“Terasa aura ke 19”. Kahwini janda lebih berusia, anak 3. Dlm tak sedar, hati mula tertarik dgn gadis lain

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Musim-musim aura ke 19 ni, saya sebagai seorang lelaki juga nak turut serta hadir di laman ini meluahkan definisi aura ke 19 saya. Confession ini agak panjang kerana ia menceritakan kisah hidup saya yang kelam dan menyedihkan.

Saya cukup kecam tindakan Dai’ tersebut yang bak kata wanita-wanita Malaysia kini “menjandakan isteri sendiri untuk menghalalkan janda lain”.

Sungguhpun begitu, apa yang dirasakan oleh Dai’ tersebut, sedang dirasakan oleh diri saya sendiri. Aura wanita lain yang menggusarkan iman saya.

Saya bekerja di Ibu Kota, umur dah nak masuk 3 series tapi jiwa masih muda (memang muda pun). Isteri saya tua lebih kurang 5 tahun daripada saya (jarak umur sebenar dirahsiakan).

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dan untuk pengetahuan semua, beliau merupakan seorang janda ketika pertama kali saya menemui dia.

Isteri saya sangat baik, banyak membantu saya sewaktu kami awal-awal kenal dulu. Maklum lah ketika saya baru habis universiti merangkak nak cari kerja, isteri saya dah stable dari segi duit dan pengalaman. Anak dia pun sudah 3 orang (kini anak tiri saya).

Perkahwinan kami bahagia dan kami telah pun dikurniakan seorang anak hasil bersama yang lagi beberapa tahun nak masuk tadika. Saya bekerja makan gaji di sebuah syarikat swasta.

Gaji saya lumayan lah juga, nafkah tak pernah tinggal untuk isteri, anak sendiri dan anak-anak tiri yang saya dah anggap seperti darah daging sendiri. Kalau saya bawa isteri vacation, saya tak pernah tinggal anak-anak tiri. Saya siap bagi duit poket untuk mereka belanja.

Dari segi luaran, perkahwinan kami nampak aman. Tapi dari segi dalaman, saya tak bahagia bahkan serabut. Isteri saya seorang yang sangat garang. Mungkin sebab jarak umur kami yang jauh. Kadang-kadang cara dia berfikir dan bercakap macam anggap saya ni budak.

Ya betul, saya masih muda. Belum 3 series pun. Jiwa saya masih nak perangi konvoi, lepak dengan kawan sampai tengah malam, main kereta dan gaming. Itu yang saya mahukan. Tapi semua ini saya tinggalkan demi isteri saya.

Kawan ajak lepak, konvoi, gaming memang saya tolak awal-awal. Tengok kawan solek kereta, berkobar jiwa ni rasa tapi saya hanya mampu tengok. Fikiran saya lebih kepada baik saya simpan duit daripada membazir kat kereta.

Jujur saya kata memang saya takut bini. Kalau isteri saya dapat tahu saya buat semua ni, dia punya marah tu…….. macam mak marah anak lelaki bujang.

Saya memang sentap bila kena marah macam budak oleh isteri saya sendiri. Dia sound saya depan anak-anak tiri saya yang tengah meningkat bujang. Bukan itu je, lepas dia marah depan-depan, dia up pula status kat Facebook yang ayatnya umpama suami abaikan isteri, suami tak boleh harap dan sebagainya. Jatuh air muka saya. Itu lah kerja dia. Main facebook.

Kerja hakiki saya kat luar saya buat, kerja rumah pun saya tak miss. Saya faham dia sibuk dengan perniagaan online selalu balik malam jadi saya yang terperap kat rumah ni banyak buat kerja rumah. Namun tak diharangai. Ada je yang tak kena. Saya salah masukkan baju anak dalam almari, habis dia ungkit semua dan kata saya tak ambil peduli pasal anak sebab tu cuma anak tiri.

Maaf, terlebih luah pula tentang isteri saya. Dah lama peram punya pasal. Nak mengadu kat mak sendiri, siap lah kalau isteri dapat tahu. Sedangkan saya up gambar ibu dan ayah pun isteri saya perli kenapa tak up gambar isteri dan anak. Mula lah nak kata saya tak sayang mereka. Itu pun jadi isu?

Dalam kami berwhatsapp sewaktu dia di cameron, teringat juga dia kat saya walaupun kami baru kenal. Siap ada strawberry lebih dia packing khas untuk saya seorang. Katanya mana tahu saya tak nak share dengan staff lain. Terbuai mimpi saya.

Bila malam saya balik rumah, hilang stress sebab dapat tengok awek ni satu hari. Isteri tengah main facebook ke, rumah tengah tunggang-langgang ke baju dalam mesin dah basuh 4 jam belum sidai ke, anak tengah berangaduh ke, saya dah tak kisah. Yang penting hati saya lega dapat tatap muka awek ni.

Setiap saat kat rumah saya tak sabar nak jumpa hari esok, saya tak sabar nak perangi kerja jumpa dia. Kalau boleh saya tak nak JV business kami selesai. Saya nak jumpa dia hari-hari. Awek ni bad mood atau tegur staff dia pun dia masih kelihatan sangat cantik.

Awek ni marah saya sebab saya buat kerja tak serious pun saya terpana dengan kegarangannya. Bagi saya cara dia marah saya tu masih buat saya cair, bukan dengan cara annoying yang isteri saya buat.

Puas saya selidik, staff dia kata memang dia baik. Bukan jenis marah tak bertempat. Kalau awek ni termarah atau tertinggi suara sebab staff ada buat salah besar pun, awek ni akan nangis sorok-sorok balik semula kat dalam bilik. Tak sengaja termarah staff katanya. Comelnya…

Hari-hari saya rindukan awek ni. Saya tahu dia masih bujang, tapi saya tak bagitahu dia yang saya ni suami orang, mungkin disebabkan itu awek ni masih setuju untuk keluar lunch dengan saya hampir setiap hari. Saya selalu luah masalah kerja saya kat dia dan dia akan mendengar dengan teliti diiringi dengan jawapan dan nasihat yang memberangsangkan, disusuli dengan lawaknya yang menghiburkan.

Kalau saya luah kat isteri saya, isteri saya lebih kepada membantah atau menjawab. Atau lebih teruk lagi isteri saya tak layan langsung sebab tengah main facebook atau main make up.

Ini lagi satu, 6 jam main make up nonstop sampai baju pun nak kena saya basuh. Tapi saya tengok isteri saya tak cantik-cantik pun. Awek ni steady je survive dengan gincu. Tak make up pun cantik gila.

Perbualan antara saya dengan awek ni lebih kepada apa yang jiwa kami minat. Bola, game, kereta dan apa-apa lagi lah yang buat saya masuk air. Awek ni masih muda, jadi kami borak “bahasa” yang sama. Dia muda, saya muda. Kalau saya borak topik bola, dia boleh jawab balik dengan pengetahuan yang dia ada. Impressive.

Bila saya dan dia masuk air, saya ketawa sampai berair mata. Rasa macam dah lama tak gelak macam ni. Kalau dengan isteri saya memang serious je. Ketawa besar pun 2 bulan sekali.

Hebat. Saya masih hormat lagi, kalau hilang hormat nak je saya tanya bapak kandung budak-budak tu tak bagi nafkah ke? Kalau saya dah hilang sabar, patuntukah saya mulakan hidup baru dengan awek yang membawa aura ni?

Saya memang dah tak tahan. Saya bertahan sebab anak saya je. Kalau masa boleh diundur, saya nak setia jadi bujang. Tunggu sampai awek ni sampai dalam hidup saya sekarang. Tapi saya juga yang gelabah nak kahwin cepat dulu. Tanpa mengenali isteri saya lama-lama. Menyesal tak guna.

Pernah sampai satu tahap sebelum saya ditemukan dengan awek ni saya terfikir apa salah saya sebagai seorang suami kat isteri saya sampai dia tak hormat saya, layan saya macam budak. Tiap kali saya serabut, anak saya lah yang hiburkan hati saya. Sekarang bila saya dah jumpa awek ni, gelak ketawa dia lah yang beri saya hidup.

Saya terima segala kecaman. Nasihat yang baik-baik pun saya terima dengan hati terbuka.

Reaksi waranganet

Luahan lelaki ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Ada yang menentang malah ada juga yang menyokong. Lihat apa kata mereka.

Azah Jamaluddin –Even aku wanita. Ceh, Laki Ni memang patut Tak tahan pun dengan perangai bini dia. Jenis dia je betul. Ada juga kawan aku sendiri camni. Dia je betul. Last laki dia kawen lain dengan pempuan baru. Sukar nak terima tapi lastly kawan aku sedar Dan berubah. Sekarang seems like dorang bahagia tapi aku Tak sure acah bahagia atau apa.

Noorsha Adam –Aku dulu pun Masa anak Dara baik, suara lembut je, menengking menjerkah memang Tak penah, jalan kepit, ayu flipped tudung bawal tujuh lapan Kali seminit. Tapi bila dah tiga Pat askar wataniah lahir kemuka bumi ni, terus mak transform jadi singa dik.

Nak2 time cuti sekolah ni asyik main gaduh makan, main gaduh makan, main gaduh makan. So jangan terrperdaya dengan keayuan gadis2 yang perut masih cekang, rambut masih straight rebonding. Hakikatnya dah jadi mak2 semua akan berubah …😁

Akissha Laila –Orang kata benda haram memang sedap. Sebab ada hasutan syaiitan. Encik pergi kaunseling pejabat agama. Biar kaunselor jadi orang tengah sampaikan isu yang isteri tak hormat encik, suka marah2 encik.

Orang perempuan bila kena tegur dengan orang lain mungkin dia terasa tapi cara ini mampu mengajar. Sebab orang perempuan takut dengan fikiran “kalau memang aku ada salah nanti suami aku cari orang lain” cuba dulu cara ni encik. Jangan terus fikir nak kahwin lain.

Aida Munirah Suhaimi –Isteri tu pun ade silapnye juge. Tu kalau dengar dari sebelah suamilah, tapinye kalau isteri tu ade salahnye, cuba dulu sepenuh hati didik dia jadi taat.

Tanye kat diri sendiri berapa tahun dah kita doakan untuk dia berubah? Kalau baru 2 bulan, silalah tumbuk muka sendiri dulu.

Sebab dia tu jodoh awk sekarang. Yang awek tu pulak, selagi mana duk layan memang sampai bila2 lah bini akan nampak hodoh bodoh buruk atau beruk. Bahasa kasar sikit, tapi hakikatnye begitulah.. 😊

Nu Ha –Untuk blaku adil, dari 1 segi, isteri TT pun salah juga. Walaupun saya wanita, saya baca rasa juga kesian sebab TT baik jalankan tugas sebagai suami.

Keperluan anak tiri pun dia sanggup tanggung padahal bapak kandung budak2 tu kan ada? Memang tak wajar la. Agama dah gariskan pnduan.

Mula2, pisahkn diri dengan awek comel yang haram dan bukan pasangan sah. Setan memang mencari jalan je bagi nampak maksiiat tu indah.

Yang ke2 berkaitan isteri, islam dah ajar cara tegur @ didik isteri. Nasihat tak boleh sebab garang, pisahkan tempat tidur (saya rasa lantik orang lain suruh nasihat, TT keluar rumah beberapa hari sebagai pengajaran atau ugtan spy dia berubah atau dicerraikn a dipoligami-ugut je). Tu je la cara.

Mengadu kat jabatan agama suruh panggil isteri nasihat isteri pasal perangai dia dah melukakn hati suami. Ko nak ke tak nak, hidup mesti kena berani. Ko kuar rumah tak bdosa pun tak minta izin, biar isteri ko sedar sikit nak jadi janda kali ke2 ke camne? Kalo bini tak sedar juga, ko cerrai atau kawin lain je la. Jangan buat maksiat je.

– Suami yang tersakiti (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa pula kata anda jika berada di situasi si suami. Kerana perangai si isteri ini, wajarkah menjadi tiket untuk suami berkahwin lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *