakcik yang side belah tauke kedai pun kata kalau aku proceed dengan laporan, akan jadi panjang. Silap2 tak boleh dakwa pun sebab tak ada bukti kukuh dan budak Am tu boleh tukar statement kata tak bersalah depan polis.

FYI, pakcik tu polis pencen. Dia kata baik jangan report. Aku macam what??? Ni mesti nak jaga kepentingan kedai sebab takut bisnes dia lingkup. Selfish bast***.

Aku tak ada kompromi. Aku dah warning, REPORT TETAP REPORT! BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!

Tapi aku tak terus report malam tu. Aku serabut, aku confused. For them, kes dah settle sebab si Am bodoh dah minta maaf. Tapi phone dia kami pegang. Sebab nak check dekat kedai atau serah dekat polis untuk cari bahan bukti.

Malam tu aku memang physically and mentally exhausted. Aku pun cakap nak balik rumah sebab aku kena drive sorang2 balik Kuala Nerang. Dalam 45 minit dari Alor Setar. Aku plan esok pagi aku nak pergi report polis.

Next day, aku pergi buat laporan polis. Polis cakap atas dasar apa nak report? Aku cakap nak cover diri takut dia buat ugutan atau sebar video atau gambar. Pastu aku serah phone Am tu dekat polis untuk dia buat further investigation. Nak cari bahan bukti untuk pendakwaan.

Untuk siapa2 yang pernah buat laporan polis, lepas lapor kita akan kena masuk bilik siasatan kan? For my case, takdak pun. Polis yang ambil laporan tu call Sarjan B dan cakap aku nak proceed untuk siasatan. Tak jumpa depan2, cakap dalam telefon sahaja.

“Kamu buat laporan apa?”

“Laporan kes orang rakam dalam tandas malam tadi. Budak tu mengaku dan phone dia ada dekat saya. Saya nak serah dekat pihak polis.”

“Kenapa kamu tak call polis terus? Kenapa tunggu hari ni baru report?”

“Saya bukan hadap benda ni hari2. Semalam saya serabut, travma. Orang sekeliling minta settle cara baik tapi saya masih nak report polis. Sebab tu saya mai report juga hari ni.”

“Kamu ada bukti?”

“Phone dia ada dekat saya. Dah check dan tak ada gambar atau video. Dia dah delete. Tapi dia memang mengaku salah. Ada ramai saksi yang dengar pengakuan dia.”

“Kamu tak ada bukti. Lagi satu, kamu buat tindakan sendiri. Saya anggap kes ni selesai sendiri.”

“Tapi saya ada phone dia. Tujuan saya datang report ni sebab saya nak polis buat siasatan cari bukti dalam phone dia. Polis ada software yang boleh retrieve data walaupun dah delete kan?”

“Saya tak boleh buat macam tu sebab tak ada bukti.”

Aku dah mula hilang sabar…

“SEBAB TU SAYA BAGI PHONE DEKAT POLIS. SEBAB POLIS YG BOLEH CHECK ADA BUKTI KA TAK DALAM TU.”

“Benda ni banyak procedure. Saya tak ada kuasa buat semua tu.”

Aku cuba sabar lagi…

“Ok baik sekarang ni, kalau saya tak boleh proceed dengan dakwaan, saya ada nombor dia. Boleh encik tolong check nama penuh dan i.c dia sebab saya nak nama dia masuk dalam rekod polis. Kalau masa depan dia buat lagi, nama dia dah ada dalam rekod.”

“Saya tak boleh buat macam tu. Kena deal dengan Telco. Banyak procedure. Lagipun tak ada bukti.”

Aku cuba sabar lagi..

“Jadi sekarang nama dia pun encik takkan cari dan nama dia pun encik tak masukkan dalam rekod polis la? Takkan sampai macam tu.”

“Ya, saya tak boleh buat apa2. Takpa, tinggalkan phone tu dekat balai. Bergantung dekat saya nak buat siasatan ka tak.”

Berdesing telinga aku…

Aku tak mau buat scene dekat balai. I tried to remain composed sebab tak pasal2 aku pulak kena masuk jail.

Aku dah fedup. Aku cakap terima kasih dekat Sarjan B tu pastu aku collect report and terus blah dari balai. Kecewa. Sangat2 kecewa. Tindakan satu apa pun takdak 😪😪😪

Balik dari balai polis, aku cuba contact abang kepada si Am ni. Aku nak family dia tau pasal kes ni dan minta maaf dekat aku. Bukan buat taktau saja. The least they can do is apologise! Report polis pun tak ada tindakan. Sangat tak fair.

Aku WhatsApp, dia blueticked. Aku call, tak angkat. Nampak sangat nak lepas tangan. Aku cakap aku tau pasal mak dia sakit. Pastu baru dia reply, kata kenapa nak libatkan mak ayah dia?

“GERAM WEH. MINTA MAAF SATU PUN TAK. DIA BLAME AKU PULAK.”

Aku cakap aku dengan abang aku nak jumpa family dia. Nak depa minta maaf depan2. Dia senyap. Sampai ke sudah tak balas. Allahu, God gives me strength 😭 Dah cukup baik nama dia tak ada dalam report. Dasar pentingkan diri, rasa bersalah sikit pun takdak.

Entahlah, aku dah cuba fight tapi benda ni bukan mudah. Mentaliti orang bawah sampai atasan semua sama, low class. Susah.

Niat aku share pengalaman aku ni bukan untuk minta perhatian, tapi aku nak masyarakat buka mata dan aware dengan isu ni. It can happen to anyone.

Nasihat aku:

1- Kalau berlaku kejadian macam ni. TERUS CALL POLIS. Biar polis yang settle. Jangan buat tindakan sendiri. Jangan dengar cakap orang suruh settle tepi. Jangan guna kekerasan. JANGAN. Kita guna jalan undang-undang.

2- Perempuan kena BERANI. Jangan malu untuk bersuara. Kita ada hak terutamanya yang berkaitan dengan maruah diri kita. BERANI KERANA BENAR. Report, jangan biar!

3- Pihak atasan tolonglah buat tindakan. Kalau authority pun senyap, apa nasib kita? Honestly, aku SANGAT2 KECEWA.

4- Masyarakat kena buka mata. Don”t be too ignorant. Jangan tengok saja. Lagi teruk, jangan nak halang kebenaran sebab nak jaga periuk nasi sendiri. Tak mahu bertanggungjawab langsung.

5- Last but not least, semua orang ada peranan masing2. Perempuan perlu lebih berhati-hati. So many disgusting perverts out there. Yang lelaki pun, tolonglah jadi pelindung wanita. Take this as a lesson. Harap semua boleh ambil pengajaran..

Sumber: Facebook Yasmin Ilyas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *