“Telefon tidak diberikan kpd sesiapa”. Misteri foto kemlangan sendiri terakam sejam sbelum kejadian

Tular harini mengenai misteri foto kemlangan mngsa terakam sejam awal dari waktu kejadian. Akak ni accident pkl 7.30am, lepas accident dia ada ambil 2 pic je gmbr accident tu, nak dijadikan cerita bila check hp ada lebih 2 gmbr pulak ditempat kemlangan.

Dan gambar tu pulak diambil sejam sebelum kemlangan tu berlaku padahal dia tak ada bagi org lain pegang phone dia pun, yang pelik dalam pic tu ada muka dia juga.

Ikuti laporan yang disiarkan Sinar Harian yang telah menemubual mngsa kmlangan Faizah Mohd Noor dibawah.

PELIK tapi benar. Seorang mngsa kemlangan terkejut apabila melihat dirinya pada gambar kemlangan yang dirakam ‘sendiri’ menerusi telefon bimbitnya, awal sejam sebelum kejadian itu berlaku.

Faizah Mohd Noh, 31, mendedahkan kemlangan itu berlaku pada 11 Oktober jam 7.30 pagi ketika dia memandu sendirian Perodua Axia di Tamlangn Wira Mergong, Kota Setar, Kedah di sini.

“Pada awalnya saya memang terkejut dan naik seram dibuatnya selepas mendapat tahu mengenai perkara itu.

“Saya memang ada rakam gambar selepas kemlangan itu sebagai bukti sebelum membuat laporan polis tetapi hanya dua gambar.

“Namun selepas memeriksa gambar yang diambil, saya terkejut kerana terdapat lebih dari dua gambar dalam telefon bimbit saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Lebih menghairankan, gambar itu merekodkan jam 6.26 pagi sejam lebih awal dari kemlangan itu berlaku iaitu jam 7.30 pagi.

“Bukan itu sahaja, gambar saya berdiri berada di luar kereta turut kelihatan. Setahu saya, memang saya tidak berikan telefon ini kepada sesiapa pun waktu kemlangan dan ia sungguh pelik.

“Kejadian ini sangat misteri. Waktu itu, saya sendiri hubungi 999, hubungi kawan-kawan, telefon memang ada di tangan saya,” katanya.

Menurutnya, dia melihat perincian waktu gambar itu dirakam dan semuanya awal sejam daripada waktu kejadian.

“Saya tengok balik, jam sewaktu sehari sebelum kejadian, elok saja. Kemudian saya cuba tangkap gambar sehari selepas kejadian, elok juga masanya, tidak pula jam tu berubah.

“Paling misteri, dalam satu gambar tu, ada saya sendiri di dalamnya,” jelasnya.

Gambar yang dirakam telefon bimbit Faizah menunjukkan dia ada di situ sedangkan telefon bimbit tidak diberikan kepada sesiapa.

Bercerita lebih lanjut, katanya, ketika kejadian dia hendak pergi bekerja dari rumahnya di Langgar menuju ke Kangar, Perlis.

“Saya bekerja di Kangar tetapi menetap di Kedah. Jadi, setiap hari berulang-alik dari Langgar ke Kangar.

“Selalunya, Isnin hingga Khamis saya guna jalan sungai Korok, cuma setiap Jumaat saya akan lalu jalan tersebut sebab Kedah cuti, jadi jalan akan lengang.

“Lokasi kejadian itu di lampu isyarat Insaniah Taman Wira, Mergong,” katanya.

Semasa tiba di lampu isyarat itu, Faizah meneruskan pemanduan kerana lampu hijau namun secara tiba-tiba ada sebuah kereta arah bertentangan dari arah Sahab Perdana membelok ke laluannya.

“Jadi saya tidak sempat brek dan berlaku perlanggaran di situ. Akibat perlanggaran itu, kereta saya berpusing 180 darjah.

“Kejadian berlaku di depan masjid. Jadi, orang masjid yang terlebih dahulu datang memberikan pertolongan. Saya ingat ada orang tanya saya ada kecedraan ke? Saya jawab tak.

“Lepas tu, saya diminta keluar daripada kereta sebab pintu sebelah saya tidak boleh dibuka lagi, jadi saya keluar ikut pintu penumpang dan ambil telefon serta beg tangan,” katanya.

“Saya memang dalam perjalanan pergi kerja pagi tu. Keluar dari rumah pun, sudah jam 7.oo pagi. Saya cuba ingat, kalau ada bagi sesiapa untuk ambil gambar tu.”

“Tapi, saya puas cuba ingat kalau ada bagi sesiapa phone tu untuk ambik gambar, memang tak ingat langsung. Kalau betul saya ada bagi telefon kat orang, kenapa jam di telefon tu tak sama?”

“Saya tak pernah ubah setting jam di telefon. Malah, sehari selepas kejadian, saya cuba snap foto untuk melihat jika jam ada masalah. Rupanya, tak ada masalah pun. Sama juga sehari sebelum kejadian. Memang masanya (jam) tepat saja.”

Tambahnya, susulan kejadian itu dia sehingga kini masih tiada jawapan berhubung gambar insiden itu.

Akibat kemlangan, kereta Perodua Axia kemek di bahagian sisi kanan.

Aneh bukan? . Lihat apa kata warganet selepas membaca laporan ini.

Wan MH –Mungkin lepas accident akak ni ada hilang memori untuk 2 jam yang lalu. Kita panggil dia penyakit demensia iaitu merangkumi gejala k0gnitif seperti kelemahan ingatan, orientasi, penggunaan bahasa, perancangan, pemikiran, pertimbangan dan lain-lain kemahiran berfikir.

Ndaza Nurul –Penah mengalaminya masa suami warded kpj hp sy sebelah hp suami dan suami pun ada disitu. Time maghrib nak solat kat sebelah katil je.. Tetiba hp berbunyi sy pun tgk naik no hp suami.. Padahal hp suami sebelah, suami pun situ.. Suami mana lak ni.. 🤣

Joe Labu –Mungkin individu dalam gmbr tu pakai baju yang sama badan pun lebih kurang sama. Lagi pulak tak logik gambar tu 6.30am, 6.30am kat kedah gelap lagi…

Zulkifli Bakar –Foto klau ambil sendiri ada exif data catat model apa telefon, masa, kelajuan shutter, iso tak boleh nak tipu, ambil foto yang dia kata terakam awal check detail, bukan susah pun nak tau kebenaran.

Nana Nadyahani –Aku pun selalu ada kejadian misteri dengan hp. Bukak2 je hp kat opis, penuh gallery hp dengan gambar kipas, gambar dinding, gambar dahi budak, gambar 2-3 helai rambut. Tu belum campur gambar rushing bergegar. Ada lar dalam 70-80 gambar. Hanya yang ada anak-anak kecik je memahami misteri ni. 🤣

Sumber : Sinar Harian

Rata-rata warganet telah meninggalkan teori mlangsing2 dan ada juga yang mempersoalkan kesahihan foto yang terakam. Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *