Part 2. Terbaca wasap ayah dgn mama. Ayah terkilan, adik dilahirkan cacat. Ayah cakap ibu dah tua, spatutnya tak beranak dah

Setahun lepas mama bersalin anak ke-4. Ayah ambil motosikal besar, saya tidak tahu bagaimana urusan dia, samada dia beli dikedai atau sambung bayar, saya memang tidak tahu. Yang saya tahu, ayah sangat berlagak dapat naik motor besar itu.

Yelah, parti tu selalu buat konvoi merata-rata. Ayah kadang-kadang berkhidmat sebagai marshall jika parti ada membuat program. Naik motor besar lagi nampak hebat berbanding naik kapchai kan, biar papa asal bergaya. Bulanan motor tu hampir RM500 sebulan.

Lipstick memang tak pakai, muka pun kusam, agaknya pencuci muka/bedak pun ayah tak sediakan. Anak-anak mama, memang lagilah tak terurus, langsung baju seluar ikut pakai je, mama tak sempat nak peduli, sebab kelahiran anak-anak mama setiap tahun.

Ibu nampak jauh lebih cantik sebab abang-abang lengkap kan keperluan ibu, duit yang abang beri, saya akan beli keperluan saya dan ibu. Kami selalu ada baju dan tudung baru. .

Elektrik rumah mama di sambung dan berkongsi meter dengan rumah kami, segala keperluan elektrik rumah mama, semua ditanggung oleh abang-abang, bil bulanan mencapai juga kadang-kadang Rm200-300 sebulan.

Mama memang takkan pernah bayar, ayah jauh sekali untuk bertanya. Ayah hanya tumpu belanja mkan rumah mama, rumah kami memang ayah tidak pernah jenguk, yang ayah tahu, giliran balik rumah ibu, ayah akan mkan sahaja.

Sejak ayah berkahwin dengan mama, telah lama ibu berhenti meminta wang dari ayah, macam yang saya bagitahu, ibu saya ni baik orangnya, ibu cakap biarlah keperluan mama didahulukan, sebab ibu dah ada anak-anak lelaki ibu yang bantu.

Saya kadang-kadang terasa juga dengan sikap ibu, membiarkan sangat perangai ayah sebegitu, sehinggakan abang-abang menjadi mangsa, diusia muda sudah berhenti sekolah, duit yang seharusnya dsimpan untuk berkahwin, diguna belanja untuk adik beradik.

Adik beradik tiri saya tidak berd0sa, kalau mereka susah, adalah kerana ayah saya yang tidak bertangungjawab, saya selalu dipesan abang-abang untuk bertanya perihal adik-adik jika mereka tidak cukup belanja sekolah, namun adik-adik tiri saya bagus didikan mama pada diorang semua, walaupun susah, tidak meminta-minta, hanya mkan bila dipelawa.

Lagi-lagi anak mama yang sulung ni, usia baru 10 tahun, tapi sudah pandai berdikari. Bijak tak seperti budak-budak sebayanya. Sudah pandai mencari duit poket dengan meniaga kecil-kecil disekolah jual kerepek. Sering tanya khabar mereka, saya bimbang mereka juga terpaksa melalui zaman kanak-kanak seperti kami.

Diusia semuda dia, dia seharusnya tidak perlu bersusahan untuk mencari wang, sekarang susudah Ramadhan pun, dia masih berniaga waktu petang didepan rumah, menjual kerepek, air dan goreng pisang dengan mama.

Ya Allah, panjangnya kisah saya, maafkan adik ye kakak2 sekalian, adik hanya ingin meluahkan perasaan, saya kasihan kan ibu, kasihankan mama, abang-abang, adik-adik dan adik tiri saya, kami hidup susah sememangnya Allah telah tetapkan.

Cuma perilaku ayah lagi memburukkan keadaan, ayah menjaga hubungan dengan Allah, sentiasa ke masjid, tetapi amanah dan tangungjawab terutamanya kami anak2 dia ni, Allah sahaja yang tahu, dan biar Allah sahaja yang membalasnya, sebelum terpanggil untuk saya menulis disini, saya hanya mampu menulis dlm buku diari.

Ingin meluahkan pada kawan-kawan tidak sesekali, (saya tidak akan membuka aib keluarga saya), hanya Allah sahaja tempat saya mengadu.

Kalau ingin bangun solat lewat malam, didalam bilik, ada adik lelaki yang tidur beralaskan toto, diluar pula, abang-abang bergelimpangan tidur, kadang-kadang saya bersolat diruang dapur disebelah katil 2 tingkat itu. Saya bersyukur Allah kurniakan saya kehidupan yang baik, walau tidak sempurna, tapi saya gembira.

Panjang kan kisah saya, belum habis lagi, buat pengetahuan semua. Tahun ini, bulan Julai 2019 yang lalu, mama telah pon selamat melahirkan anak yang ke 5, ibu saya pula melahirkan anak yang ke-11.

Ibua 11 orang + 5 orang, adik beradik kami semua ada 16 orang, 2 perempuan, 14 orang lelaki. Pandai ayah kami buat anak. Lahir si bongsu anak mama ni, ayah pos dalam facebook, (ayah saya ada facebook), lahirnya pejuang agama yang bakal berjuang dijalan Allah swt.

“Dasar penunggang agama”

Eii pakcik.. nak anak ramai takde salahnya.. tapi kamu mampukah?

Ayah? Ayah sibuk tabur benih tanpa henti.

Semoga apa yang saya tulis disini biarlah habis disini, dapatlah saya meluahkan perasaan yang terbuku sekian lama. Penat dah saya menghadapi situasi berulang-ulang, saya perempuan yang sudah dewasa. Tapi masih lagi selalu tidak cukup mkan, selalu terpaksa mengalah untuk adik-adik mkan dahulu. Selalu perlu berfikir jika ada kemahuan yang diperlukan, kadang-kadang keperluan sekolah saya abaikan.

Orang selalu cerita, zaman dulu, mkan nasi dengan garam, zaman dulu lagi susah. Ye betul, saya tak nafikan, zaman dahulu ramai oang yang hidup susah. Ibuan berulamkan air dan garam, tapi itu zaman dulu, zaman dahulu, zaman ibu ayah kita semua masih budak-budak.

Tapi kalau zaman sekarang masih susah juga, seperti keluarga kami ni, kalau ada mkanan, sekali hidang sahaja dah habis ibarat kais pagi mkan pagi, kais petang mkan petang, bermakna kami ni memang susah. Belum lah sampai tahap nak mkan nasi dengan air garam. Cuma lauk ikan bilis keras dan ikan masin tu perkara biasa.

Abang2 saya semua tiada sijil SPM apatah lagi nak sambung belajar untuk mencari peluang kerja yang lebih baik. Mereka semua berhenti sebelum sempat menduduki peperiksaan SPM.

Oleh kerana ibu tidak mampu untuk membayar segala yuran sekolah dan peperiksaan, mereka berhenti sekolah dengan rela hati tanpa mengungkitnya sehingga kehari ini. Ibu tidak memaksa, bila mereka ingin berhenti, ibu tak berdaya untuk menghalang. Mereka tidak sanggup untuk bebankan ibu kerana dahulu ibu menjual kuih dihantar kekedai mkan untuk tampung kami sekolah.

Buat masa ni, hanya sayalah yang mampu bertahan sehingga SPM, itu pun sebab Along, De dan Chik berkeras dan bejanji akan usahakan wang sehingga saya habis SPM dan sambung belajar. Dan mereka menunaikan janji tanpa culas sehingga hari ini. Hanya Allah swt sahajalah yang lebih tahu kemuliaan hati abang-abang saya. Moga menjadi asbab mereka ke syurga. Amin.

Makan buah rambutan pula kena menyorok, jangan sampai ibu tahu, nanti kena bedal, biasa kena bedal dah sejak dari kecil, sebab selalu ikut abang-abang pergi mencuri buah dikebun orang. Buah betik, pulasan, durian, duku, ikut saja apa yang melintas. Kami adik beradik akan pergi curi mkan.

Malu nak cerita, tapi itulah hakikatnya. Mungkin abang-abang saya tidak mahu adik-adik yang masih kecil sekarang ni ikut jejak kami masa dulu-dulu. Pernah lah sekali ibu dapat tahu yang kami curi buah kebun orang sebab tuan kebun datang bagitahu ibu yang kami curi mkan dalam kebun dia.

Sudahlah curi buahan dia, mkan pula dikebun dia, kantoi pulak tu, lepas kantoi bertempiaran lari. Balik rumah jauh sebab berjalan kaki, sampai rumah tuan kebun sudah berada di rumah.

Ibu kutip duit syiling bayar pada tuan kebun RM10, ibu libas belakang kami semua dengan tiub motor yang guna untuk ikat galah sampai hancur, ibu sambung pula dengan getah paip, sambil libas belakang, ibu menangis air mata mengalir-mengalir.

Ibu cakap ibu tahu kita susah, tapi jangan mencuri, abang-abang semua senyap tidak berani melawan, saya masa tu 6 tahun (tadika), saya lah paling menjawab cakap,

“Lapar nak mkan, kat rumah bukan ada menda mkan pon”.

Ibu sambung bedal lagi, Along tahan dengan badan dia dari saya kena bedal dengan ibu. Rasa bersalah juga sebab menjawab cakap ibu, tapi tulah, dah terlepas cakap.

Sepanjang hari ibu senyap, ibu malu dan sedih dengan perangai kami semua. Kebun yang kami pergi curi mkan tu pula kebun pakcik yang boleh tahan mulutnya. Dijaja satu kampung kata kami yang selalu mencuri kebun dia. Dikatanya kami curi kelapa.

Kami berapa kali je pergi kebun dia sebab kebun dia tepi jalan, dituduhnya kami juga curi kelapa dia selalu kami nak curi kelapa buat apa, nak minum air kelapa? Parang nak kupas pon takde, nak ambil buat santan? takkan nak bawa balik pada ibu, memang kene baling dengan kelapa lah nanti.

Kami cuma pergi mkan buah rambutan je, sebab kami cuma nak mkan tapi nak buat macam mana, kesilapan kami, akhirnya ibu menanggung malu.

Saya ni sejak kecil pakai baju lelaki, tak pernah dipakaikan baju perempuan. Pakai lah baju abang-abang yang masih elok. Kadang-kadang baju nye terbesar, terlabuh, getah tercabut.

Nak merasa pakai baju perempuan? tunggu hari raya. Dapatlah pakai baju kurung. Itupun kalau beli, pernah je pakai baju kurung terpakai. Nak merasa kasut raya? takdenya. Pakailah selipar jepun tu. Pernah sekali selipar jepun tu dah putus sangat dah. tak boleh pakai.

Ibu bagi duit syiling pergi beli dekat kedai. Abang-abang temankan, kedai jauh kena jalan kaki, selipar dah takde, along bagi selipar dia pada saya untuk pakai, dia berkaki ayam sampai kedai.

Selipar along tu besar. Pastu bergilir2 dengan Angah. Kedai tu jauh, dalam 2km duit cukup-cukup untuk beli selipar, perginya berlima, nak belinya cuma selipar.

Sebenarnya kami ni dapat tengok barang-barang dekat kedai runcit pon dah seronok dah walau tak membeli pun. Semoga Allah swt sahaja lah yang membalas budi pekerti abang2 saya.

Ibu ade anak kecil, kakak ipar pon ade anak kecil. Jadi urusan dirumah tu terletak diatas bahu saya. Tahun ni saya SPM, dari mengemas rumah, kemas barang adik2, tolong jagakan adik yang paling kecil, dan yang Allah swt paling menduga kami, adik yang paling bongsu ni cp (cerebral palsy), tak mampu untuk bangun tanpa bantuan. Perlukan sokongan sepenuhnya.

Dengan nama Allah swt, saya tidak pernah rasa marah pd Allah swt jika saya diuji sebegini. Saya sayangkan adik bongsu saya. Saya cuma berharap pada Allah swt, murahkan lah rezeki kami sekeluarga, supaya kami mampu hantar adik kami ke terapi nanti. Kami mampu menjaga dia sehingga ke akhir hayat.

Saya lah yang membantu ibu sepenuhnya menjaga adik, kerana kakak ipar sibuk dgn anak kecilnya sendiri. Ibu pula sibuk dgn kerepek pisang, kerepek ubi. (mak dah tak berniaga nasi lemak sebabb ibu buat kerepek bungkus hantar kedai runcit) Adik beradik yang lain masih bersekolah, abang2 pula bekerja sepenuh masa. Ibua sayalah yang menjaga adik bila pulang dari sekolah. Sudah lama saya tidak tidur disiang hari melainkan tidur disekolah.

Ayah terkilan sebab adik dilahirkan cacat, ayah cakap ibu dah tua, sepatutnya ibu tak dapat anak dah. Mungkin usia ibu buat adik cacat.

Saya terbaca whatsapp ayah dengan mama, ketika tu ayah minta saya tengok hp dia kenapa tak de data internet, masa tu tu lah saya godek2 hp ayah.

Perbualan tu antara dia dan mama. Saya pendam kan sehingga kini apa yang saya baca, saya tidak sampai hati untuk cerita kepada sesiapa walhal kawan baik saya sendiri apatah lagi ibu . Pahitnya untuk ditelan, perit untuk disimpan.

Saya kuatkan dalam hati, sekiranya terjadi apa2 kepada ibu, saya akan sepenuhnya menjaga adik saya sehingga akhir hayat saya. Jika saya tidak punyai jodoh sekalipun, saya redha. Biarlah tanggungjwab saya menjaga adik saya yang bongsu ini.

Terasa ingin berhenti belajar, sebab seperti tiada kesudahan hidup saya. Jika saya dapat sambung belajar, bagaimana adik2 saya sekelian, dengan ibu yang dah semakin tua. Dengan adik bongsu yang begitu. Banyak yang saya perlu korbankan. Semoga Allah swt berikan saya kekuatan..

Kisah saya tiada kesudahan kerana tiada kesimpulan. Tiada titik noktah kerana tiada kata putus. Saya juga tidak mencari jalan penyelesaian. Cuma saya perlukan ruang untuk meluah, meluah apa yang terbuku dihati. Saya akan menulis lagi, saya pasti menulis lagi kerana saya tahu, tiada tempat untuk saya luahkan perasaan.

Jika dengan mengakhiri hayat saya dapat menyelesaikan masalah, sudah lama saya lakukan. Tapi dengan berbuat begitu, tidaklah dapat menghilangkan segala kesedihan, kesengsaraan saya, tapi hanya memindahkan derita itu kepada keluarga yang amat sayangkan saya, ibu yang sentiasa menyayangi saya, abang-abang yang sentiasa menyokong, adik-adik yang sentiasa gembira dengan kehadiran saya.

Semoga dengan luahan ini, dapatlah saya melepaskan sedikit beban dihati. Semoga kelak, biarlah syurga menjadi tempat berehat buat saya.

Terima kasih,

– Anak yang terluka (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *