“Mak, ayah curi tabung adik”. Isteri tpakse dtg dari jauh mohon bantuan. Suami pula lepas tangan

Perkongsian dari Cikgu Fadli seringkali mendapat perhatian warga Malaysia yang kebanyakkannya simpati dengan setiap kisah yang melibatkan para asnaf, isteri dan juga pelajar2 yang tidak bernasib baik.

Terbaru, perkongsian beliau tentang seorang isteri yang datang dari jauh untuk memohon sumbangan. Tambah memilukan si suami dikatakan tidak bertanggungjawab dan sanggup mencuri duit tabung anak untuk dijadikan duit belanja. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Mak, ayah curi tabung adik. Mengadu si anak pada si ibu dengan sayu. Tabung kakak pun mak, balas si kakak. Tabung abang pun sama mak, balas anak kedua. Tiga tabung anak. Tiga-tiga dalam tong sampah.

Si ibu mengeluh. Bil elektrik dah merah. Surat potongan elektrik dah sampai. Tertunggak lebih RM1000. Masuk ke dapur nak jerang nasi, buka pili air. Tiada air keluar. Dah kena potong rupanya. Suaminya berjanji nak bayar, rupanya janji tinggal janji.

Bank dah telefon ansuran kereta dah 3 bulan tertunggak. Guru Kemas telefon minta bayar tunggakan yuran. Anak sulung pula bawa balik surat jamuan akhir tahun pengawas. Kena bayar lagi. Beras kat dapur dah habis. Peti ais kosong. Susu pun sama. Dan suami hanya menjadi biawak hidup di rumah. Berbulan-bulan dah tak kerja. Hampir setahun dah kalau dikira.

Sebelum ini pun sama. Semua pekerjaan, si isteri yang kena carikan. Tolong isi borang. Kena heret tangan suruh pergi temuduga. Elok dapat kerja, buat hal. Bergaduh dengan orang itu orang ini. Main perempuan lain pula. Isteri mana nak sabar. Maka bergaduh.

Bila bergaduh, bukan setakat mulut sahaja. Kaki tangan suami naik ke badan sampai lebam satu badan. Kisah ini berulang-ulang. Berputar tanpa henti. Si ibu ini kena tanggung semuanya. Dia bukan kerja doktor. Bukan juga lawyer. Dia hanya kerani sahaja.

Gajinya bukan besar. Tapi semua benda dia kena tanggung. Semua. Termasuk duit rkok suami, duit minyak motor, duit kedai kopi. Apa benda ni? Giila. Serius aku cukup tak faham seorang lelaki boleh duduk saja harap isteri bagi duit. Bila tak dapat curi pula tabung anak. Ah, gila. Aku kalau terdesak usahkan curi, minta duit isteri pun tidak walau aku tahu isteri aku ada duit. Malu. Itu maruah lelaki. Maruah suami.

Aku rela pinjam dengan kawan-kawan. Bila gaji masuk terus bayar. Usah nak minta duit isteri, nak pinjam pun tak sanggup. Tak ada rasa bersalah langsung tak kerja nak isteri yang bertungkus lumus. Tak ada rasa berdosa ke biarkan isteri pikul segala tanggungjawab bayar itu ini? Tak ada sekelumit rasa malu ke isteri yang biayai dan tanggung keluarga.

Dan lebih memalukan, tabung anak sendiri pun sanggup dipecahkan. Sampai pernah si anak berkata pada ibu, Mak. Kalau ayah tak pulang lagi baik kan? Mak tak pernah ajar anak-anak bencikan ayah. Tapi?

Akak ini datang dari jauh semata-mata nak bertemu aku. Untuk sekampit beras dan barang basah supaya dapur itu berasap kembali. Dia tertekan sangat. Suaminya langsung tidak peduli bil air dipotong dan bil api sampai surat merah. Tak pernah suami dia fikirkan yuran tadika anak, jauh sekali nak fikirkan pasal bayaran jamuan pengawas. Semua atas pundak dia. Semua sekali. Pernah surat saman Coway sampai di rumah. Dia tak mampu bayar dan dia sangat berharap dia dipenjarakan.

Biar lega. Biar terlerai semua masalah yang dia tanggung. Sampai tahap itu dia terfikir. Namun bila memandang mata anak-anak, jiwanya kembali melembut. Dia masih ibu. Dan bagaimana anak-anak ini akan survive jika dia ke dalam? Nak harapkan suami? Tak adanya. Entahlah. Aku dah tak tahu nak cakap bagaimana lagi. Kes suami pemalas begini sangat banyak aku terima. Kalau dia malas hanya menyusahkan diri sendiri tak apa juga. Ni habis susahkan isteri dan anak-anak, menjadi beban yang amat.

Aku tidak menggalakkan pencerraian. Namun kadang-kadang melepaskan itu lebih membahagiakan. Bertahan dengan harapan pasangan berubah kadang-kadang hanya angan-angan yang tak mungkin kesampaian. Kadang-kadang, itu jalan terbaik. Tidak terpakai untuk semua orang. Bukan juga aku tuju buat akak ini. Tapi secara umumnya, begitulah.

Yang nak mengirim sumbangan melalui Dana Kita, ini maklumat ya :

No akaun : 564221646925.
Bank : Maybank.
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Perkongsian Cikgu Fadli mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Lihat apa kata mereka.

Mohd Nizam Wahid –Dulu aku ada kes begini. Kami pujuk desak dan beri jalan agar dia bercerrai. Lalu bantu dia hingga berjaya ada kerja semua. Sekarang Alhamdulillah!

Nordiana Mohamad –Saya selalu tertanya2 kenapa makin ramai lelaki jenis mcm ni. Pemalas tak bertanggungjawab. Jauh beza dengan bapak2 kita dulu.

Whyyyyyy????? Adakah salah dalam didikan sbb terlalu manjakan anak lelaki yang tak perlu buat apa2. Sehingga besar mereka terbawa2 perangai manja semua nak bersuap nak disediakan anggap wanita hamba mereka. Ermmmmm sedih sgt.

Siti Hazrani Isyak –Memang kita tak nak pencerraian dalam rumahtangga.. tapi kalau dah tanggungjawab tak laksanakan, asyik nak makan hasil isteri dan anak-anak baik berpisah la. Buktikan dia tak bg nafkah di mahkamah. Kalau saya di tempat kakak tu saya rela berpisah. Jangan terus mengalah dengan lelaki. Kita orang perempuan sebenarnya kuat cuma pikiran anak-anak tu je.. Insyaallah ada la rezeki anak-anak nanti..

Salwa Hamzah –Cerai perkara paling yang dibenci, tapi sungguh dia halal dilakukan. Jika semua menjurus sehingga isteri hampir jadi hamba dan manjaga biawak hidup. Perpisahan itu lebih baik jalannya. Kerana Allah tak pernah menganiayai hambanya.

Kita sendiri yang selalu curiga dan berprasangka tanpa suami mungkin kita sengsara. Sedangkan Allah yang menjaga dan memberi kita rezeki diseluruh ceruk mana pun Dia nak beri.

Allahu. Sungguhku kasihan dengan isteri yang masih menanggung suami yang tak bertanggungjawab ini. Carilah Bahagia dengan kebergantungan dengan Allah Yang Maha Esa bukan kepada manusia.

Muhammad Hassan –Bila saya tulis pasal tanggungjawab lelaki ada yang kritik.

“Matt ni tak habis habis backup orang perempuan”

Kita tulis tu nak bagi peringatan. Kena selalu ingat tanggungjawab suami tu berat.

Para ulama menetapkan bahawa nafkah yang wajib diberikan kepada sesiapa yang berada di bawah tanggungannya itu ialah seperti:

1. Makanan.

2. Barang-barang dapur.

3. Pakaian.

4. Tempat tinggal.

5. Alat-alat untuk membersihkan diri.

6. Pembantu bagi isteri jika suami mampu.

Ini jadikan isteri bak hamba pula. Ya Tuhan. Tabah sungguh kau puan

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *