Foto sekadar hiasan. Hi. Nama aku lyn. Maaf kalau story aku panjang sangat. Sekadar meluahkan. Aku berusia menjangkau 30-an, baru bercerrai sekitar bulan jun sejurus selepas raya, bekerja dalam bidang professional dan at this point, aku rasa aku lah se-l0ser l0ser manusia.
Aku kahwin sekitar umur aku 20 tahun++. Nama suami (now ex) aku Danie. Aku berjumpa Danie masa aku praktikal. Lepas praktikal aku diserap masuk company yang sama. Sampai sekarang, aku dan Danie masih bekerja dalam company sama, cuma beza tingkat dan department. Danie tua aku 3 tahun. Our relationship was mutual. Dia suka aku, aku suka dia.
Lepas beberapa bulan kenal, dia ajak aku kahwin. Masa masih berkenalan, ada dia mention yang dia pernah tunang dan putus. Ex tunang dia nama Ameera. Danie dan Ameera kenal dari kecik. Bercinta dari sekolah rendah, sekolah menengah bertunang, then putus tunang masa final year di university. Sebab, Ameera dikahwinkan dengan seorang ustaz. Masa ni, itu je yang aku tahu pasal Ameera. Since benda tu dah berlalu, Ameera pun dah kahwin, aku tak soal Danie lebih2.
So aku n Danie got married. Danie memang lelaki yang baik. Jaga solat, baca quran hampir setiap hari, bagi nafkah setiap bulan, sama2 buat kerja rumah dan memang bertanggung jawab lah kira. Masa aku admitted hospital sebab appendix, dia jaga aku siang dan malam. Rumah tangga kami pun happy, tak banyak masalah walaupun tak dikurniakan anak. Kami jarang gaduh, kalau gaduh pun sikit2 misunderstanding macam tu je.
Sejujurnya, memang aku cintakan Danie sangat2. Dia jenis lelaki yang memang aku idamkan selama ni. Secara fizikal, dia memang good looking. Sedangkan aku ni biasa2 je. Dia chinese look, kulit putih, tinggi, very athletic, rambut panjang yang diikat rapi. Seriously rambut dia cantik. Cantik dari rambut aku yang wanita ni.
Kisah aku bermula di sini. Lepas beberapa tahun berkahwin, Ameera muncul dalam hidup kami. Ameera kerja sama kawasan dengan ofis kami. Danie terserempak dengan Ameera masa keluar lunch. Kami memang lunch asing2 sebab masing2 ada geng sendiri di ofis. Bila dia terserempak dengan Ameera, terus Danie tegur then exchange number.
Aku tahu, sebab Danie yang cerita sendiri pada aku lepas balik kerja hari yang sama. Aku dan Danie memang selalu communicate. Sebelum tido akan cerita what happen to each other that day. Kalau difikirkan balik, relationship aku dan Danie, sangat lah healthy. Tapi still jodoh masih juga tak panjang.
Lepas around 6 bulan kot Danie jumpa Ameera, Danie decided untuk memperisterikan Ameera. Around that 6 months, aku tahu semua pasal depa. I know because Danie told me everything. Keluar lunch setiap hari. Text setiap hari kecuali masa Danie di rumah. As a wife, memang masa ni aku down sangat.
Dalam pada Danie merendek dengan Ameera, aku dapat accept sebab Danie jujur sangat. Tak pernah dia tipu aku. In fact masa awal2 dia jumpa Ameera, dia confess yang dia tak pernah lupakan Ameera.
Ayat dia, “there weren’t a day goes by that i didn’t think about her”.
Bila aku soal, why did u marry me then? Dia jawab, for the sake of moving on. Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Bila aku tanya dia sayangkan aku tak, dia cakap memang dia sayang, sebab aku wife dia. Tapi yang betul2 dia cinta is Ameera.
Masa ni macam2 cara aku buat untuk Danie cintakan aku. Aku cantikkan diri aku sendiri, aku layan dia betul2, aku literally beli buku cara memikat suami dan apply segala benda yang aku baca dan aku cari gali dari Internet. Aku surprise kan dia dengan honeymoon, birthday dan macam2 lagi. Aku ubah diri aku seubahnya. Aku cuba jadi diri sendiri with the hint of Ameera. Aku solat, aku doa sesungguhnya supaya Danie cintakan aku lebih dari Ameera.Tapi Danie macam tu jugak. Seolah2 sia2 usaha aku selama ni.
Honestly, walaupun tengah hangat bercinta dengan Ameera, tak pernah kurang sedikit pun layanan Danie kat aku. Masih bertanggung jawab macam selalu. Layan tengok movies setiap weekend, masih jalan berpegangan tangan dan memang macam normal lah. Walaupun macam tu, aku tahu, jasad dia dengan aku. Hati, dengan Ameera.
Danie masih baik di mata aku. Langsung tak sakitkan hati aku. Sebab tu, lepas setahun kenal Ameera, lepas aku puas berusaha memikat Danie, aku izinkan dia kahwin dengan Ameera. Masa dia nikah, i was there. Cuma masa sanding aku tak ada sebab majlis cuma buat sebelah perempuan. Malas lah nak attend. So bermula lah kehidupan aku bermadu.
Turn kami seminggu sekali. Seminggu di rumah aku, seminggu di rumah Ameera. Tinggal apartment berdekatan. Walking distance lah kira. Sebelum Danie kahwin dengan Ameera, aku dah pesan, aku tak nak berkenalan dengan Ameera. Im okay with her, cuma aku tak mau rapat2 macam bini2 Ashraf Muslim tu. Cukup la sekadar tengok dari jauh. Sebabnya, aku jadi down bila tengok kesempurnaan Ameera. Bagai langit dengan bumi nak dibandingkan dengan aku. Jealous much? Maybe.
Danie memang berlaku adil. Tapi, somehow aku tetap rasa tak best. Rasa memberontak. Aku asyik cari pasal dengan Danie. Mungkin aku nak perhatian dia. Danie layan aku macam biasa. Tapi hati ni still tak tenteram. Ntah la. Susah nak describe benda ni. Apa yang mampu aku describe, aku rasa macam melukut di tepi gantang.
Memang Danie ada dengan aku, baik dengan aku, tapi aku tak rasa macam Danie tu aku punya. Its like, aku ni third wheel dalam relationship Danie dan Ameera. I dont feel like aku dan Danie is in a team anymore. Rasa macam tergantung. Rasa macam penuh, tapi kosong. Faham tak apa aku cuba sampaikan ni?
Saat aku tak dengar lagi kaki dia melangkah, terus aku peluk diri aku sendiri. Aku tekapkan bantal pada muka aku, aku jerit, aku nagis semahunya. Harapan aku masa ni supaya Danie patah balik. Tengok sayang, im in pain. Come back and pick me. Pilih la aku balik. Terima la aku balik. Cakap dengan aku, kau sayangkan aku bukan Ameera. Love me, not her. Tapi apakan daya, aku kalah. Danie never returned.
Masa ni i was in my period. Nak solat, pun tak dapat, sentuh quran pun tak boleh. Selama 3 hari aku menagis. Aku tak makan, aku minum je. Aku nagis, aku tido, bangun tido, nagis sampai tertido balik. Sampai la parents aku sampai rumah. Aku dah longlai, busuk 3 hari tak mandi, terbaring macam orang giila atas katil.
My parents pick me up. Mak aku mandikan aku, setiap kali dia halakan shower kat aku, terkumat kamit aku dengar mak aku berselawat dengan suara terketar-ketar menahan tangisan dia sendiri. Aku rasa, jiwa mak aku jugak hancur tengok penderitaan satu2nya anak perempuan yang dia ada. They said nothing.
Depa mai rumah aku sebab Danie told them everything the day after he left me. 2 hari tak angkat phone, sebab tu depa mai to check on me. Parents aku bawak aku balik kampung. Abang2 aku kemaskan rumah aku, carikan rumah sewa baru dan pindahkan aku ke rumah lain supaya aku dapat move on. Sebulan aku cuti, tinggal dengan mak bapak aku. Kutip sendiri sisa – sisa kekuatan yang masih ada. Dalam masa sebulan tu jugak pencerraian aku disahkan. Cepat, sebab aku dan dia bekerjasama dengan elok. Aku wakilkan bapak aku untuk berhubung dengan Danie.
Seminggu berlalu tanpa bayangan Danie. Setiap kali sampai ke ofis, aku akan melalui tapak kereta Danie. Aku tatap kereta Danie. Menatap kereta berwarna putih nya dah cukup buat aku tersenyum. Teringat masa aku duduk di kerusi penumpang sebelah Danie. Danie sentiasa serious masa memandu. Bahaya jika terleka katanya. Selalu aku ditegur jika tidak memakai tali pinggang. Kadang2 sengaja aku tak pakai, saja mahu bermanja apabila ditegur.
Hari isnin menjelma, hari yang paling aku tunggu. Setiap isnin seluruh ofis akan mengadakan perhimpunan pagi. Danie sebagai head of department akan berada di hadapan. Hari isnin tu aku awal ke perhimpunan. Dari tempat aku berdiri, aku kaku memandang Danie di hadapan. Sebulan lebih tak berjumpa, rasa macam nak lari dan peluk Danie seerat2nya. Rindu sangat. Tapi aku tak mampu. Danie terpandang aku, senyum, aku memandang tempat lain. Senyuman manis itu tak sangup aku balas. Sebab aku perlu melindungi diri aku sendiri. Melindungi perasaan aku.
Selepas perhimpunan, aku update status whatsapp buat pertama kali, I NEED TO KEEP STRONG. 1 minit selepas tu, Danie membalas, May Allah ease your way. Aku kaku lagi, berdebar jantung, berkaca mata aku dengan tangisan sendiri. Kenapa perlu kau reply??? Kau faham tak kau dah menggangu perasaan aku?? Aku benci, tapi at the same time aku terharu. Danie masih ambik berat pasal aku. Aku reply, terima kasih. Blue tick. Ikutkan aku mengharap sangat Danie reply lagi lebih lanjut. Aku nak main text dengan dia lagi. Aku rindu sangat sangat. Menitik lagi air mata aku. Spoil mood aku sepanjang hari.
Hingga pada saat ni, aku masih menunggu perhimpunan isnin untuk aku tatap wajah Danie walau untuk 15minit. Setiap kali melalui tingkat 5, aku mengharap lift terbuka dan Danie berdiri di depanya, setiap kali aku melalui kereta Danie, aku mengharap untuk pulang dengan Danie.
Tapi semua pengharapan yang kosong. Menyedihkan hidup aku. Aku sedar. Aku masih mengumpulkan kekuatan untuk aku lupakan Danie. Aku dah mintak transfer ke cawangan lain. Aku sayang nak tinggal kan kawan2 ofis aku yang baik sangat. Tapi i have to do it. I have to protect myself. Aku kena lupakan Danie untuk aku terus kedepan. InsyaAllah, bulan depan aku transfer ke cawangan yang lebih dekat dengan kampung aku. Pada saat ni, aku cuma mengharap yang baik2.
Muhammad Danieel, I’m sorry. Tapi, i really love u. I’m sorry.
Antara perkongsian yang mendapat respon tertinggi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.
Suhaini Herianti –Sedih baca part mak mandi kan dia sambil selawat. Kasih nya ibu membawa ke syurga….
Mieza Amran –Betul la orang cakap. Ayah kita akan jaga kita sebaik2 nya sebelum diserahkan kepada suami kite. Tapi bile mana anak perempuannya ditinggalkan ayahla yang akan kutip balik anak perempuan kesayangan dia. Tiada lelaki bole menandingi kasih sayang ayah sampai akhirat pon.
Aafiqah Misran –Ayat Lynn semua, nampak Danie dan Ameera baik. There must be some lacking somewhere here and there bcz we are human being. But generously, Lynn didn’t even mention bad things about her ex and Ameera. I salute that. Just move on sis Lynn. You deserve better. Ada yang terbaik menanti anda. Jika tidak di dunia, mungkin di Syurga kelak
Nurhidayah Anhar –If Ameera read this, kalau lelaki tu boleh buat ex wife dia macam tu, trust me, dia pun boleh buat benda yang sama dekat kau. Dah tau kau tu ex, pergi cerita masalah dekat laki tu Kenapa. What u give u will get back. Kalau tak jadi balik dekat kau, anak kau ada. Ada 3 org anak kan.
Aten Rasyid –Aku tak heran bab laki bini tapi aku tersentuh part ibu n anak. Yes. A mother is a mother. Pernah ibu cakap kt aku once last year ‘walau ape pon terjadi, aten tetap ank ibu. Walau siape pn buang aten, ibu tetap terima aten. Rumah ibu sentiase terbuka untuk aten..’ Maka melelehlah airmata aku dibahu ibu. Laki or bini mti boleh diganti. Tapi ibu ayah tiada pengganti. Always remember that..
– Lyn via IIUMC
Perkongsian Lyn asalnya disiarkan pada 2018 di laman IIUMC. Kini sudah setahun berlalu. Mesti ramai tertanya2 apa yang seterusnya berlaku dalam hidup Lyn kan. Harap2 nanti Lyn berkongsi lagi kisah hidupnya selepas ini.