“Doakan aku ikhlas”. Suami korbankan gj 11k sebulan. Bawa mak mertua, adik ipar yg sakit ke rumah. Akhirnya cari rzeki dgn grab

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, Sebenarnya tak tahulah nak mulakan dari mana. Nak cerita pun serba salah. Moga Allah ampunkan dosa-dosa aku..

Nama aku Seri. Umur hampir 40. Sudah hampir 8 tahun mak mertua (kurang sihat kerana faktor usia) dan adik ipar aku (OKU) tinggal dengan aku. Aku ada anak yang berumur 12, 9 dan 5 tahun.

Ceritanya bermula 8 tahun lepas. Masa tu aku bekerja sebagai pegawai kerajaan dan suami aku berkerja di Syarikat Carigali terkenal. Kehidupan kami bahagia dengan gaji kami suami isteri hampir 15K.

Masa tu gaji suami aku lebih kurang 11 ribu. Suami aku adik beradik semua lelaki. Dia no 3 dan no 4 adalah adik dia yang OKU.

Kisahnya bermula apabila mak mertua aku jatuh sakit jantung dan perlu melakukan pembedahan by pass.

Jadinya, suami aku terus bercadang untuk membawa mak mertua dan adik ipar OKU aku tinggal bersama aku di KL. Dari mula cadangan itu di keluarkan, aku dah cakap awal-awal. Boleh tapi dengan syarat bergilir-gilir dengan abang-abang yang lain. Suami aku diam sahaja ketika itu.

Baiklah, dipendekkan cerita, sebelum dan selepas pembedahan, segala nya diuruskan oleh suami aku sorang. Aku ulang. SEGALA-SEGALANYA. Mak mertua aku jatuh sakit teruk dan perlukan penjagaan rapi.

Adik ipar aku perlu penjagaan rapi (brain damage sbb demam panas ketika berusia 2 tahun) dan selalu kena sawan. Sekarang dia sebaya dengan aku, hampir 40 tahun.

Dipendekkan lagi cerita, akibat dari terpaksa handle dua orang yang sakit dan memerlukan penjagaan rapi. Akhirnya suami aku hilang focus kerja dan selalu ambik EL. Akhirnya dia diberhentikan kerja. Bila dia diberhentikan, azab dan stress aku pun bermula.

Duit simpanan kami yang hampir RM100 ribu hampir habis sebab suami tiada kerja tetap dah hampir 3 tahun. Semakin menyusut untuk belanja ubat-ubatan dan peralatan kesihatan. Dengan belanja keluarga sendiri dan anak-anak seramai 3 orang yang semakin membesar.

Aku selalu rasa nak nangis sebab aku sedih abang-abang suami tak bantu kami pun untuk kami menjaga mak dan adik mereka. Mereka tak tahu ape perasaan aku. Aku penat. Penat kerja.. Balik kena masak.. Rumah tak kemas.

Kadang-kadang busuk sebab pampers bocor. Duit gaji aku habis macam tu jek. Dulu gaji aku tak berusik dan aku leh simpan dalam tabung haji.

Dan sekarang, suami aku hanyalah grab driver yang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk keluarga kami yang besar. Sampai tak balik rumah semata-mata nak tampung perbelanjaan harian. Dan aku bagai orang gaji di rumah sendiri, semua benda aku bereskan.

Dan abang-abang ipar aku hanya datang suka-suka untuk jenguk mak dan adik diaorang. Tak pernah hulur ape-ape. Aku pernah bagi cadangan untuk hantar mak mertua dan adik ipar aku ke rumah abang-abang suami aku. Namun suami aku bagi alasan, isteri masing-masing tak bagi padahal ada isteri mereka yang tidak berkerja.

Lama-kelamaan aku jadi stress dan negatif person. Aku cemburu tengok rumah diaorang sentiasa bersih dan wangi, dapat bercuti dengan selesa. Dapat menjalankan aktiviti macam biasa tanpa perlu memikirkan orang lain..

Aku? Terkurung dalam rumah sendiri.. Dah jarang bercuti sebab suami aku nak jimat duit dan risau tiada orang nak jaga mak dan adik dia. Rumah aku jadi busuk dan tidak terjaga (aku kerja dan aku kadang-kadang tak sempat nak kemas rumah tiap- hari).

Aku jadi orang yang tidak ikhlas, aku kena masak dengan portion yang besar, aku kena layan karenah mak mertua yang dah tua, aku kena dengar jeritan adik ipar yang aku yang kadang-kadang suka terjerit-jerit. Aku kena pakai serkup kepala kalau family abang ipar aku datang (datang pun tak cakap.. pakai datang je).

Kalau time raya, aku jadi sangat letih sebab ramai sangat saudara mara family mertua datang ke rumah aku untuk jenguk mak mertua aku. Aku yang kena handle sorang-sorang.Aku mula suka marah-marah anak aku sebab aku penat dan suami aku selalu takde rumah sebab grab.

Tu belum lagi aku bab abang ipar aku minta tolong aku beli kereta pakai nama aku sebab aku pekerja kerajaan. Aku dengan berat hati tolong sebab tak nak tengok suami aku bermasam muka dengan adik beradik dia.

Dan akibatnya, pernah ada saman atas nama aku. Suami aku yang bayarkan sebab tak nak tengok aku stress. Kalau abang ipar aku lambat bayar installment, makanya suami aku yang bayarkan dulu sebab tak nak aku bising bila dapat notifcation dari bank.

Aku bukan aku yang dulu. Dulu sentiasa bersyukur, positif, ceria dan sentiasa baca Quran. Aku sekarang jadi seorang yang cemburu dengan kebahagiaan orang lain, berlakon untuk menampakkan hidup aku ceria, sentiasa letih dan malas untuk melakukan ibadat sunat, apa yang aku buat, aku rasa tak ikhlas sebab dalam hati sentiasa merungut.

Nasihat aku, kalau kat luar tu ada ibu bapa yang tua atau sakit, jagalah bergilir-gilir antara adik beradik, janganlah bagi pelbagai alasan untuk tidak menjaga ibu bapa kita. Janganlah jadi orang yang tidak bertanggungjawab.

Untuk para-para isteri, bukakanlah hati dan terimalah mak mertua anda tinggal di rumah anda. Ingatlah satu hari nanti kita semua akan tua, dan semuanya akan berbalik kepada kita.

Buat semua pembaca, satu jek aku nak minta. Minta doakan aku jadi orang yang ikhlas, makin lama, ikhlas tu makin jauh..

Moga Allah bersihkan hati aku, terima amal ibadat aku. Moga anak-anak aku akan jaga aku macam mana aku jaga mak mertua dan adik ipar aku. Mohon juga Allah luaskan rezeki kami sekeluarga. Jangan suruh aku bersabar sebab aku dah lama sangat bersabar dan sabar itu pun semakin hilang.

Reaksi warganet

Luahan Puan Seri mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata dan pandangan mereka.

NurulHuda Liyana –Besarnya pengorbanan akak dan suami. Mudah mudahan Allah beri ganjaran yang tak disangka2. Banyakkan bersabar ye kak. Allah sayang akak sekeluarga

Utin Mardiana –Niatkan semua jalan hidup ni kerana Allah. Niatkan jaga ibu dan adik tu kerana harap ganjaran Allah. Bukan kerana penghargaan manusia. Takpalah tak sempat solat sunat dan baca Quran. Pahala puan pasti banyak kerana menjaga orang sakit.

Moga puan dapat bersenang2 di akhirat nanti. Semoga dilimpahi rezeki juga buat puan dan suami. Stress datang bila tak cukup duit. Ramai faham tu.

Nur Izzati –Saya sangat kagum dengan kekuatan puan yang masih dapat bertahan selama 8 tahun dengan situasi yang kuat. Puan dan suami merupakan insan yang sangat baik. Semoga puan dan suami diberi ganjaran syurga kelak, insyaAllah.

Shila Sharkawi –Dulu aku macam ni lah. Sampai 1 tahap aku tak nak share apa2 dengan suami aku. Dan aku buat keputusan sendiri.

Aku rasa aku tak mmpu nak tampung kos rawatan suami aku. Aku mesej semua ipar2 aku, tolong keluarkan kos dari pihak adik beradik depa jugak.

Bukan sikit2 untuk rawtan knser yang aku kne keluarkan. Anak nak sekolah lagi. Aku pon ade barang keperluan nak beli. So, aku msj family husband aku untuk bincang. So baru ada kata sepakat. Kalau tak, macam nak mti jugak sorang2 kene tanggong.

Nursyuhada Zulkifli –Tak rugi untuk berterus terang puan. Panggil adik beradik suami, luah, bincang, slow talk situasi semasa. Jangan berselindung atas nama keikhlasan. Masalah sebegini boleh diurus dengan musyawarah ahli keuarga. Bengkak hati ni boleh jadi dendam kesumat yang susah nak padam. Minta dijauhkan.

Cuma, saya tidak setuju apabila puan memberi izin ntuk guna nama puan bgi beli kereta ipar puan. Bagi saya, ini membuka peluang kpada masalah yang lebih besar kelak. Seharusnya, puan perlu lebih tegas dan suami puan juga perlu lebih faham.

Sekiranya dapat, puan dan suami kena bermusyawarah dengan adik beradik suami yang lain. Mungkin bunyinya senang apabila saya menaip tetapi puan dan suami yang perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah dan alasan mereka.

Namun saya harap puan dan suami perlu pamerkan sikap tegas. Zaman sekarang, nak jadi orang baik boleh tapi kena berpada-pada sebab orang sekeliling akan pijak kepala orang yang baik.

Saya doakan puan diberi kesihatan fizikal dan mental yang baik, rezeki yang berkat dan ketenangan hati.

Sumber – SERI (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Besar pahala bila kita berbakti dengan ibu dan ahli keluarga. Kami doakan urusan Puan Seri dan keluarganya dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *